Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Semakin Panas! Mustafa Ali Balas Sindiran Azmin


Cakap jangan sebarang cakap... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa....



Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.

Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

“Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin.

-Utusan

Friday, October 5, 2012

Selepas Hasan Ali, Nasharuddin... Target Terbaru Azmin Ialah Musthapa Ali


Belumpun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.

Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.

Melihat pada rekod dan sejarah Azmin dalam membelasah musuhnya dalam PKR dan PR hingga lunyai, tidak sukar untuk kita jangkakan Khalid juga akan mengulangi nasib yang sama sebagaimana pernah di alami Zaib Ibrahim dan Hasan Ali.

Zaid yang diawal kemasukannya dalam PKR disambut meriah bagai pahlawan akhirnya terpelanting keluar selepas dilihat berpotensi mencabar populariti dan kewibawaan Azmin dalam PKR.

Hasan pula disepak terajang oleh PAS selepas Azmin memberi kata dua kepada pemimpin PAS supaya mengambil tindakan keras berikutan kenyataan Hasan yang menolak demonstrasi 901 pada Januari lepas.

Selepas PRU 13 sama ada PKR kekal atau rebah di Selangor, tetap tiada maknanya dunia politik untuk Khalid. Sama ada dia akan terpinggir sendiri atau dipinggirkan secara terhormat, semuanya menjurus kepada kejatuhannya dari hierarki kepimpinan PKR.

Dalam pada itu, keterlanjuran Mustapha Ali menegur Azmin nampaknya mengundang padah apabila dalam satu mesej tweeternya kepada seorang pembacanya, Azmin memperlekehkan teguran pemimpin PAS itu sebagai kenyataan dari orang yang mudah melatah disebabkan faktor usia yang semakin tua.

Reaksi Azmin itu agak keras seumpama satu ketukan yang agak menyakitkan singgah di atas kepala Setiausaha Agong PAS. Satu penghinaan yang agak memilukan hati barangkali.

Tapi nasib Mustapha boleh dikira masih baik kerana cuma diketuk sahaja dan bukannya dibicarakan dan dipecat dari parti tanpa bela diri seperti mana dialami bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali.

Namun tentunya ia mengundang amarah dikalangan penyokong dan ahli PAS tapi percayalah, dalam keadaan sekarang di mana PAS hanyalah ibarat keldai tunggangan untuk PKR dan DAP, tiada apa yang dapat PAS lakukan dalam menghadapi sikap Azmin yang kurang ajar dan terlampau ego itu.

Apapun, PRU 13 belum pun membuka tirai namun dikalangan pemimpin PR sudah berperang merebut jawatan yang belum tentu akan kekal di tangan mereka lagi. Nampak sangat nawaitu perjuangan politik terlebih-lebih mengutamakan kepentingan perut sendiri berbanding khidmat bakti untuk rakyat.

Sama-samalah kita tunggu PRU 13 dan kita akan saksikan di antara mereka bertiga ini, Azmin, Khalid dan Mustapha, siapa yang masih kekal berpaut di dahan kering atau tak mustahil kesemua mereka dicampak oleh rakyat jauh terperosok ke dalam longkang.

Tuesday, December 27, 2011

Bongkar Perbualan Mustafa Ali Berhubung Pertemuan Dengan Pemimpin UMNO !


Berikut merupakan perbualan yang sempat dikongsi wartawan Agendadaily Roslan Bian bersama Setiausaha Agung PAS berhubung isu pertemuan Mustafa dengan Pemimpin UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menghubungi saya selepas dua jam Datuk Dr Hasan Ali adakan sidang media di rumahnya di Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu lalu.

Mustafa atau Cikgu Pa bertanya, Datuk Hasan ada buat PC ke, apa dia cerita?

Saya ketawa sambil beritahu Cikgu Pa,“Itulah Datuk, saya dah cakap hari itu, Datuk tuduh Datuk Hasan jumpa orang kat Le Meridian Hotel, sekarang Datuk Hasan pula cakap Datuk yang beria-ia nak jumpa orang UMNO,”.

Saya dengar suara Cikgu Pa ketawa.

“Sekarang, Datuk Hasan pulang paku buah keras pada Datuk, Datuk nak jawab lagi ke, kata tak nak panjang-panjangkan lagi,” pancing saya.

Cikgu Pa berselang-seli ketawa kerana ‘terkena’ lagi dengan saya selepas sidang medianya pada Khamis.

“Tak da la Lan, saya tak jawab dah la,” ujar Cikgu Pa.

Jika benar Cikgu Pa sudah tutup mulut fasal dakwaan Dr Hasan, bermakna episod kontroversi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan PAS Pusat khususnya Cikgu Pa, akan berakhir begitu saja.

Isu yang mengejutkan ahli dan penyokong PAS itu akan jadi ibarat lagu Datuk Siti Nurhaliza..."Biarlah rahsia"

Sama ada benar atau tidak Cikgu Pa memang nak jumpa orang UMNO, kini hanya beliau dan Dr Hasan yang tahu.

Sebenarnya, Cikgu Pa sudah tersilap apabila membangkitkan tuduhan pertemuan Dr Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dengan tiga orang lain di hotel berkenaan pada bulan puasa lalu.

Ini kerana dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS minggu lalu, Cikgu Pa cakap, dia sedia tutup mulut kalau Dr Hasan juga tutup mulut ekoran isu kononnya ADUN Gombak Setia itu tidak cukup undian untuk dicalonkan bertanding dalam PRU ke 13 nanti.

Dalam sidang media itu, saya bertanya Cikgu Pa kenapa dia bangkitkan dakwaan itu sedangkan hasratnya mahu kontroversi babitkan Dr Hasan dengan PAS dihentikan.

“Ini macam tikus baiki labu,” kata saya.

Menariknya, Cikgu Pa terhenti dan berfikir selepas mendengar hujah saya itu.

Merasakan dirinya ‘terkena’, Cikgu Pa berseloroh dan minta isu pertemuan Dr Hasan yang didedahkannya ditarik balik.

“Saya ikut kata Lan..hari ini dia jadi penasihat saya,” ujar Cikgu Pa seloroh tetapi nampak beliau mula kesal dengan dakwaan yang dibangkitkan itu.

Bagaimanapun, seorang wartawan lain mengeluh dan minta apa didedahkan Cikgu Pa pasal pertemuan itu jangan ditarik balik.

“Saya dah flash,” kata saya menyebabkan Cikgu Pa mula ‘pening’.

Akhirnya beliau serahkan kepada wartawan yang hadir sama ada mahu menyiarkan berita itu atau sebaliknya.

Kesannya, apabila berita itu disiarkan, Dr Hasan pula buka pekung dengan dakwaan bahawa Cikgu Pa yang nak berjumpa pemimpin tertinggi UMNO.

Dan setakat ini, Cikgu Pa terus membisu pasal dakwaan itu.

Barangkali, beliau berfikir apa yang saya kata pada sidang medianya sebelum itu memang betul.

Justeru, terserah pada Cikgu Pa mahu menjelaskan apa didakwa Dr Hasan atau beliau berdiam saja kerana kalau beliau terus menjawab, perangnya dengan Dr Hasan, mungkin lambat selesai.

Namun, perkara yang menarik untuk diteliti berhubung isu ini, apakah kesan penentangan Exco Selangor itu terhadap PAS.

Agendadaily difahamkan, PAS sebenarnya semakin tersepit kerana sudah kehilangan sokongan orang Melayu yang kecewa melihat parti itu bersekongkol dan menurut telunjuk DAP dan PKR.

Sebab itu, Dr Hasan perlu jadi pelakon utama dengan memperjuangkan Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap PAS.

Apapun, melihat perbalahan Dr Hasan, Mustafa dan beberapa pemimpin PAS lain dalam isu itu termasuk kecaman Dr Hasan terhadap Harakah, seolah-olah tindak tanduk Dr Hasan sebagai signal penentangan golongan ulama dalam PAS terhadap golongan yang lebih mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gologan profesional ini dikatakan sudah meluat dengan Dr Hasan yang jadi duri dalam daging PAS.

Sedangkan, ada pemimpin ulama PAS bertanya Agendadaily, itu kata mereka tetapi siapa sebenarnya duri dalam daging PAS, Dr Hasan atau geng Anwarinas?

Beliau beri contoh, geng Erdogan@Anwarinas inilah yang banyak komen pasal Dr Hasan.

Mereka yang pandai-pandai cakap Dr Hasan tak cukup pencalonan, tak boleh bertanding sedangkan Majlis Syura dan PAS Pusat belum bersuara.

Pemimpin tadi setuju laporan Agendadaily sebelum ini bahawa golongan ini sudah jadi macam main enjit-enjit semut..siapa sakit naik atas.

“Mereka ini naik atas buat komen itu ini...malah saya dapat tahu mereka juga set kalau boleh Dr Hasan dipecat dari PAS kerana menolak konsep Negara Berkebajikan, tetapi anak Nik Aziz, Nik Abduh pertahan Dr Hasan habis-habisan,” kata pemimpin tadi.

Katanya, terpulang masyarakat memikirkan apa sebenarnya punca kemelut dalam PAS ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan golongan yang enjit-enjit semut ini, mungkin tidak tersenarai lagi pada pilihanraya umum akan datang.

“Tetapi saya tak hairan, kalau PAS tak calonkan, PKR boleh terima mereka,” ujarnya sinis. -Agendadaily

Sunday, December 25, 2011

Mustafa Ali Tutup Mulut Tuduhan Mahu Jumpa Umno


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas tuduhan Datuk Dr Hasan Ali yang beliau mahu berjumpa pemimpin Umno.

Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.
“Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS, saya pun berhenti cakap.

“No komen, biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mustafa mendakwa exco agama kerajaan negeri Selangor mengatur rancangan mahu berjumpa pemimpin Umno.

Selain Dr Hasan, kata Mustafa, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga mahu berjumpa dengan pemimpin Umno.

Bagaimanapun, dalam sidang media di rumah Dr Hasan di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pagi tadi, Adun Gombak Setia itu menafikannya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata hubungan beliau dengan Dr Hasan biasa sahaja.

“Hubungan personel (peribadi) biasa sahaja. Tiada hubungan dalam telefon, cuma hubungan dalam media,” katanya sambil ketawa.

Apa kes puak PAS sibuk sangat nak berjumpa dengan UMNO... Adakah ini petanda pemimpin PAS mahu meninggalkan Pakatan Haram? Kita tengok sajalah game seterusnya...

Saturday, December 24, 2011

Kantoi : Hasan Ali Kata Mustafa Bohong !


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, bukan beliau tetapi mendakwa setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Exco kerajaan Selangor itu berkata, setakat yang diketahuinya, terdapat pertemuan berulangkali antara Mustafa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno, termasuk permintaan peribadi Mustafa untuk bertemu dengan seorang tokoh kanan Umno kanan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini, Hasan berkata, sehingga ini Mustafa gagal berjumpa tokoh Umno tersebut.

Dr Hasan menjawab dakwaan Mustafa bahawa beliau dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah mengadakan pertemuan dengan ahli Umno dan tiga yang lain di Hotek Le Meridian pada bulan Ramadan lalu.

Mengulas lanjut, beliau menafikan sekeras-kerasnya pertemuan dengan ahli-ahli Umno itu, sama ada di peringkat rendah, pertengahan atau tinggi.

Dr Hasan, bagaimanapun yang tidak mempertikaikan adanya pertemuan tersebut, tetapi menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Umno atau PAS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu tetapi mengalu-alukan siasatan dijalankan terhadapnya.

Katanya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenainya, sama sepertimana Mustafa yang juga tidak mendedahkan butiran dakwaan pertemuannya (Dr Hasan) dengan pihak Umno.

Dr Hasan yang juga pengerusi hal ehwal agama Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor, juga ingin mendapat penjelasan Mustafa, sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.

Menjawab satu soalan, Dr Hasan menolak pelawaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya. -MK

Sah puak PAS mulut biawak!

Thursday, December 22, 2011

Malaysiakini Buat Filem Untuk PAS "We Know What You Did Last Ramadan"


Pergolakan dalaman politik PAS sekarang sudah masuk ke dunia hiburan pula.. Hari ini Malaysiakini menerbitkan satu artikel seakan-akan hampir sama dengan tajuk cerita "I Know What You Did Last Raya" cuma beza tajuk dari Malaysiakini "We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan".

Mungkin lepas ni mungkin ada pengarah yang akan menerbitkan filem ini... hahaha lawak siut!


Perang dingin antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti tersebut jadi bertambah cacamarba,' damage control '.

Yang tidak seronok didengar pula... Adakah patut diaorang duk sibuk perang mulut lepas tu nak salahkan UMNO pulak! apa punya umatlah puak PAS ni! PRASANGKA betul! inikah ajaran Islam PAS?

Berikut adalah ugutan dari Mustapha kepada Hasan Ali...


We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.

Tuesday, September 27, 2011

Khalid Samad Langgar Arahan "Tutup Mulut" Berhubung Isu Hudud!


Pada satu sidang akhbar bersama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berkata, semua pemimpin pakatan pembangkang diarah tutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi isu pelaksanaan hukum hudud sehingga Rabu ini berkuat-kuasa serta merta.


“Jadi kami telah memutuskan iaitu bermula sekarang sehingga 28 September ini tidak boleh ada lagi kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas, PKR dan DAP berhubung isu hudud,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Pas kemarin.

Tak sampai 24jam MP Shah Alam, Khalid Samad langsung tidak menghiraukan arahan dari Setiausaha Agung PAS tersebut, beliau hari ini membuat kenyataan berkata, pelaksanaan undang-undang hudud perlu berdasarkan kehendak rakyat dan akan ditadbir oleh kerajaan yang dipilih.

Menurut beliau, PAS sebagai sebuah parti Islam akan sentiasa berjuang untuk pembuatan undang-undang hudud kerana ia adalah undang-undang Islam, bagaimanapun, beliau berkata ia adalah rakyat yang harus mempunyai keputusan muktamad mengenai isu itu.

"Ini adalah sebuah negara demokrasi. Apa-apa jua akan pergi lebih jauh dengan mandat majoriti.
"Sama seperti di Kelantan dan Terengganu, orang ramai di negeri-negeri yang menyokong undang-undang (enakmen) hudud, oleh itu mereka boleh membuat referendum untuk menukar undang-undang yang sedia ada, dan PAS akan membantu rakyat mengenai perkara itu. Baca lagi di sini...

KANTOI! Puak PAS memang tak pernah hormat Ketua Puak mereka!

Wednesday, August 17, 2011

PAS dan Mustafa Ali Bakal Didakwa!

PAS dan Mustafa Ali diberi tiga hari mohon maaf

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.

"Jika gagal, Pas dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

"Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.


Ingat PAS dan Mustafa Ali masa anda hanya 3 hari sahaja! Tak kira lah ada bukti atau tidak...