Showing posts with label Hudud PAS. Show all posts
Showing posts with label Hudud PAS. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik


Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Pemuda Pas Buat Lawak Mahu Karpal Hormat Hadi


Dewan Pemuda Pas hari ini membuat lawak dengan membidas sikap Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan melaksanakan undang-undang hudud jika semua syarat lengkap apabila berkuasa kelak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Karpal tidak wajar menyatakan pandangannya secara terbuka terhadap Presiden Pas.

"Sebagai Presiden Pas, beliau berhak mengeluarkan kenyataan berhubung dasar perjuangan Pas.

"Sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) pula, Presiden Pas berhak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam PR," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, Karpal menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika PR memerintah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

Raja Ahmad berkata, Pas menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP dan prinsip perjuangan mereka.

"Justeru, Dewan Pemuda Pas meminta Karpal Singh turut menghormati pandangan Presiden Pas dan pandangan beliau terhadap perjuangan Pas.

"Dewan Pemuda Pas mengingatkan, kenyataan Karpal tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau boleh mengeruhkan hubungan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap PR.

"Lebih dari itu, teguran Karpal mengguris hati ahli Pas serta umat Islam di negara ini umumnya," katanya.

Raja Ahmad menambah, dasar Pas sejak dahulu sehingga kini jelas iaitu untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Pas tidak pernah menggadai prinsipnya serta membohongi rakyat tentang prinsip Islam yang diperjuangkan walau dengan siapa ia bersahabat," katanya.

Raja Ahmad juga menasihatkan Karpal supaya memberikan fokus terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 serta isu-isu untuk kepentingan rakyat negara ini kerana ia lebih utama daripada mengkritik sesama sendiri.

Senang-senang je kan DAP pijak kepala orang PAS!!! Bila dia nak pijak dia pijak! bila dia nak kencing dia kencing atas kepala orang PAS Haprak! 


Tunggu apa lagi der?

Monday, January 2, 2012

Bekas Ahli Dewan Ulama PAS Dedah Rahsia: Hudud Pas Bukan Hudud Islam


Bekas Ahli Dewan Ulama PAS dedah rahsia pembohongan terbesar PAS, Hudud PAS bukan hudud Islam... TQ AAKJ yang pantas menyiarkan berita ini... berikut adalah petikan dari http://papagege.blogspot.com/2012/01/hudud-pas-bukan-hudud-islam.html?utm_source=BP_recent

MACHANG - Demi kepentingan politik, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

“Namun, pada PRU 1990, perjuangan Pas mula terpesong apabila bersekongkol dengan Semangat 46, apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan alasan akan menang besar dan ia benar-benar berlaku. Oleh itu, dalam sudut ini, Pas dan Umno tidak berbeza," katanya kepada pada sidang media di sini, semalam.

Berliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa wacana Sinar Harian November lalu yang mahukan mana-mana pihak tampil ke depan dan mendedahkan sekiranya hudud yang ingin dilaksanakan Pas Kelantan tidak betul.

Wan Ismail yang pernah menjadi calon Pas di Parlimen Machang pada PRU 1986 berkata, hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam.

Beliau percaya perkara tersebut turut didorong perasaan takut kepada pemimpin DAP, terutama Pengerusinya, Karpal Singh yang secara terang-terangan menentang hukum hudud.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa masalah mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam, tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis.

“Pada pandangan Hadi dalam kenyataan berkenaan, hukuman hudud yang dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja tidak akan berjaya bagi mengurangkan kes jenayah bahkan akan menimbulkan masalah baru," katanya.

Wan Ismail berkata, Hadi memberi contoh, seorang pencuri bukan Islam tidak akan dipotong tangan walaupun sah dia mencuri dan orang Islam pula akan dipotong jika sabit kesalahan.

"Orang mencuri itu sudah tentu tidak takut dosa, kalau takut dosa, dia tidak akan mencuri, orang macam ini, terlalu mudah akan mengisytiharkan dia bukan Islam bagi mengelakkan tangannya dipotong.

"Saya tiada kepentingan dalam politik dan pendedahan ini kerana tanggungjawab terhadap seluruh umat Islam," katanya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1967.