Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Model Remaja Dikecam Penyokong Pembangkang #KL112, Selepas Menghantar Tweet Menyokong Kerajaan


Shasha Mendoza

Seorang bintang Twitter dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.

Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Perhimpunan Jejaskan Perniagaan - Peniaga


Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian ekoran perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu.

Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Sunday, January 13, 2013

Post Mortem Kegagalan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 #HKR112


Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya


Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka.

Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Saturday, January 12, 2013

#KL112 #HKR112 Mana 1 Juta Orang Yang Nak Bangkit Tu?


Kalau tak gempak lebih,itu bukannya nama pakatan pembangkang.Gendang dipalu konon 1 juta orang nak bangkit sertai himpunan mereka di Stadium Merdeka petang Sabtu.

Rasanya tidak payah pakai alat pengira untuk menghitung jumlahnya.

Stadium Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya memang sempit. Jadi nampaklah macam ramai.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

[Video Inside] Duit Kutipan Jadi Rebutan @ Countdown #KL112 Chegu Bard vs Unit Amal PAS #HKR112


Pada malam Countdown HKR di Kg Baru malam tadi.. Chegu Bard terpaksa menggunakan pembesar suara menuntut Unit Amal PAS menyerahkan wang kutipan kepada pihaknya. Ini kerana Bard takut Mat Sabu sebat habis semuanya, al-maklumlah Mat Sabukan kaki kebas...

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Kerana Bosan, Hambar... Peserta #KL112 #HKR112 Mula Meninggalkan Stadium Merdeka


Kelihatan orang ramai meninggalkan stadium Mardeka walaupun perhimpunan anjuran pembangkang itu masih belum tamat... bosan agaknya...

Sebelum itu mereka dihiburkan dengan persembahan penyanyi utama kumpulan Blues Gang, Ito. "Apo nak dikato" sesuai benar lagu ni....

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Video Suasana #KL112 #HKR112 di Stadium Merdeka



Jumlah peserta di Stadium Merdeka lebih kurang 20,000 - 25,000 orang.

Gangsterism Dibawa Masuk Bersama Di Perhimpunan #KL112 #HKR112 !


Kelihatan puak kongsi gelap turut menyertai HKR! Untuk apa kehadiran mereka ini?

Menurut maklumat, beberapa kumpulan yang digelar "Pasukan Tempur" telah pun dikerahkan untuk menyusup bersama para perusuh bagi mewujudkan kekacauan.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 #HKR112 Perusuh Mula Membanjiri Ibu Kota


Perusuh di kawasan Masjid Negara mula berarak ke Stadium Merdeka.

Pusat bandar Kuala Lumpur mula dibanjiri oleh perusuh Pakatan Rakyat yang hadir Perhimpunan Menyusahkan Rakyat di Stadium Merdeka.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)