Showing posts with label Jom Tolak Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Jom Tolak Pakatan Rakyat. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Lebih 40 NGO Selangor Sertai Sekretariat Jom Tolak Pakatan


Jom kita like page "Jom Tolak Pakatan Rakyat"

SHAH ALAM - Lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dengan keanggotaan kira-kira 150,000 hari ini menyertai 'Sekretariat Jom Tolak Pakatan' kerana mendakwa serik dengan gelagat dan sandiwara pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR, DAP dan Pas.

Jurucakap sekretariat Hamidzun Khairuddin berkata, mereka mewakili sekumpulan rakyat Selangor menolak pemerintahan rejim pakatan pembangkang kerana selepas hampir lima tahun berkuasa, Selangor terus dibelenggu pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.

Antara NGO yang menyertainya ialah Jaringan Melayu Malaysia, Jaringan Cina Malaysia, Kelab Perpaduan Insan Selangor, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor.

Hamidzun yang juga Pengerusi GAPS dalam sidang media di sini berkata, mereka akan melahirkan gelombang menolak pakatan PKR-DAP-PAS menerusi sekretariat itu.

Antara gerakan sekretariat ialah untuk menyedarkan orang ramai mengena 20 dalil mengapa pakatan pembangkang perlu ditolak rakyat Selangor antaranya kegagalan menunaikan 31 janji manifesto pilihan raya umum 2008, masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.

Beliau berkata, buat permulaan Sekretariat Jom Tolak Pakatan akan mengadakan ceramah di Meru pada malam esok. - Bernama