Showing posts with label Militan. Show all posts
Showing posts with label Militan. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Filipina Hantar Kapal Bawa Militan Pulang


Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, pada Sabtu.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.

Thursday, February 14, 2013

Pihak Berkuasa Kepung Kumpulan Militan Bersenjata Warga Asing di Lahad Datu


Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk Selasa disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.




"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Rabu.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Dis lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara".

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara itu.

Monday, February 11, 2013

PAS Bina Markas Ala Kem Militan


Apa motif markas PAS Bunut Payong di bina sebegina rupa, ala kem militan ? Apakah PAS sudah melatih militan-militannya untuk melancarkan serangan ala gerila di Malaysia?

Adakah benteng-benteng pertahanan dibina secara retorik untuk menarik perhatian ramai atau berhajat untuk melancarkan perang dengan pihak Kerajaan?

Pelik... Mungkin juak-juak PAS ini berhasrat untuk mengikuti pergerakan Al Maunah yang pernah menimbulkan ketegangan di dalam negara suatu waktu ketika dulu?

Umum memang mengetahui budaya keganasan sudah mula diserapkan ke dalam PAS. Mereka sendiri tidak menafikannya. Apakah ini semua persediaan untuk agenda yang lebih besar? BooomMM!

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.



-Gambar CTS