Showing posts with label Dr Ahmad Yunus. Show all posts
Showing posts with label Dr Ahmad Yunus. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Isu Portfolio: Ahli Pas Mempertikaikan Perlantikan Dr Yunus


Ketua Pemuda Pas pusat, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sayap itu khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Ahmad.

Perubahan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian ahli Pas dan juga dikritik pesaing politik parti itu.

Dr Ahmad Yunus sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, kelmarin.

Katanya, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.

“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.

“Saya bimbang sekiranya mimpi ini jadi kenyataan dan timbul protes daripada mereka tidak suka kepada calon yang dilantik. Apa pun, paling penting, kita jangan khianatinya dan biarlah beliau menjalankan tugas serta amanah yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya di laman sosial berbunyi, 'Kalau hendak berkawan biar tahu membaca ragam. Kalau hendak berkawan biar tahu membuka gelanggang. Pas kawan siang dan malam, tetapi kenapa maruahnya dilagang.'

Sebelum ini, Hasan, yang juga Adun kerusi Gombak Setia, mewakili Pas, diberi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.