Tuesday, May 14, 2013

Anwar Perlu Terima Takdir - Harussani


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.

''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.

''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.



Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah.

''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya.

Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang.

''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.-UM

6 comments:

otaklunyai said...

takdir... kita reda dgn ketentuan Allah... Tapi kena tipu dari dulu, kini dan selamanya ... itu tak boleh dibiarkan... kena cari jalan supaya tidak ditipu dan ditipu lagi dan lagi... apakah dgn alasan menerima takdir kita harus biarkan sang penguiasa sipenipu terus membuat dosa menipu dgn menggadai kedaulatan dan maruah negara... tak ke hal ini masuk bab kewajipan menjaga kedaulatan negara... tok moptiu tulong bagi ayat sket...

Anonymous said...

Kita boleh kenal ayat berpihak @ tidak..sape pun boleh bg pandangan..tk salah apa pun..di malaysia berhimpun lah salah satu cara utk memberi penerangan kpd rakyat sbb nk harap tv minta maaf le..klu negatif baru pr boleh kluar tv..amno pun ada buat perhimpunan d pinang..sampai jem jambatan pinang,tk de pulak rakyat bantah siap keluar tv lg dgn bangga nye..harus di ingat pemerintah mewakili hanya 45% rakyat malaysia tp pr mewakili 55% rakyat malaysia..sape ramai?

Anonymous said...

otai lunyai oii..tipu amendenya..kalau tipu mana buktinya? dedahkan la, p la buat report...jangan dok bising dalam blog ja komen sana sini, tapi takdak tindakan apa pun hang buat...kena terima la kekalahan...

Anonymous said...

Kalau dah kalah tu kalah lah...kata tipu tapi tak ada bukti...dok melalak sana sini!! semua tohmahan dan tuduhan saja, tunjuk la bukti, buat la report kalau ada berani...Allah bersama orang yang benar...

Anonymous said...

Sebab otak ko lunyai la ko jd mcmni. Org lain pi sekolah kerajaan elok je otak dorg. Hanya kerana ko n pencacai pr lain yg malas belajar, itu pasal la otak msg2 jd lunyai. Idup dah susah sbb malas belajar pastu nk lawan kerajaan. Nasibla ko. Spe suh malas. Kata bodoh kang mmg ko dh bodoh sbb otak pun lunyai. Xtawla ko ni.

ABC's said...

Org yg tak tahu shukur nekamt spt si otaklunyai x da otak nak fikir yg reliti hanya tahu tudoh saja tapi x da bukti. Kalau tuduh x da Bukti itu meroyan sakan maknanya.. Fikir-fikirkanlah... Terimalah Keputusan Rakyat.