Showing posts with label Hackers. Show all posts
Showing posts with label Hackers. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Monday, February 18, 2013

Kenyataan Palsu Dakwa PM Letak Jawatan... Bukti Pakatan Haram Kian Terdesak!


Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.

Nota: Sampai macam ni sekali nak sabotaj Perdana Menteri... Agak-agaklah kalau Pakatan Haram nak menang sekali pun biarla gentleman sikit...

AWAS: Puak Pakatan Haram sekarang sedang sibuk mengondam laman web rasmi kerajaan dan blog blogger pro-kerajaan..

Friday, November 25, 2011

Laman Web 1Malaysia Di Gondam!


Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak www.1malaysia.com.my telah digodam awal pagi semalam dan sehingga kini masih dalam penyelenggaraan..

Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa laman web tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.

Penggodam turut meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.

Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.

Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.



Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup untuk sementara waktu.

Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Friday, August 5, 2011

Awas! Hackers Kembali Akan Membuat Serangan 24 Okt!


Kumpulan penggodam "Anonymous", yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, kini kembali dengan mengancam untuk melancarkan serangan baru pada 24 Okt.

Matlamat masa ini yang didedahkan melalui klip video YouTube 5,25 minit adalah untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 24 Okt, Anonymous akan mengondam semua pelayan penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana laman web yang menyokong konsep 1Malaysia, menurut kata mereka melalu dalam satu video you tube.

"Selagi Perdana Menteri masih memerintah, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video Ini adalah amaran sahaja anda. Selamat datang ke Red Oktober 'anda "," tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.

Tindakan ini boleh menggugat keamanan negara, jika mereka berjaya melakukan misi tersebut, rahsia kerajaan akan didedahkan. 

Kerajaan harus memperketatkan kawalan security laman web 1Malaysia dan kali ini jangan lepaskan "Anonymous" pengkhianat tersebut !

Tuesday, July 26, 2011

Awas! Tiga Blog Blogger Pro-BN Di Gondam


3 blog, blogger pro-Umno/BN di gondam dan dipercayai ianya perbuatan khianat blogger-blogger Pembangkang. Ketiga-tiga laman blog tersebut dimuatkan dengan gambar dan artikel lucah.

Puak pembangkang ni sememangnya tak ada kerja lain nak buat agaknya? Tak tahulah berapa banyak upah yang diberikan oleh Anwar untuk membuat kerja-kerja jahat ini. Semalam laman facebook PM digondam klik disini...

Senarai nama blog yang digondam: