Sunday, May 5, 2013

7 #PRU13 Penyokong PAS Guna Parang Serang BN Putrajaya


Kecoh..kecoh...kecoh lagi!! Kali ini mereka 'standby' dengan parang pula. Nampak gayanya penyokong Husam Musa semakin ganas ni! Kejadian malam tadi di Precint 9 cukup membuktikan bahawa penyokong PAS kali ini semakin agresif.

Dalam keadaan kelam kabut, penulis sempat mengambil beberapa gambar menunjukkan penyokong PAS ini membawa sebilah parang dalam misi mereka membuat kacau bilau dengan penyokong BN Putrajaya. Dalam gambar ini jelas menunjukkan penyokong PKR turut terlibat. Yang menghairankan ialah kenapa pula penyokong PKR ini berada di Putrajaya? Sedangkan hanya PAS yang bertanding di Putrajaya!



Apapun, mereka ini sebenarnya adalah pencacai-pencacai PR (Pakatan Rosak) yang terdiri daripada 'orang luar' yakni BUKAN penduduk Putrajaya. Husam terpaksa 'mengimport' jentera dan pencacai luar seperti Bandar Tun Razak, Dengkil, Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran lain untuk membuat onak dan huru-hara sebelum hari mengundi.

Parang yang diselit oleh penyokong PAS
Kejadian pencacai PR membawa parang ini sebenarnya adalah peringatan kepada seluruh jentera BN supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika hari pembuangan undi dan selepas keputusan diumumkan pada malam 5/5/13 nanti. Difahamkan mereka sudah siap sedia untuk membuat huru-hara dan provokasi yang keterlaluan.

Sumber - http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com

7 comments:

Anonymous said...

satu pembohongan. Kalau MCA atau MIC bertanding mak BN tak perlu campurlah kalu macam itu... otak udang.... BN memang rsis. Pas tak perlu lakukan apa-apa kerana ditangan mereka sudah jelas puterajaya ditangan pereka. Yang pasti UMNO lah yang Pasis.... takut kalah..kesian..

Anonymous said...

Hang toksah dok bohong la wei, aku ada kat situ, x sapa bw senjata, klu mat rempit kacau ceramah pr ada. Lg satu, smlm gmbr ni blog umporno kt dlm alamanda? Apa ceta acai!

Anonymous said...

Woi hg ni bodoh mangkak....bn tu termasukla mic n mca...bukan umno je...yg pakatan tu mn ada daftar utk parti gabungan...tula mengaji malas bodoh pulak ...pttuih!!

org lama said...

Justifikasinya mudah je bohong ke tidak. Ada tangkapan dan dakwaan tak sehari dua ni. Klu pembangkang wat salah, lum 24 jam masuk dah.

Anonymous said...

bangkai bangkai ni mana nak ngaku. Sindrom nafi mereka tu dah sebati sejak azali. Tunggang chinadoll, nafi! Sokong yahudi, nafi! Pak lebai elok cantik tibai pelacur dengan wajah dan suara yang jelas, nafi! Nafi nafi! Nafilah sampai mati :p

Anonymous said...

semua ni org melayu islam ka...cua selit skit rs iman..jgn riak..bongkak..taksub..fitnah sgt dgn kata2 hampa..moga dijauhi azab allah

Anonymous said...

Gambar yg bawa parang ni org bn lol

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates