Tuesday, October 8, 2013

Retorik Tidak Bawa Melayu Kemana, Pilih Hasil Dan Kerja! @Khairykj @YuseriYusoff #KJ4KP


Pertandingan lima penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat semakin panas. Calon-calon yang mencabar penyandang kerusi tersebut pula dilihat tidak segan silu mengkritik malah ada yang menghina peribadi KJ.

Saya melihat gelagat penyokong dan calon-calon yang mencabar KJ, kebanyakkan dari mereka sengaja cuba mencari kesilapan taknikal KJ dengan harapan mereka menang mudah (baca free).

KJ dikatakan menggunakan Kementerian Belia dan Sukan bagi kepentingan kempen, KJ dikatakan menyalahi peraturan pemilihan serta pelbagai lagi perkara sengaja dibangkitkan semata-mata mahu memastikan KJ dikenakan tindakan.

Pendek kata semuanya salah KJ, yang betul hanya calon mereka, maka tidak hairan apabila KJ naik motor keliling kampung tanpa memakai helmet juga dijadikan isu oleh mereka.

Ironi di sebalik serangan ke atas KJ, calon-calon ini tidak pula tampil dengan tawaran kepada pemuda iaitu perkara-perkara yang ingin mereka lalukan jika diberi peluang, sebaliknya modal kempen mereka ialah - "saya akan pertahan melayu, melayu akan diutamakan, bla bla bla...."

Modal kempen mereka setiap ayat yang hendak diucapkan diselitkan dengan perkataan melayu, itu melayu, ini melayu, KJ bukan melayu, dia saja melayu.


Lain pula dengan KJ di mana dalam kesibukkan calon lain menyerang dirinya, dua (KPI) untuk dirinya bagi penggal kedua telah ditetapkan. Iaitu peremajaan UMNO dengan memfokuskan pengkaderan pemimpin bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda dalam parti.

Apakah pemuda nak kepada seorang Ketua Pemuda yang hanya tahu bawa retorik sahaja tetapi tak tahu macam mana nak mendekati dan 'engage' dengan orang muda?

Apakah kita mahu seorang Ketua Pemuda yang tidak berani berdebat bersama pembangkang sebaliknya hanya tahu berkokok di media sahaja?

Baca lagi...

9 comments:

Anonymous said...

ATAU KITA HANYA MAHU PEMIMPIN YG HANYA PANADAI BERDEBAT TAPI TAK TAHU BUAT KERJA? KJ HANYA PANDAI CAKAP & MENGAMBIL KESEMPATAN SAJA... RETORIK...

LIHAT HASIL NYA SEKARANG... BERAPA RAMAI ANAK MUDA YANG MENYERTAI UMNO?

SUDAH2LAH KEMPEN SI KJ NIE..HAMPEH TAK DOK GUNNA LASSONGGGG.. BUANG MASA AJEEE...

Anonymous said...

Pencapaian KJ selama 4 tahun jadi KP UMNO

1)Khairy: Support Perkasa and I leave
http://www.highbeam.com/doc/1P1-183398371.html

2)Khairy wants Umno, BN to move away from Perkasa
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/khairy-wants-umno-bn-to-move-away-from-perkasa

Utk pengatahuan KJ & penyokong2, 70% cadangan Majlis Perkasaan Ekonomi Bumiputera yg diumum oleh PM pada 14/9/2013 adalah hasil kerja PERKASA.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/10/fair-hearing-for-underdogs-dr-zubir.html

Apa KJ buat dalam memperjuangkan agenda Melayu selama 4 tahun jadi KP UMNO ??? ...
Kalau malu nak berjuang utk org Melayu tak per ... tapi jgn menentang PERKASA yg memperjuangkan agenda Melayu.

Adakah pemimpin seperti ini mampu memperjuangkan agenda Melayu ???
Fikir-fikirkan lah ....

Anonymous said...

en kairy ni kalau ditakdirkan menang pun ...
aku heran sapelah yg sokong die ni

Anonymous said...

Aku tak perduli apa yg korang nak goreng but The best Man will win! Hidup KJ! KJ4KP!

Anonymous said...

AZEEZ RAHIM tak pi haji?? patut pengerusi pi haji. JAMIL KHIR perhi tapi AZEEZ RAHIM
tak pergi... hmmm.. AZEEZ RAHIM bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan politik.

SuaraPemuda said...

Retorik, Liberal, itu jelah modal menjatuhkan Penyandang Ketua Pemuda yg sekarang. teori mana lah yang kau pakai wahai kakNon2 sekalian, habis canang satu malaya. tak malu ke malukan parti sendiri? kot ye pun nak jd calon terpilih, jgn main tipu nampak sgt.

Alias said...
This comment has been removed by the author.
mariRasta said...

DARI PENGGAL KE PENGGAL, PERUBAHAN DAN KEMAJUAN SERTA PENINGKATA AKAN DIBAWA KHAIRY JAMALUDDIN.

BARU MENYANDANG KETUA PEMUDA, PELAN PELAN KAYUH LAH. YANG MENGGELABAH CAP AYAM SANGAT PASAL APA? KENA CUCUK KE? ATAU PLANING SOMETHING BEHIND THE SCREEN?

PERANCANGAN TU KENA TELITI DGN RAPI, DISUSUN MOLEK UTK MENAMBAT KEMBALI HATI RAKYAT MALAYSIA YG DAH TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG

LEK LAA, BALUT DULU..

mariRasta said...

DARI PENGGAL KE PENGGAL, PERUBAHAN DAN KEMAJUAN SERTA PENINGKATA AKAN DIBAWA KHAIRY JAMALUDDIN.

BARU MENYANDANG KETUA PEMUDA, PELAN PELAN KAYUH LAH. YANG MENGGELABAH CAP AYAM SANGAT PASAL APA? KENA CUCUK KE? ATAU PLANING SOMETHING BEHIND THE SCREEN?

PERANCANGAN TU KENA TELITI DGN RAPI, DISUSUN MOLEK UTK MENAMBAT KEMBALI HATI RAKYAT MALAYSIA YG DAH TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG

LEK LAA, BALUT DULU..