Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 - Malaysia Vs Syria


Ayuh kita berikan sokongan padu kepada skuad Harimau Muda!!

Setelah kita berbangga dengan kejayaan Malaysia mengekalkan pingat emas bolasepak sukan sea. Pasukan kita akan berhadapan pula dengan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik di london 2012. Perlawanan ini penting kerana ini perlawanan pertama di tempat sendiri setelah kalah kepada Jepun 2 – 0 di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepon.

Kita mesti menang perlawanan atau sekurang-kurangnya memberikan saingan yang hebat kepada Syria. Sebenarnya tidak mustahil untuk Malaysia, yang penting kena teruskan momentum dan semangat sepertimana ketika Sukan Sea. Nampaknya bolasepak Malaysia makin meningkat dan terus meningkat. Kita kena kekalkan prestasi ini dan jangan mudah khayal dengan kejayaan yang diperolehi.

Diharapkan keputusan perlawanan malam ini berpihak kepada kita. Dengan sokongan 28 juta rakyat Malaysia yang kini makin ghairah dengan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia.

Malaysia Boleh!

Monday, October 31, 2011

Rakyat Negeri Sembilan Meraikan Kemenangan Piala Malaysia 2011


Menteri Besar N.Sembilan merangkap Presiden PBNS

Saya bagi pihak PBNS, pengurusan, pegawai dan pemain-pemain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat N9, dan penyokong-penyokong setia pasukan kita, yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepda pasukan N9 selama ini, sehingga kita berjaya membawa kembali dan menjulang semula Piala Malaysia ke negeri kita pada tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan doa semua. Insyaallah PBNS akan terus cuba berusaha dengan terbaik mungkin untuk terus mengharumkan nama N9 di arena bolasepak negara. Terima kasih…
Hoben Jang Hoben!!!

Gol Kemenangan Negeri Sembilan






Masuk hari ini dua hari den tido tosonyum kah kah kah!

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia: Player Ganu Goyang Kepala Lutut Kono Hobin Malam Ni!


Monang, kalah adat perlawanan.... Apo yang pasti musuhnyo habis binasa!



Berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini, ramai yang mengatakan Terengganu hebat untuk perlawanan Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini. Hebat di kerats saja, tapi nak julang Piala Malaysia sorry la der....


Ini kerana Ujang mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, itu tidak boleh diketepikan... Jangan pandang sebelah mata bro....

Aku pasti pasukan Negeri Sembilan akan buat yang terbaik bagi memastikan Piala Malaysia milik Negeri Sembilan.


Dan perlawanan malam ini bukan satu perlawanan yang mudah buat Terengganu, jangan mimpi la... Ganu kena merangkak dulu... itu pun kalau Ganu boleh menang bro hahahaha!

Kita tengok player Ganu goyang kepala lutut malam ni haha! Hobin Jang Hobin!

Thursday, October 27, 2011

Harga Tiket Untuk Penyokong N9 RM30! HOBIN JANG HOBIN!

Cito banyak takdo..... Piala Malaysia kompom milik Ujang! hohohoho!


Harga tiket diturunkan daripada RM 50 kepada RM 30

Saya (PBNS) lebih rela melupuskan hasil pendapatan dari jualan tiket perlawanan akhir nanti, daripada mengecewakan penyokong2 NS, demi mengambil kira bebanan yg terpaksa dipikul oleh penyokong dan peminat bola sepak negara. Silalah dtg beramai ramai ke stadium shah alam sabtu ini untuk memberikan sokongan kpd pasukan kita.. HOBEN JANG HOBEN!

dipetik dari Facebook YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Haji Hasan.


Wednesday, October 26, 2011

Harga Tiket Bola dan Kunjungan Khairy Bersama MB N9 Ke Rumah Terbuka Deepavali


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan menghadiri rumah terbuka Deepavali YB Dato' VS Morgan (Ketua MIC Bahagian Rembau, Adun Jeram Padang dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan) di Taman Rantau, Parlimen Rembau.



Harga tiket Bolasepak bukan dibawah kawalan PBNS dan Presiden

Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan dan masyarakat yang beragama Hindu di seluruh tanah air khususnya rakyat Negeri Sembilan.

MB juga menyeru seluruh rakyat berkunjunglah dan menziarahi rakan-rakan yang meraikan Deepavali bagi mengeratkan lagi hubungan demi perpaduan.

Disamping itu, beliau menjemput rakyat di Negeri Sembilan terutamanya di kawasan Port Dickson untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri di Port Dickson pada malam 1 November 2011.

Berhubung harga tiket yang dijual oleh FAM, beliau terkejut dengan keputusan FAM dan peminat turut kecewa tetapi beliau menyatakan bahawa ini di luar kawalan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan juga Presiden Persatuan .

Beliau berharap supaya semua peminat sama-sama turun padang bagi menyokong Bola Sepak Negeri Sembilan pada peringkat akhir, Sabtu ini.

Hobin Jang Hobin!!!

Sunday, October 23, 2011

N. Sembilan Ke Final Piala Malaysia 2011 - Musuhnya Habis Binasa!


Hobin Jang Hobin!! Hobin Jang Hobin!! Hobin Jang Hobin!! 

Negeri Sembilan berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia 2011 apabila menewaskan pasukan lawan pada perlawanan separuh akhir kedua.

Negeri Sembilan mara selepas mengalahkan T-Team 2-1 (agregat 6-3) untuk bertemu kali pertama dalam saingan akhir Piala Malaysia.

Ini bermakna Negeri Sembilan Akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir piala Malaysia 2011.

Terengganu berjaya menewaskan Selangor 2-1 (agregat 4-1)

Syabas di ucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga selaku presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) kerana sentiasa memberi dorongan dan pembakar semangat kepada anak-anak buah nya.

MUSUHNYA HABIS BINASA