Tuesday, September 24, 2013

MAYC nafi Akhramsyah pernah jadi presiden


Sungai Petani: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) mendakwa calon Ketua Pemuda UMNO Kedah, Akhramsyah Sanusi tidak pernah menjadi ahli atau presiden persatuan itu seperti yang didakwanya sebelum ini.

Sehubungan itu, Presidennya, Mohd Hazri Mohd Hadzir, meminta semua pengerusi MAYC negeri segera membuat laporan polis bagi membolehkan perkara itu disiasat.
Tidak sokong Akhramsyah

Beliau juga mengarahkan 30,000 ahli MAYC di seluruh negara tidak memberi sokongan dan bantuan politik kepada anak bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid ketika bertanding menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pada pemilihan akan datang.

Katanya, beliau terkejut apabila membaca kenyataan Akhramsyah dalam laman blog dipercayai miliknya yang mendakwa beliau adalah bekas Presiden dan ahli MAYC sebelum membuat siasatan lanjut.

“Berdasarkan pemeriksaan dan siasatan, saya dapati Akramsyah tidak pernah menjadi ahli mahupun presiden MAYC.

“Sehingga kini sembilan laporan polis sudah dibuat di seluruh negara terhadap kenyataan Akramsyah itu.

Mahu penjelasan ROS

“MAYC juga mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat penjelasan mengenai kedudukan Akhramsyah bagi membersihkan nama persatuan ini,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung MAYC Kedah, di sini semalam.

Mohd Hazri turut mengumumkan lima ahli MAYC Kedah yang bakal bertanding pada pemilih UMNO peringkat bahagian di negeri ini, iaitu beliau sendiri sebagai Ketua Pemuda Sik, manakala Pengerusi MAYC Kedah bertanding Ketua Pemuda UMNO Sungai Petani. -BH

Nota: Kwang kwang kwang!

No comments: