Wednesday, April 3, 2013

0 #TolakPR - Perebutan Kerusi: PAS Desak Anwar Tangani Segera


PAS mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan perebutan kerusi Parlimen di antara PKR dan DAP di negeri itu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kajat.

Suhaizan berkata kemelut yang melanda Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng boleh diselesaikan segera berdasarkan pengalaman Ketua Pembangkang itu.

"Saya tidak mahu sebut soal dalaman rakan-rakan dan Pakatan Rakyat, tetapi saya yakin dengan pengalaman Datuk Seri Anwar ini dia boleh selesaikan masalah kerusi di Johor ini," katanya kepada Antarapos ketika ditemui malam tadi.

Perebutan kerusi di dalam Pakatan bukan saja berlaku di Sarawak, Johor, Pahang dan Pulau Pinang.

Ia paling serius di Johor yang membabitkan Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng.

Chua dipinggirkan dalam keputusan PKR menyerahkan kerusi Gelang Patah kepada DAP.

Selain Johor, isu pengagihan kerusi ini turut terkesan di Pahang di mana Pengerusi PKR Pahang, Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Indera Mahkota diboo segelintir penyokong yang hadir ke ceramah pakatan pembangkang di sini.

Kumpulan tersebut dipercayai pengikut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kemudian dilihat terus beredar dari tapak ceramah sebaik sahaja Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap Fauzi yang didakwa mengambil kerusi Azan.

Selain Indera Mahkota, PKR turut mahu kerusi Parlimen Bentong digantikan DAP dengan kerusi DUN Ketari dan Tanah Rata (milik DAP).

PKR Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan DAP tidak akan melayan permintaan PKR Pahang untuk menukar kerusi parlimen berkenaan dengan DUN.

Beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan utama pembangkang sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi menghadapi PRU13.

-AntaraPos

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates