Monday, October 14, 2013

Khalid Samad Kecewa... Kerajaan Menang Rayuan, Herald Dilarang Guna Kalimah Allah


Sehingga hari ini Parti PAS yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam gagal untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam.



Bernama - The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah. Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini hari ini untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada “Tuhan”.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

“Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah “Allah” tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

“Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama “Allah” bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian,” kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu. Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.

4 comments:

Anonymous said...

Pelik juga ye, rupa-rupanya masih ramai org Melayu Islam PAS yg masih terkeliru,tidak heran lah kalau org bukan Islam akan jadi tidak faham-faham. Usahlah taksub sangat dgn pemimpin PAS yg terang2 bersetuju dengan kehendak gereja Keristian utk memurtadkan kalimah Allah. Didalam bahasa Melayu perkataan "Hak" difahamkan sebagai satu kepentingan tetapi didalam bahasa Arab perkataan itu bererti yg BENAR.. Mmg benar kita semua Allah yg jadikan justeru itu kita semua milik Allah belaka.

Sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Pembaca semua bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg anda kenal. Tetapi didalam kitab Holy Bible mereka semenjak dahulu lagi TUHAN mereka ini tidak bernama. Tuan-tuan bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana gereja Keristian dalam atau luar negara. Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.

Apabila pihak gereja Katolik Malaysia atau CFM menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Anda yg mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Kalau anda semua bersetuju maka anda akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.

88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum mereka yg menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Tidak kah mereka terasa bahawa Allah sudah tahu semenjak awal lagi bahawa mereka akan cuba buat isu ttg kalimah Allah ? Sebab itu kita kata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ttg segala sesuatu ! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju (walau pun didalam hati) dgn permintaan gila pihak gereja katolik.

mat13 said...

Apa nak heran Khalid Samad ni....Haji Hadi pun sama ...kalau amanat sesat dia pun tak tarik balik pun....inikan kalimah Allah.Jangan mati esok bumi tak terima dah leee.....hehehehe

Anonymous said...

Sape2 xde ke nk g amik komen haron din?

Melayu Bukan Islam said...

Keputusan Mahkamah bermakna orang Kristian sekarang akan jadi target penganaiyan untuk tujuan politik. Perkasa telah beri hasutan akan buat tindakan kalau tidak mengikut perintah mahkamah. Apa jenis kaum gangster UMNO nak hancur keamanan negara?