Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Dapat Ganjaran RM30,000 Seorang


Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.

Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin, Selasa malam.


"Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya.

Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin, skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Bernama melaporkan, Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.

"Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.

Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, rabu malam ini.

Beliau berkata setakat ini penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.

Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).

Tuesday, November 22, 2011

Kepulangan Skuad Harimau Muda Disambut Meriah Di LCCT


Sukan SEA pasukan bola sepak Malaysia menang pingat emas setelah menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 tiba di tanah air di LCCT kira-kira 08:15 pagi tadi (Selasa) di sambut dengan meriah.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

twitter apexs


Beribu rakyat Malaysia menanti kepulangan Skuad Harimau Muda dari jam 1 pagi lagi di LCCT....


Sekali Lagi... Tahniah Skuad Harimau Muda!!

Penyokong Malaysia Berkumpul Di LCCT! Menyambut Kepulangan Wira Negara!

Dikhabarkan penerbangan Skuad Malaysia tadi ditangguhkan sehingga mendapat waktu yang sesuai berlepas...

Berita baru di terima, mereka kini dalam penerbangan, dijangkakan tiba pukul 5 pagi nanti...

Foto twitter

Foto Det


HARIMAU MUDA NAIK KERETA KEBAL BARACUDA !!