Thursday, May 9, 2013

6 Bekas MB Kedah Azizan Jalani Pembedahan Potong Kaki


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang petang tadi.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.

Azizan menjalani pembedahan bagi memotong keda-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman di Hospital Pulau Pinang petang Khamis.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan.

"Pembedahan diadakan pada jam 4.45 petang," katanya.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.

Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung.

Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah kpd bliau krn tlh menerima pmbalasan dr Allah diatas kemungkiran janji bliau utk mntadbir kedah scara islam ..bru didunia blom di akherat ye YB ...muhasabah diri byk2

Zue said...

Tak baik kata orang macam tu..walau apapun kita sepatutnya bdoa yang baik2 belaka. Mungkin tak kena pada batang hidung kita sendiri, kita tak rasa.

Anonymous said...

Klu kena at pmimpin BN semua pmbalasan Allah kan?..dah btol azizan mmrintah kedah xikot islam - pmbalasan ALLAH sgt cpt ..amik ini sbg iktibar utk puak PAS ,jga mulot ble berjanji ..berilmu tp xmngamalkan ilmu ,inilah padahnya ..tq

Anonymous said...

xpela kalau dapat balasan di dunia sekalipon...janji janngan terlepas di dunia,tapi tak terlepas di akhirat~

Anonymous said...

kemungkinan kene suntik racun oleh pihak yg tidak bertanggungjawab....sama kes mcm pembantu peribadi wan azizah....

biasa le orang dengki kan ramai...

http://www.youtube.com/watch?v=7LRSsMXDhws

Anonymous said...

Ya Allah sembuhkanlah ustaz azizan...Amin...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates