Showing posts with label Orang Minyak. Show all posts
Showing posts with label Orang Minyak. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Orang Minyak Kena Tangkap Masuk Botol


GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Sunday, January 15, 2012

Orang Minyak Menganas di Gombak!



Sejak beberapa minggu yang lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak.


Kronologi Serangan Lembaga Orang Minyak di Selayang Gombak

Lokasi:
Sekitar Jalan laksamana
Kampung laksamana, Selayang
Batu caves, gombak

20 Disember 2011/Selasa , 12 malam – Gadis 17 tahun nampak lembaga hitam bertenggek di sink dapur dan ghaib
21 Disember 2011/Rabu , 11 malam – Remaja nampak lembaga hitam intai tingkap dapur dan ghaib. Polis datang jumpa kesan tapak tangan berminyak
22 Disember 2011/khamis , 10 malam – Remaja kena calit 3 calitan berminyak hitam di lengan/dengar suara halus
23 Disember 2011/Jumaat , 3 pagi – org ramai kejar lembaga hitam/ghaib kawasan semak bertanda minyak hitam
24 Disember 2011/Sabtu , 2 pagi – Lembaga hitam berjaya dikepung/dicucuk buluh runcing/hilang bila masuk rumah jiran
25 Disember 2011/Ahad , 4 pagi – Lembaga hitam dikesan dicelah pokok pisang/ pergerakan atas bumbung penduduk dikesan
26 Disember 2011/Isnin , 3 pagi – Pengera atas bumbung penduduk berbunyi empat kali.

Rekod: 7 buah rumah di Jalan Laksamana 1 telah diganggu orang minyak. Jumlah orang minyak: 2 lembaga

Laporan Orang Minyak di Gombak
* Hanya ahli keluarga perempuan sahaja yang nampak
* Muncul pada awal pagi dan mengunci pintu dari dalam
* lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut
* polis menemuni tompok hitam
* perempuan di calit minyak oleh lembaga orang minyak

Dahulu kes kecoh di Bentong apabila orang kampung berjaya menagkap orang minyak, sekrang di Gombak. dan pernah tertangkap di taman pinggiran Batu Caves dalam bulan September.

Apa motif Orang Minyak ni? Merogol? Merompak? Adakah ada ilmu yang di amal kan?

Atau pun Azmin Ali menghantar orang minyak untuk mencuri minyak di sekitar Gombak?