Showing posts with label PKR ganas. Show all posts
Showing posts with label PKR ganas. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Anggota Dan Pemimpin PKR 'Buat Kecoh' Di JPN P.Pinang


Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Naib Presiden PKR N.Surendran pada Rabu menimbulkan kekecohan di kompleks jabatan kerajaan pusat di Bangunan Persekutuan di sini apabila cuba menyerbu masuk untuk menganjurkan demontrasi "duduk dan bantah".

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kumpulan itu sebelum itu berarak sejauh kira-kira 400 meter dari Jalan larut ke kompleks itu di Jalan Anson sebelum merempuh halangan polis atas alasan untuk berurusan secara beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kompleks itu.

Turut serta dalam himpunan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Batu Uban S. Raveentharan, Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, Adun Kebun BungaJason Ong dan Adun Komtar Ng Wei Aik.

Surendran berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai membantah pemberian kad pengenalan merah yang didakwa terlalu lama kepada warga emas yang dilahirkan di negara ini sejak sebelum merdeka dan berharap mereka segera diberikan MyKad.

Katanya, selain itu mereka juga membawa 15 orang kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Kumpulan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke pejabat JPN dan dilayan di kaunter khas.

Penolong Pengarah JPN negeri Noorhazlina Ishak yang menguruskan permohonan kumpulan terbabit bagaimanapun enggan mengulas kepada wartawan.

Monday, October 10, 2011

Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor Dicemari Pergaduhan


Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya, kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini,nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Bernama Melaporkan, Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang. Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir mesyuarat.

Sumber: UtaraNews

Saturday, September 25, 2010

PKR ganas: Bertumbuk kerana gilakan jawatan .

PKR cabang Merbuk kecoh setelah ahli mereka bertumbuk kerana tak puas hati calon Ketua Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari Anwar utk berundur.

Calon pilihan Anwar Saiful Izham Ramli menang tanpa bertanding seperti dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin.

YB Manikumar, Adun Merbau Pulas, Exco kerajaan Kedah kini di IPD Kuala Muda untuk urus ahli PKR yang membuat laporan polis kerana ditumbuk.

Ahli PKR Sungai Petani akan membuat laporan polis jam 8.30pagi esok di IPD Sg Petani atas penipuan pemilihan Cabang PKR Sg Petani.

Menurut 5 Pemerhati proses pengundian, YB Johari hanya mendapat sekitar 50 undi semasa kiraan pertama, manakala pencabarnya Kumar, seorang tukang besi mendahului lebih 400 undi.

Walau bagaimanapun, setelah berlaku kiraan semula,YB Johari yang merupakan orang kanan Azmin dan Saifuddin diistihar menang.