Tuesday, October 8, 2013

11 Syed Rosli Mahu Khianati UMNO! #PemilihanUMNO Syed Rosli v @Khairykj


Agak pelik dengan kempen yang dibawa oleh Calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail ini... Dimanakah kesetiannya dalam parti keramat! parti UMNO ini?



Petikan kenyataan Syed Rosli, “Sekiranya Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang saya kemukakan bersama nama saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno ke Pendaftar Pertubuhan. 

Jangan layan kita seperti orang bodoh.

“Jika Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret mereka ke mahkamah.”

Terdahulu hari pertama Syed Rosli hantar borang jadi calon, Syed Rosli telah menyerang KJ dengan panggilan 'bangla' sebab KJ lahir dan dibesarkan di luar negara. Apa ni bang? dimana semangat kemelayuan abang kalau dengan sesama melayu pun abang nak burukkan?

Seharusnya sebagai seorang calon yang mantap! (kononnyala....) Syed Rosli perlu menunjukkan kekuatannya didalam Parti serta menyatakan tentang visi dan misi sebagai calon Ketua Pemuda bukannya menyerang peribadi calon dan mengugut Parti!

Ni belom jadi Ketua Pemuda UMNO lagi? Kalau terpilih (minta dijauhkan) tak tahu la apa akan jadi pada UMNO? buat bahan lawak jenaka puak pembangkang je?

Perlu ke kita memilih pengkhianat seperti ini untuk dijadikan sebagai Ketua Pemuda UMNO? belum apa-apa dah tunjuk kerakusannya dan rela mengkhianati Parti!

Tepok dada tanya selera, pilihlah orang muda untuk orang muda... kepada pemilih jalankan tugas anda dengan sebaiknya... kerana anda adalah penentu masa depan UMNO!

Akhir kata semoga YB Khairy Jamaluddin terus memimpin pemuda UMNO dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Salam perjuangan

BJ

11 comments:

Azman Adnan said...

nama syarikat: PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia
8 bulan lepas, geran utk bagi training. masa tu Datuk Maznah
adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. sekarang
semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur
supaya anak dia dapat majority share instead kat blog

http://sangkakala9.blogspot.com

Anonymous said...

AZEEZ RAHIM tak pi haji?? patut pengerusi pi haji. JAMIL KHIR pergi tapi AZEEZ RAHIM tak pergi... hmmm.. AZEEZ RAHIM bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan politik.

Anonymous said...

Siapa pengkhianat? Yg menyamun harta negara lar pengkhianat...kami tahu dah

Anonymous said...

Hidup syed rosli! Lawan penyamun semua!

Anonymous said...

Syed rosli pengkhianat? Dia pnah jd org tengah ke dok lelong syarikat malaysia kpd singapore? Aku rasa dia x pnah lg buat mcm tu.

Adakah dia juga pnh buat khianat kpd perjuangn sampai hntar paspot dkt anwar?

Anonymous said...

Biasalah bro! Syed Rosli dan labu-labunya hanya tau berkokok saja! Klu macam ni lah perangai dia! Jgn mimpi lah dpt jd KPUM!

Anonymous said...

Kalau betul KJ ikhlas dan mahu jadi pemimpin bersih sahutlah sumpah janji muhabalah Syed Rosli tu demi jadi pemimpin yg bersih.Sumpah janji pada Allah apa salahnya? Kalau KJ takut kami tahulah menilainya sendiri.Persoalannya apa yang Syed Rosli khianat pada parti? Cuma parti? Siapa yg khianat pada harapan banhsa,agama,raja melayu dan negara boleh disanjung pula?????

Labu8455 said...

KJ atau Syed Rosli sama saja 2x5 = 5x2 tapi rekod ketua pemuda paling busuk masih dipegang oleh KJ

Anonymous said...

rekod apa rekod?
fitnah dibuat pedengki, pendogol yg dibayar, igt org tak kenal ke perangai Akhramsyah? namanya dah mmg terpalit hasad utk kuasa. phuii

SuaraPemuda said...

sohai la Syed tu, sembang lebih, malah menyusahkan org. menyalak mcm apa entah lah nak kata apa.
merosakkan nama UMNO di mata masyarakat, menjadi modal pembangkang.

SuaraPemuda said...

bagaimanapun, KJ tetap menjadi tunggak utama Pemuda hari ini.
kalau nak menang pemilihak MT pun, biarlah menang secara berhemah. jangan keranakan kuasa atau 'tugas', hingga nak memburukkan parti sama sendiri. melainkan RBA yang cuba mengolah "watak" duri dalam daging.
Siapa disini tidak pernah melakukan kesilapan?
KJ baru lagi, beri masa sikit, perubahan yang bagaimana akan dilakukan penggal mendatang. itu pendapat saya.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates