Showing posts with label Khalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Khalimah Allah. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Anwar 'Bersilat'...Hadi Tersepit


Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Saturday, January 19, 2013

Karpal Mahu Hadi Akur Keputusan PR Ketepikan Pendirian Majlis Syura


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Wednesday, January 16, 2013

Majlis Syura: Amanat Mungkar Hadi Bila Nak Selesaikan?


Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain. Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Kalimah ALLAH : Media Pakatan Buka Ruang Serang PAS



Petikan dari blog Suarajagat - Keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS tidak membenarkan Kalimah ALLAH digunapakai oleh masyarakat bukan Islam (non-muslim) di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari kalangan bukan Islam dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka menganggap PAS sebagai sebuah parti lidah bercabang. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Monday, January 14, 2013

Khalimah Allah : PAS-PIS-PUS Kejap Boleh Kejap Tak Boleh!


Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Semua Ahli Majlis Syura PAS 'Lesap' Selepas Mesyuarat Bincang Isu Kalimah Allah...


Sikap pemimpin PAS takut jumpa wartawan apabila ada isu besar babitkan parti itu bukan cerita baru.

Sudah beberapa kali kejadian pemimpin- pemimpin PAS ‘lari’ ikut pintu belakang selepas mesyuarat penting kerana tahu ada petugas media tunggu di kaki lima depat pejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Friday, January 11, 2013

Pemimpin Pas Bercanggah!!


DAP berjaya memecah belah umat Islam apabila PAS menggadaikan kalimah Allah kepada orang kristian.

Utusan: Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Tuesday, January 8, 2013

Kalimah Allah: Hasan Ali Sifatkan Ulama Pas Terpinggir


Tidak perlu untuk berhujah panjang... Hanya satu persoalan yang kini bermain di minda .. khas buat puak PAS... Sampai bila PAS harus jadi 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat?

Utusan: Keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan diri ketika berhadapan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam persoalan akidah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas terpaksa memilih DAP dan PKR, bukannya ulama-ulama besar dalam parti seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah menyuarakan pandangan mereka apabila isu kalimah Allah timbul dua tahun lalu.

Menurut beliau, sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya pasti amat disanjungi DAP dan PKR.

"Jelas kepada kita golongan ulama di dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengari dan tidak hairanlah kalau golongan ini terus dipencilkan.

"Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini, mereka begitu berjaya mengubah hala tuju parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.