Sunday, April 5, 2020

Ketegasan Anggota PDRM, Demi Lindungi Masyarakat!





Ketegasan anggota polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, setiap anggota polis menggunakan budi bicara dalam melaksanakan PKP dan mereka yang didapati melanggar perintah itu diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap yang masih berdegil dan ingkar.



Hamzah berkata, sokongan rakyat di negara ini supaya anggota polis bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar PKP amat dihargai terutama dalam kes melibatkan seorang pegawai polis di Kunak, Sabah yang didakwa merotan lima remaja lelaki kerana didapati ingkar PKP.

"Pegawai itu sudah bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama 15 tahun dan saya tengok dia anggota yang baik, tegas. Tetapi apabila berlaku perkara seperti ini sudah tentu ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kita akan buat siasatan dalaman.

"Ada (masa) kita kena lakukan untuk kebaikan lebih besar, kepentingan masyarakat. Perkara ini kita lakukan ikut undang-undang, tindakan itu biar ada perasaan kemanusiaan terhadap anggota polis dan masyarakat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.

Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa seorang pegawai polis di Kunak, Sabah bertindak merotan lima remaja kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi terutama golongan netizen yang memuji pihak berkuasa yang tegas memastikan masyarakat mematuhi PKP.

[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


#PDRM #Kunak #Rotan

No comments: