Showing posts with label BNYJF. Show all posts
Showing posts with label BNYJF. Show all posts

Friday, November 16, 2012

15,000 Hadir Di Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Hari Ini #BNYJF2012


Syabas dan tahniah Pemuda BN kerana tiap-tiap tahun menganjurkan Karnival Kerjaya, inilah yang kita mahukan hidup lebih berjaya dengan kerjaya impian kita... Bukan seperti Ketua Pemuda PAS yang hanya mempunyai RM9000 dalam bank simpanannya...

Bernama: Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu.

Selain kekosongan jawatan, katanya, sebanyak 5,000 peluang latihan termasuk keusahawanan dan latihan perindustrian ditawarkan kepada warganegara berusia bawah 40 tahun.

Karnival kedua anjuran Pemuda BN dengan tema ‘Kerjaya, Pencapaian, Pengajian dan Rumah’ dijangka dikunjungi kira-kira 100,000 orang sehingga Ahad ini, kata Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, ketika ditemui pada karnival tersebut.

Katanya karnival kerjaya yang sama akan dianjurkan di tiga buah negeri pada tahun depan.

Karnival tiga hari di PWTC itu bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

BN Youth Job Fair 16-18 Nov 2012 #BNYJobFair2012


Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) berlangsung pada hari ini 16 Nov sehingga 18 Nov 2012. Program bermula jam 10 pagi hingga 8 malam bertempat di PWTC Kuala Lumpur. 

Kembalinya Karnival Kerjaya Pemuda BN ini pastinya memberi berita baik kepada mereka yang mencari pekerjaan.

Antara aktiviti yang diadakan pada BN Youth Job Fair 2012 ini ialah ceramah kerjaya, klinik resume dan temuduga turut diadakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.

Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 17 Nov.

Selain daripada itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke BN Youth Job Fair bagi merealisasikan kerjaya impian masing-masing.

Monday, November 21, 2011

Sejuta Kunjungi Karnival Kerjaya #BNYJF 2011



Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 (BNYJF) telah berjaya menarik kira-kira sejuta pengunjung sejak edisi pertama diperkenalkan Mac lalu sehinggalah edisi terakhir Ahad, semalam.


Pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai sejak edisi pertama begitu menggalakkan dan untuk edisi terakhir sahaja kira-kira 400,000 pengunjung telah menyertai karnival tersebut.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyempurnakan penutupan rasmi karnival tersebut yang diiringi Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.



Karnival BNYJF ini merupakan salah satu daripada usaha Pemuda BN untuk membantu rakyat terutama golongan muda dalam mencari peluang pekerjaan termasuk perniagaan.

Majikan yang menyertai karnival ini juga hanya dikenakan bayaran yang cukup minimum dan ada yang menyertai secara percuma.

BN Pilihan Orang Muda

Sunday, November 20, 2011

BN Youth Job Fair 2011 Bukti “Brand” BN Terus Diterima Generasi Muda #BNYJF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan BN Youth Job Fair 2011 membuktikan “brand” Barisan Nasional (BN) masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kehadiran ratusan ribu pengunjung terhadap karnival berkenaan jelas memperlihatkan kepada umum bahawa BN bergantung kepada produk yang ditawarkan serta perkhdimatan yang diberikan.

“Atas dasar itu saya melihat sambutan kepada BN sebagai satu jenama itu sebenarnya bergantung kepada pengisiannya iaitu apabila produk yang dikaitkan dengan BN serta apakah perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya kalau ada mana-mana pihak yang sangsi pada peringkat awal kot-kot ianya tidak boleh dipasarkan lagi, hari ini mereka nampaknya tersasar dengan kejayaan BN Youth Job Fair ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemdua BN, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, pimpinan Pemuda dan parti komponen lain.

Berucap lebih lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya berkata kejayaan itu juga satu ingatan kepada semua yang mana jika BN itu satu jenama dan untuk mendapat sambutan yang tinggi ianya mestilah dikaitkan dengan produk lain.

“Begitu juga dengan soal perkhidmatan yang baik yang mana sudah tentu apa sahaja yang kita lakukan atas “branding” BN itu akan berjaya,” katanya.


Datuk Seri Najib juga turut menyentuh dalam soal pilihan raya yang mana kejayaan BN itu dikaitkan dengan “winnable candidate”.

“Menjadi kesalahan apa yang kita sediakan serta janji yang tidak ditunaikan dan apa yang kita tampilkan baik produk, perkhidmatan serta orang yang tidak sampai tahap kepuasan terhadap rakyat sudah tentu BN akan menghadapi masalah.

“Jadi mesej hari ini jelas….kejayaan BN sebagai satu jenama bergantung kepada apa yang kita tawarkan dan perlu dilihat oleh semua pihak,” katanya.


Kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah dibuat sebelum ini di lima negeri.

Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair adalah 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini.

Secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencacatkan lebih 400,000 pengunjung.

BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 Mencatatkan Lebih 400,000 Pengunjung


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan menjadikan BN Youth Job Fair sebagai “touch point” selain acara rasmi tahunan pergerakan terbabit.

Menurut beliau program tersebut memberi peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pencari kerja, malah kepada mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain peluang-peluang lain yang terbuka luas.

“Program ini sudah jadi sinonim kepada Pemuda BN dan kita akan teruskan program ini sebagai salah satu “touch point” kita yang mana kalau sekiranya generasi muda memikirkan tentang soal masa depan mereka atau soal pekerjaan mereka akan fikir BN akan dapat menyediakan satu platform yang baik.

“Kita lihat kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah kita buat sebelum ini di lima negeri. Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair kita 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pameran berkenaan, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah maklum balas yang diterima adalah cukup baik dan amat membanggakan.

“Untuk hari pertama hari ini, lebih 25,000 pengunjung telah mengunjungi pameran ini dan secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencatatkan lebih 400,000 pengunjung.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat baik pihak swasta, agensi kerajaan dan sebagianya yang sedia bekerjasama dengan kita untuk menjayakan program BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 ini,” katanya.

Saturday, November 19, 2011

50,000 Serbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional #BNYJF


Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung penuh meriah apabila diserbu hampir 50,000 pencari pekerjaan.

Pengarah karnival, Mohd. Yassin Mohd. Ismail berkata, sejak karnival itu diadakan di enam lokasi lain sebelum ini, sebanyak 22,000 jawatan kosong diisi oleh pengunjung.

“Kami mengharapkan sebanyak 20,000 jawatan lagi akan diisi sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Karnival Kerjaya itu turut dilawati oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau merasmikannya sambil diiringi oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan pengerusi program itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Mohd. Yassin berkata, pihaknya menjangkakan seramai 600,000 pengunjung terdiri daripada siswazah dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) datang ke karnival berkenaan.

“Kami mengharapkan mereka yang sedang mencari pekerjaan mengambil kesempatan ini sekali gus mengurangkan jumlah pengangguran,’’ katanya.

Lebih 300 syarikat menyertai karnival itu yang menawarkan 30,000 peluang pekerjaan.

Syarikat yang menyertai karnival itu ialah Proton, Airod, Maybank, CIMB, Bank Islam, syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat multinasional dan sektor korporat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati golongan belia berpuas hati dengan penganjuran karnival tersebut.

Seorang graduan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Nurain Jamaluddin, 21, dia datang ke karnival itu kerana mahu mencuba nasib mencari peluang pekerjaan dalam bidang kejururawatan.

“Karnival ini satu usaha bijak oleh Pemuda BN kerana ia memberi peluang kepada golongan remaja untuk mencari pekerjaan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Fahmi Subir, 22, yang kini bekerja dalam bidang perkapalan berkunjung ke karnival tersebut untuk mencari peluang pekerjaan yang lain.

“Saya ingin mencari kerja dalam bidang kejuruteraan elektrikal kerana lebih meminati bidang tersebut,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Khairy bekata, seorang daripada tujuh pengunjung berjaya mendapatkan pekerjaan melalui permohonan di karnival tersebut.

Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan kejayaan penganjuran enam karnival yang telah terbukti membantu generasi muda mendapatkan pekerjaan.

Tahniah Pemuda, Syabas KJ

Friday, September 30, 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Perak Tawar Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan


Di atas permintaan rakyat, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) sekali lagi bakal mengadakan BN Youth Job Fair 2011 dengan menyaksikan negeri Perak sebagai destinasi ke lima penganjuran karnival tersebut.

Pengerusi Sekreatariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda BN, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival ini bakal berlangsung pada 1 dan 2 Oktober akan datang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Karnival yang mendapat kerjasama Pusat Kerjaya Perak Amanjaya, akan disempurnakan oleh Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir.

“Karnival yang diberi nama ‘Perak Amanjaya Job and Career Fair 2011’ ini akan dibuka kepada pengunjung bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Ianya bakal menawarkan lebih daripada 5000 peluang pekerjaan daripada lebih 600 majikan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan institut-institut pengajian tinggi (IPT) di mana sebahagian besarnya daripada negeri Perak itu sendiri.

“Sudah pastinya karnival ini menjanjikan peluang pekerjaan yang menarik dan mengikut semua peringkat kelulusan bermula dari PMR/SRP hingga peringkat tertinggi. Golongan muda haruslah mengambil peluang ini untuk mendapatkan masa hadapan yang lebih baik serta memperbaiki taraf ekonomi diri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi menyedari kehendak masyarakat, Pemuda BN merasa bertanggungjawab untuk membantu menjadi pemudahcara kepada golongan muda di negeri Perak khususnya dalam membantu mengurangkan statistik pengangguran di negeri tersebut.

Pelbagia program turut diatur sebagai pengisian karnival antaranya bengkel kewartawanan, bengkel forografi dan taklimat kerjaya yang akan diberikan oleh Azhar Sulaiman, Noh Hujan dan YM Tengku Faris.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar datang beramai-ramai ke karnival ini dan buatlah persediaan yang sepatutnya seperti menyediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas kerana temuduga terbuka turut diadakan,” katanya lagi.-MediaUMNO

Tuesday, July 26, 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Sabah Tawar 7,000 Jawatan Kosong


Sebanyak 7,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 150 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SGLC) sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Perdagangan Likas yang bermula 29 Julai ini.

Pengerusi Pemuda BN Sabah, Awang Kadin Tang berkata penganjuran karnival kerjaya terbesar itu merupakan usaha baharu pergerakan Pemuda BN Sabah untuk membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dijangka melancarkan karnival Pemuda BN peringkat negeri itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN negeri, katanya pada media di Bangunan UMNO dekat sini hari ini.

Awang Kadin berkata jawatan kosong yang ditawarkan meliputi pelbagai jenis bidang kerja termasuk perladangan dan industri minyak yang merangkumi jawatan daripada peringkat rendah hingga ke eksekutif di merata-rata tempat di seluruh negara.

“Saya yakin, berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap program karnival di negeri-negeri lain di Semenanjung, karnival kerjaya Pemuda BN di Sabah turut mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Antara syarikat besar yang menyertai karnival kerjaya yang dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam itu katanya ialah Petronas, Tan Chong Group, Labuan Shipyard, Sawit Kinabalu, Bernas, Lembaga Tabung Haji dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan itu, Awang Kadin berharap golongan muda khususnya yang belum mendapat pekerjaan dapat datang beramai-ramai dan membawa bersama dokumen penting termasuk sijil kelayakan asal untuk memudahkan pendaftaran dalam sesi temuduga terbuka.

Katanya Pemuda BN juga telah berunding dengan pengusaha bas yang berpangkalan di terminal bas Wawasan Plaza di pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas yang berulang-alik ke Pusat Perdagangan Likas sepanjang karnival berkenaan berlangsung.

Monday, July 25, 2011

Pemuda Terus Membantu Rakyat: BNYJF Di Melaka Tawar 8,500 Peluang Pekerjaan


Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyasarkan lebih 20,000 pencari kerja Pameran kerjaya BN Youth Job Fair 2011 (BNYJF) peringkat negeri Melaka yang menawarkan 8,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.


“Setakat hari ini sudah 12,000 orang mengunjungi program ini,” katanya selepas majlis perasmian pameran itu oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC, Sabtu 23 July.

BNYJF juga akan diadakan di Sabah selama tiga hari bermula 29 Julai ini diikuti Kuala Lumpur Oktober ini manakala di Perak dan Terengganu tarikh belum ditetapkan.

Saturday, July 23, 2011

3000 Serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Melaka


Lebih 3,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT), lepasan sekolah dan orang ramai menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Jumaat, semalam.

Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, catatan hari pertama itu berdasarkan stiker yang dikeluarkan.

Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga hari Ahad.

Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.

Difahamkan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin akan turut berada di MITC pada jam 2petang ini...

Rebutlah peluang pekerjaan di BNYJF yang berlangsung pada hari ini dan esok...

Friday, July 22, 2011

Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka


Pemuda Barisan Nasional (BN) memperlawa orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN (BNYJF) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera.

Karnival kerjaya Pemuda BN berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad (22-24 Julai 2011) masa 10 pagi hingga 8 malam.

Terdahulu Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BNYJF’11 akan memberi impak besar kepada generasi muda dari segi menjana pekerjaan dan ekonomi selain menyedarkan mereka mengenai kehendak majikan dalam pasaran sekarang.

Beliau berkata, ia selaras usaha Pemuda BN selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang menawarkan puluhan ribu peluang pekerjaan.

“Oleh itu, Pemuda BN mahu memainkan peranan membantu kerajaan memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan disediakan menerusi rangsangan ekonomi diperkenalkan Najib.

“Dalam ucapan dasar saya ketika Perhimpunan Agung Pemuda Umno, saya sebut agenda utama Pemuda BN dan Umno pada 2011 adalah pekerjaan untuk generasi muda dan kita mahu memastikan peluang pekerjaan serta ekonomi kepada orang muda dapat dimaksimumkan.

“Kita tahu, masalah orang muda adalah pengangguran sama ada tidak mendapat kerja atau diberhentikan kerja selain ada yang mendapat pekerjaan tidak setimpal dengan kelayakan mereka,” katanya.