Tuesday, May 14, 2013

80 Peratus Mahu Anwar Tunai Janji Untuk bersara


Lebih 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu.

Bancian secara online akhbar itu menerusi laman web, www.theedgemalaysia.com menunjukkan, sehingga pukul 7.30 petang semalam sebanyak 9,077 orang menyatakan sokongan supaya Anwar mengotakan janji meletak jawatan.

Sementara itu, sebanyak 2,082 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

Bancian yang masih berjalan di bawah tajuk 'Pakatan rakyat telah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Adakah Anwar perlu meletak jawatan sebagai ketua' secara keseluruhannya mendapat jumlah undian sebanyak 11,158 orang setakat ini.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam pada itu, AdQrate dalam laporan yang boleh dilayari di www.adqrate.com/newspaper/details?id>35&type>1 menjelaskan, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 120,000 pembaca akhbar The Edge adalah kaum Cina, manakala bakinya kaum-kaum lain.

Sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik jika kalah pada PRU 13.

Anwar dalam sidang medianya berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

-AntaraPos

6 comments:

Anonymous said...

Kite tgk undi bukan pendapat..45 % sokong bn manakala 55% sokong pr..anwar tu pr knp pulak nk undur diri..lagi pun penyokong anwar adalah rakyat marhain yg perlukan kehidupan yg aman dan selesa..diorang ni tk pernah bukak pun web kewangan..jd tk boleh d jadikan ukuran..kalau berhajat sangat suruh tv3 dan rtm buka undian pada seluruh rakyat malaysia tnpa sebarang tapisan..itu jam lu orang tahu le langit tu tinggi ka rendah..

Anonymous said...

dah janji nak undur..undur lah..

dahlah tak dapat jadi pm..pencapaian pkr pun merosot..

malu weh!!!

Unknown said...

dah beriye2 janji.. kenalah tunai janji. munafik kalau mungkir janji.

Anonymous said...

Klu tidak tk da lagu janji manis mu-aisyah, kau lupa janji-jamal dan macam2 jenis lagu janji..kan ke semua lagu tu org melayu nyanyikan!jd janji tu kira biasa le..ahli2 politik semua mcm tu..lg pun dia ahli parlimen prmtg pauh klu dia pegi ngajor sape nk jg kawasan dia?nnti hangpa jg kecoh.. Tk kan nk prk pulak itu mcm nk menang mudah je..keh keh keh..hidup anwar..

Anonymous said...

Anon 3:36....
Dah kira brp peratus pulak sokongan melayu islam pd pkr berbanding bn?
Melayu islam dah tak percaya lagi pada simunafik mcm anwar ni.
Tak cukup ruang klu nak disenaraikan tipu fitnah anwar ni.

Anonymous said...

janji ditepatilah, malu la weh. tp tau kau anwar tak puas-puas lagi nak menghasut rakyat benci kerajaan. mmg kerajaan byk kelemahan tp kami tak nak dgn pakatan korang yg lemah tu, DAP yg bijak menguasai negara ini. malu la wei ... melayu majoriti kuasa oleh DAP. kau anwar tak berani berkuasa kerana semua keburukan kau berada di tangan karpal. PAS pulak... tgk lah sekarang ada kerusi kat selangor tak bersuara pun. Sorry la bukan lain kali aku nak sokong PR .. NO WAY lah. kepada Kerajaan BN pulak korang kena telus sekarang. jaga kebajikan rakyat jgn sampai anwar dpt cari kelemahan korang lagi