Friday, June 28, 2013

KBS Anjur Program Belia Lebih Segar, Terkini - Khairy


Kementerian Belia dan Sukan menjalankan kajian bagi memperkemas dan menjadikan program belia anjuran kementerian itu lebih segar dan terkini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata antara yang akan diberi tumpuan ialah program berkaitan perkembangan kerohanian dan minda seperti akvititi debat dan perbincangan isu semasa.

"Begitu juga dengan golongan belia yang meminati ceramah agama terutamanya membabitkan golongan ustaz selebriti, jadi kita akan bekerjasama dengan pendakwah berkenaan," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Belia dan Sukan Selangor di Kompleks Rakan Muda Klang di Sementa dekat Klang.

Khairy berkata kajian yang juga membabitkan penjenamaan semula program belia itu akan berlangsung sehinga 2015 dan pelaksanaan program baharu dijangka bermula secara berperingkat, menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, kajian membabitkan penilaian semula selain menerapkan latihan kepimpinan dan sahsiah dalam kalangan remaja.

"Selain itu, program yang dijalankan bersama persatuan belia akan diteruskan seperti futsal, seni mempertahankan diri, sembang belia dan sembang mahasiswa kerana mendapat sambutan yang amat baik," katanya.

Mengulas aktiviti dan program belia di Selangor, Khairy berkata beberapa program akan diberikan nafas baharu dan tumpuan memandangkan negeri itu mempunyai pasaran besar untuk para belia terutamanya dalam bidang keusahawanan.-Bernama

1 comment:

Anonymous said...

kbs anjur belia lebih segar,tajuknya amatlah berakedemik dan memberasangkan semangat muda mudi[belia].wahai kj oii!!adakah program ini jugak melibatkan muda mudi nun diinstitute pengajian tinggi serenti[ipts].mereka itu adalah belia harapan negara jugak.janganlah bab piliharanaya jari jemari mereka wajib diambil kira,bab yang lain mereka dianggap sampah bn/umno.program ini semestinya mengamit belia yang t5idak ada kerja lain melainkan merempit dimana kj sendiri tahu bagaimana pihak kamu mengudakan mereka untok menimbulkan ketidak selesaan terhadap kempen lawan.belia bagaimana agaknya pilihan kj?sebagai menteri belia kj janganlah meneladani menteri dari negeri penyu menanggis.apa pun status belia, menteri belia bertanggongjawab berkhidmat untok belia harapan negara merangkumi kesemua aspek pembangunan tanpa ada batas pemilihan.