Showing posts with label ManifestoBN. Show all posts
Showing posts with label ManifestoBN. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 Infografik #ManifestoBN - "Menepati Janji, Membawa Harapan" #BetterNation

Rekod Kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji cukup jelas. Perubahan sebenar telah pun berlaku, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa. Dalam kita menuju Pilihan Raya Ke-13, saya dengan rendah diri memohon mandat daripada anda semua untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul.

Layari www.1malaysia.com.my/manifesto untuk mendapatkan akujanji Barisan Nasional yang lebih terperinci.


Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan dan ditingkatkan secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan dan golongan bujang berpendapatan rendah.


PM, Datuk Seri Najib Razak sedar akan keperluan kereta kepada setiap rakyat. Sebab itulah, beliau mahu Dasar Automotif Negara disemak semula bagi membolehkan harga kereta turun sehingga 30 peratus secara berperingkat-peringkat.


Kemudahan internet adalah sangat penting kepada masyarakat kita hari ini. Ia bukan sahaja dijadikan medium komunikasi semata-mata malah membolehkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah. Atas kesedaran itulah Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat tidak kira latar belakang ekonomi, sama ada di bandar mahupun luar bandar mempunyai akses kepada kemudahan internet jalur lebar.


PM, Datuk Seri Najib sedar akan masalah yang dihadapi oleh generasi muda dalam memiliki kediaman sendiri kerana harga rumah yang semakin meningkat. Sebab itulah, Kerajaan Barisan Nasional telah perkenalkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan rumah mampu milik.


Kita semua mengimpikan kediaman sendiri untuk dihuni bersama keluarga tercinta. Kerana itulah, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos pemilikan rumah bagi memastikan pembeli kali pertama mampu memiliki kediaman yang mereka impikan.


Setiap daripada kita memerlukan air untuk keperluan harian. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan anda semua mempunyai akses kepada kemudahan air bersih.


Kerajaan Barisan Nasional telah sekian lama berusaha membawa arus pembangunan yang pesat ke seluruh negara. Ini termasuklah dengan menyediakan pelbagai infrastruktur awam seperti jalan raya ke seluruh negara yang akan memberi manfaat kepada berjuta-juta rakyat di kawasan luar bandar.


Sepanjang pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan telah meletakkan matlamat mengurangkan kadar jenayah sebagai agenda penting negara. Pelbagai usaha dan langkah-langkah telah dilakukan bagi memastikan keselamatan kita semua terjamin.


Keamanan negara adalah amat penting untuk kita semua terutama sekali ketika Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Selama ini pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha memastikan agar setiap rakyat mampu mendapat pendidikan berkualiti di negara ini. Usaha berpanjangan ini akan diteruskan lagi bagi mencapai matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi rakyat berpengetahuan tinggi di negara ini.


Untuk menjadi sebuah negara maju, Kerajaan Barisan Nasional perlu memastikan setiap rakyat mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Inilah sebabnya mengapa selama ini Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitikberatkan kualiti sistem pendidikan negara.

#ManifestoBN Ciplak? Jawapan Kasi Tutup Mulut Longkang @Rafiziramli Dan Pakatan Haram!


Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1

Harga kereta

Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional


Fakta:

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2

Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3

Keretapi laju

Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar

FAKTA

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Rakyat

Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat


Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah


FAKTA:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)


Dakwaan 5

Royalti Petroleum

Manifesto rakyat

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Fakta

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6

Permit Teksi

Manifesto Rakyat

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.

Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7

“Pengkalan” data
Manifesto rakyat

Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).

Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8

Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN

Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Fakta

Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9

Pakej penggajian baru

Manifesto rakyat

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji

Fakta

Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan


Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Sila tonton Video ini... http://youtu.be/mq64_zQomOs



Sumber - Mykmu

Monday, April 8, 2013

#ManifestoBN - Satu Juta Rumah Mampu Milik vs 150,000


Ulasan manifesto dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin - Antara aku janji BN paling menarik yang dibentangkan oleh Dato' Sri Najib semalam ialah kemudahan rumah mampu milik.

Berdasarkan kajian Pemuda BN, antara permintaan utama orang muda ialah untuk memliki rumah dengan harga yang sederhana di kawasan yang strategik.

Hasil daripada feedback yang diberi oleh Pemuda BN, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100% untuk orang muda. Sebelum ini, pembeli rumah perlu tanggung 10% 'down payment'. Ramai orang muda tidak mampu.

Selepas diperkenalkan skim tersebut, ramai pula yang minta untuk diperbanyakkan rumah mampu milik di kawasan bandar-bandar besar.

Alhamdulillah, aku janji BN memberi komitmen untuk menyediakan SATU JUTA rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang. Ini termasuk 500,000 unit rumah PR1MA yang dijual pada sekurang-kurangnya 20% dibawah harga pasaran!

Aku janji ini jauh lebih hebat daripada apa yang dicadangkan oleh pihak lawan. Pakatan 'janji' untuk bina hanya 150,000 unit dalam tempoh lima tahun. Ini saya petik dari manifesto mereka.

Untuk ulasan manifesto dan perkembangan terkini mohon like dan follow www.facebook.com/khairykj