Thursday, July 18, 2013

0 Alvin, Vivian Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Pertuduhan


Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook “Alvi dan Vivian-Alvivi”.

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates