Showing posts with label Misuari. Show all posts
Showing posts with label Misuari. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

#PengkhianatNegara Anwar Jumpa Nur Misuari Dua Kali


Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

“Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah.

- Utusan

#BELA13 Pendedahan SMS Pembangkang Dengan Pengganas Kiram #LahadDatu



Pendedahan dari blog Mymassa mendakwa terdapat beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) antara pembangkang Malaysia dengan wakil pengganas Jamalul Kiram III dilakukan sebelum terjadinya insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kandungan SMS dari pembangkang Malaysia tersebut telah meminta pengganas Kiram masuk menceroboh Sabah dengan harapan untuk melakukan kacau bilau di Lahad Datu.

Selain itu, pembangkang Malaysia turut berjanji akan menyalurkan wang dan memberikan pangkat serta jawatan dalam melaksanakan misi tersebut.

SMS dari pengganas Kiram pula menuntut supaya perjanjian damai kerajaan Filipina dengan MILF dibatalkan, elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan dan taraf kewarganegaan secara automatik kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah.

Monday, March 25, 2013

Kerajaan Sahkan Anwar Jumpa Misuari Beberapa Kali


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata pihaknya masih menyiasat jumlah pertemuan tersebut sama ada berkaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

"Saya difahamkan ada beberapa kali (pertemuan) tapi jumlah sebenar kita tidak boleh sahkan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Pemuda BN Gombak, di Padang Hillcrest di sini hari ini.

Beberapa blog kemarin mendakwa Anwar telah berjumpa Nur Misuari sebanyak lima kali.

Antara tarikh-tarikh yang dikenal pasti adalah pada 16, 17, 18 Julai, bulan Oktober dan Februari lalu.

Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu, mendakwa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.

Seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah.

The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan kertas putih insiden di Lahad Datu, Hishammuddin berkata kerajaan akan memberi ruang agar ia dapat disiasat segera.

Katanya barisan kabinet kerajaan akan berbincang bagi mencapai satu keputusan berhubung siasatan kertas putih tersebut.

"Itu kita akan beri platform untuk kita siasat pihak tertentu bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

"Tapi itu bukan keputusan saya seorang. Pemimpin kerajaan akan berbincang mengenainya," katanya.

-AntaraPos

Wednesday, March 13, 2013

Status FB Sokongan Nur Misuari Kepada Anwar Sudah Ghaib


Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.

Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.

Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.

"We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails", katanya yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting tersebut seperti membuka pekung di dada?

Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.

Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.

Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.

Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.

1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?

3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.

4. Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.

5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Tuesday, March 12, 2013

Wikileak Dedah Amerika Bau Rancangan Anwar-Nur Misuari


Satu komunikasi dari Embassy USA di Manilla ke State Department di Wahington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileak.

Dalam komunikasi tersebut adalah mengenai perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan ia bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu.
wikileak (1)
Wikileak ini mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.

Dia juga masih menaruh harapan untuk ambil kemabli Sabah termauk perancangan untuk menakluki secara military.

Baca sepenuhnya petikan dari komunikasi sepenuh SINI yang mana tersebut rancangan menyerang Sabah dan hubungan kembali dengan Awnar:

---------------------
Dreaming of Sabah...?
---------------------

¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a

MANILA 00001534 002 OF 002


strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him
over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once
commented to MG Dolorfino that when the timing was right,
"the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7
a.m." Misuari has also reportedly claimed that he personally
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal
blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up
trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted
Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's
detention house on March 14. Kiram attended the March 18
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only
"true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to
Kiram's chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only
concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also
about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's.
Over the past several months, Malaysian officials have held
at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives,
according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in
Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had
no intention of getting involved in Malaysia's internal
affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah
claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace
Panels reached an ancestral domain agreement.


Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.
Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya. Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.

Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya. Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.

Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?

Saturday, March 9, 2013

Video Nur Misuari Ugut DS Najib Untuk Berperang!


Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.



Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Nur Misuari.

Baca juga artikel ini: Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu.


Thursday, March 7, 2013

Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu

AIDC- Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari.

Sebaliknya, Anwar hanya menafikan pertemuannya dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram,”lapor Sinar Harian, 5 Mac.

“Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?” ujar Anwar lagi.

Lapor Sinar Harian lagi, Anwar turut memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama media Filipina ‘Inquirer News‘ setelah beliau membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

“Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.

“Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Mstar melaporkan temu bual media Filipina itu ditolak oleh Anwar dengan alasan sibuk.

Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber perisikan negara itu mendapati seorang ahli politik Sabah telah bersekutu dengan Ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Filipina, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Persoalan tentang perjumpaan Ketua Umum PKR dengan Sultan Sulu bukan isu utama, apatah lagi apabila Anwar mengaitkan dengan Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan bukannya Sultan Jamalul Kiram III.

Menurut Mstar, sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III, selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Barangkali dengan membangkitkan isu pertemuan dengan Sultan Sulu yang tidak difokuskan, mungkin Anwar boleh menyembunyikan persoalan paling utama iaitu benarkah beliau berjumpa dengan Nur Misuari dan jika benar, apakah motif perjumpaannya itu yang diadakan beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu ?

Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari

Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star baru-baru ini melaporkan Nur Misuari dan beberapa orang lagi merupakan ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III supaya menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Laporan itu menyusul selepas sekumpulan individu bersenjata mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu telah menceroboh ke Lahad Datu, 9 Februari.

Semalam, The Philippine Star sekali lagi menegaskan Misuari memang rapat dengan ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III yang menyiarkan bukti bergambar yang menunjukkan Misuari berpegang tangan dengan ‘Sultan Sulu’

Nur Misuari berpegang tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III

“Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai utusan ke Kuala Lumpur dan membantu dalam perbincangan untuk menyelesaikan keganasan di Sabah.

“Misuari melawat Sulu Sultan Jamalul Kiram III di rumahnya di Maharlika Village, Taguig City semalam,”lapor media Filipina itu.

Sebelum ini, Misuari dilaporkan memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin di Kampung Tanduo, Sabah.

“Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami,” katanya.

“Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,’ tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

“Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

“Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya,” katanya.

Ini merupakan amaran kedua daripada Misuari selepas amaran pertama pada 21 Februari lalu.

“Ini harus dikendalikan oleh ‘cooler heads’,” katanya, sambil menambah ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya Malaysia yang akan datang pada bulan April untuk melihat siapa yang akan menjadi perdana menteri yang baru,”katanya dipetik dari Manila Bulletin.

Friday, March 1, 2013

Akhbar Filipina Dakwa Nur Misuari Pengaruhi ‘Sultan Sulu’…


Akhbar berpengaruh Filipina The Philippine Star melaporkan pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari (gambar kanan) dan beberapa orang lagi sebagai ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim.

Akhbar tersebut memetik sumber pejabat Presiden Filipina yang mengatakan selain Nur Misuari, turut terlibat dengan komplot tersebut adalah bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco.

Pada 14 Febuari lalu sekumpulan individu asing mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu bersenjata memasuki Lahad Datu dan mengemukakan tuntutan mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Ketua kumpulan tersebut dipercayai adik kepada lelaki yang dikenali sebagai Jamalul Karim yang mendakwa beliau merupakan ‘Sultan Sulu’.

Nur Misuari merupakan seorang bekas pensyarah memimpin MNLF yang semakin tidak relavan di Selatan Filipina yang kini dikuasai oleh kumpulan MILF pimpinan Murad Ibrahim.

MNLF pernah terlibat dengan rundingan damai pada tahun era 90-an sebelum ia gagal berikutan kelompok besar keluar dari kumpulan itu dan menubuhkan MILF.

Nur Misuari pernah menjadi gaboner Selatan Filipina sebelum dipecat kerana penyelewengan kuasa dan rasuah.

Sementara itu seorang pegawai kanan MNLF menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.

Anggota kanan Jawatankuasa Pusat MNLF, Habib Mujahab Hashim, berkata anggota pertubuhan itu juga tidak diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kami cuma menyokong cadangan penyelesaian secara aman daripada Sultan Jamalul Kiram melalui rundingan bagi menamatkan kebuntuan di Lahad Datu,” katanya dipetik The Philippine Star.

Kenyataan Habib Mujahab itu dibuat bagi menafikan kenyataan terdahulu oleh Pengarah Politik MNLF mengenai keadaan di Sabah.

Dalam kenyataan itu, Gapul Hadjirul berkata, MNLF diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemelut di Lahad Datu belum menampakkan penyelesaian.

Habib Mujahab berkata, pemimpin tertinggi MNLF juga tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya untuk bersiap sedia.

“Selain menyokong cadangan penyelesaian melalui rundingan dibuat Jamalul Kiram, MNLF menafikan kenyataan sebelum ini,” katanya.

Menurut Habib Mujahib, mengarahkan anggota MNLF ke Sabah hanya akan merumitkan keadaan - Agendadaily

Monday, February 18, 2013

Dedah Perjumpaan Sulit Anwar Ibrahim Bersama Nor Misuari

Rundingan ?

Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.


Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)

Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).


Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

Sumber: mrkinabaluboy