Thursday, May 9, 2013

Panas! Azmin, Zuraida Letak Jawatan Jika Khalid Gagap Kekal Sebagai MB


Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.-AntaraPos

Kah Kah Kah! Buruknya rupa... Azmin Ali merajuk tak dapat jadi MB!!!!

Untuk pengetahuan U oalls... DAP tak nak Azmin jadi MB manakala sumber Istana dikatakan lebih berpihak kepada calon PAS sebagai MB Selangor. Sehingga kini Anwar masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan....

Sepatutnya rakyat didahulukan bukan pangkat yang diutamakan! Inilah dasar perangai orang yang tamakkan kuasa!!

7 comments:

Anonymous said...

KAHKAHKAHKAH! Lantak la diorang.

Anonymous said...

公告社会人士,
主席MCA GOMBAK叶金福住Taman Desa Jaya,吉隆坡甲洞是一个佛教信仰叛徒。
1)他用权力暴力试图打僧侣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR
2)他用 权力叫警察和外人到来佛教神圣的地方,试图抓佛教僧侣。僧侣做错了什么?
3)他用权力吃佛教协会的金钱。
4)他用权力骗妇女的钱和破坏别人的家庭
5)他是一个邪恶和说谎的人

Memberitahu kepada orang ramai,
Ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK yang bertinggal di Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ialah seorang pengkhianat Buddha.
1) Dia guna kuasanya upah kumpulan ganas cuba menukul Sami Buddha SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KL.
2) Dia guna kuasanya suruh polis dan orang luar pijat tanah suci Kuil, cuba menangkap Sami Buddha tanpa kesalahan.
3) Dia guna kuasanya makan wang persatuan Buddha.
4) Dia guna kuasanya tipu wang perempuan dan merosakan keluarga orang lain
5) Dia benar-benar orang jahat dan penipu

Inform the public,
Head of MCA Gombak YIP KUM FOOK stay at Taman Desa Jaya, Kepong Kuala Lumpur is a traitor Buddha.
1) He used his powers wage violent of groups tried hammer Buddhist Monk at SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR
2) He used his powers to order police and outsider to step the Holy place, try to catch the Buddhist monks without wrongdoing.
3) He used his powers to corruption money of Buddhist associations.
4) He used his powers to cheated women's money and broken people family
5) He’s totally evil and lying
By MCA RAWANG

Unknown said...

gilo kuasa... kikikikikiki

Anonymous said...

aku sokong 100% azmin dan zuraidah letak jawatan

Anonymous said...

pelakun sandiwara mula berlakun.

Faerie_Princess said...

harap Sultan Selangor reject semua nama yg dikemukakan jika terdiri dr PKR. dh le kalah kerusi dgn PAS, lg tak malu nk mintak jawatan MB. yg si azmin tu mmg nampak TAMAK KUASA. dh jd ahli Parlimen, lg nk jd MB? BOLEH ker nk tanggung kerja?? OOPPSSS.. dia mmg tak penah buat keja... TALK TALK TALK TALK

Unknown said...

azmin dan zuraida memang patut letak jawatan.. sebab korang hanya batu loncatan untuk orang lain. org pkr gak yg cakap...