Showing posts with label Makamah. Show all posts
Showing posts with label Makamah. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Perbicaraan Mat Sabu Di Mahkamah Butterworth Bermula... #marxsabu

Foto Dr MiM

Hari ini berlangsungnya kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Mahkamah Sesyen di Butterworth berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang, bulan lalu.

Mat Sabu berada di Mahkamah jam 9 pagi tadi. Namun tidak ramai penyokong PAS yang hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada orang nombor 2 parti tersebut.

Mat Sabu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Seksyen 500 kanun keseksaan. Diikat jamin RM15,000.

Terdahulu, Mat Sabu ditahan oleh polis Pulau Pinang setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong sebelum dibebaskan malam tadi.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Mat Sabu dilihat tiba di perkarangan IPK polis negeri pada pukul 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian selepas percakapannya dirakam.

Pemimpin PAS itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Polis Pulau Pinang menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas, Mat Sabu menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya.

Tuesday, August 9, 2011

Laporan Penuh Mahkamah Tinggi, Kes Anwar Ibrahim Liwat II



Mahkamah Tinggi Jenayah 3 KL
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak-pihak:
PP: Semua hadir kecuali MHZ
PB: KS, SN, Marissa,
WB: Zambri Idrus (for complainant)
Expert for Defence: Prof. David Wells, Dr. Brian McDonalds
AI hadir

[9.38 a.m.]
Keputusan permohonan 44-197-2011 & 44-204-2011
KS: Pihak-pihak seperti dahulu.

YA: Ini keputusan mahkamah bagi permohonan 44-197-2011 dan 44-204-2011. Setelah meneliti kedua-dua hujahan yang dikemukan kedua-dua belah pihak, mahkamah metuskan bahawa : (a) apabila pendakwa menawarkan mana-mana saksi kepada pembela dki akhir kes pendakwaan maka menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi-saksi tersebut hadir di mahkamah bila diperlukan oleh pihak pembela; (b) pihak pembela pula mempunyai hak untuk meneramah saksi-saksi yang ditawarkan tertakluk kepada syarat saksi-saksi itu sendiri bersetuju untuk ditemuramah. Berdasarkan kedudukan yang dinyatakan seperti di atas maka permohonan 44-197-2011 & 44-204-2011 dibenarkan dengan perintah seperti yang dipohon dalam kedua-dua permohonan tersebut.

MY: Terima kasih.

YA: So when can you fulfil this obligation? Or maybe you want to stand down for a while? Stand down for a while.
[9.40 a.m.] Stand down.

[10.12 a.m.] Pihak-pihak masuk ke Kamar Hakim
[10.22 a.m.] Pihak-pihak keluar dari Kamar Hakim

[10.24 a.m.]
MY: YA, pihak-pihak seperti dahulu. Berikutan dengan perintah yang YA berikan sebentar tadi, pihak pendakwa memerlukan masa untuk membuat urusan temubual saksi-saksi ini. Saya telah berbincang dgn En. Karpal dan yang lain-lain. Kami memohon untuk diberi masa seminggu untuk urusan saksi-saksi untuk ditemubual kerana (2) daripada saksi-saksi ini tiada di Malaysia. Ini adalah tertakluk kepada pihak-pihak yang akan merayu.

YA: So start next week, 15 Ogos – 26 Ogos 2011.

MY: Much obliged.
[10.27 a.m.] Adjourned. - The Malaysian Story.