Monday, May 6, 2013

3 #PRU13 BN Menang 133 Kerusi Parlimen, PR 87 Sehingga Jam 3 Pagi


Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen setakat jam 3 pagi Isnin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan menyebut, BN menang 25 kerusi di Sarawak, 22 di Sabah, 21 di Johor, 12 di Perak, masing-masing 10 di Pahang dan Kedah, masing-masing lima di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, serta masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

BN juga memenangi masing-masing tiga kerusi Parlimen di Perlis dan Pulau Pinang, dua di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu di Putrajaya dan Labuan.

DAP pula memenangi 38 kerusi Parlimen, masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat di Johor dan Selangor, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing satu di Melaka dan Pahang.

PKR memenangi 28 kerusi Parlimen, tujuh di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

PAS memenangi 21 kerusi Parlimen, sembilan di Kelantan, masing-masing empat di Terengganu dan Selangor, dua di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

3 comments:

Anonymous said...

Kemenangan yg di sangsi kn.Cuba periksa berapa bnyk Pusat Penjumlahan Undi yg BLACKOUT?Cuba tny kpd SPR knp karung undi pos tiba ke pusat penjumlahan pd waktu yg cukup lewat?Hampir tengah malam.

Anonymous said...

saya rasa pru 14 anda mohonlah jadi pegawai spr sebab anda sangat padai dan bijak.

Anonymous said...

org protes sikit nak suruh jadi pegawai spr pulak ...kalau tak bole buat kerja dengan adil..letakkan saja spr bawah dipertuan agung

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates