Friday, May 3, 2013

0 #PRU13 Mustafa Ali Dicemuh Penyokong Sendiri


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bertindak menamatkan ceramahnya di Seksyen 7, Kota Damansara, selepas 15 minit berucap apabila penyokong yang hadir mula mencemuhnya.

Ia berikutan keengganan Mustafa menjawab isu pertindihan kerusi antara PAS dan PKR di DUN Kota Damansara.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila penyokong tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.

Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong yang hadir dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu menyebabkan penyokong berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon PAS, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.

Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan di kawasan itu kembali terkawal.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates