Sunday, February 26, 2017

Siri Dialog #TN50 Mendapat Sambutan Generasi Muda Sabah! @NajibRazak @Khairykj



Sesi jelajah #TN50 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah jumaat lalu disifatkan sebagai sangat berjaya oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuka tirai jelajah TN50 dengan memberi kata ucapan yang bersemangat kepada peserta yang hadir...

Menurut kata Ketua Menteri, penglibatan belia Sabah sangat diperlukan bagi mencorak negeri Sabah pada tahun 2050.

Aset yang paling penting dalam negara adalah modal insan. Oleh itu, kita perlu generasi akan datang yang akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran.

Sesi dialog tersebut dihadiri oleh 1,200 peserta dari generasi muda Sabah yang memberi pandangan dan aspirasi mereka bagi mencorak masa depan negaraku!

Diantara aspirasi yang disuarakan oleh generasi sabah ialah dari sudut pembangunan yang lebih seimbang bagi memastikan pelan perancangan peringkat negeri dan TN50 berjalan dengan seiring.

Juga menyentuh kemudahan asas pengangkutan dan lebih memberi penekanan pembangunan bistari. Seperti sistem keretapi komuter menyeluruh bagi memudahkan pergerakan di dalam Sabah.

Serta peluang pekerjaan berkualiti mengikuti peredaran masa agar belia bebas hutang dan lain-lain lagi...

Dalam ucapan penutup oleh YB Khairy beliau menegaskan bahawa aspirasi masa depan ini bukan milik beliau atau perdana menteri tetapi ini adalah masa depan kita bersama... Aspirasi inilah yang mencorak masa depan kita!

Dalam siri jelajah ini juga YB Khairy telah mendengar lebih dari 30 aspirasi anak muda Sabah.. Ekonomi, Keselamatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan pelbagai lagi aspirasi menarik dari belia Sabah.

Siri jelajah seterusnya pula akan diadakan di negeri Terengganu pada 27 Feb bertempat di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun.

Siaran secara live siri jelajah dialog #TN50 peringkat negeri Terengganu juga boleh ditonton melalui facebook.com/mytn50 pada hari tersebut.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku #TN50

-BroJinggo
Twitter @Brojinggo

No comments: