Showing posts with label Pas Kedah. Show all posts
Showing posts with label Pas Kedah. Show all posts

Friday, April 5, 2013

#SaveKedah - Tinjauan: Regim PAS Kedah Bakal Tumbang Pada PRU 13


Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan tumbang di Kedah pada Pilihan Raya 2013 dengan kehilangan enam peratus undi Melayu dan perubahan corak pengundian masyarakat Cina, dalam penemuan terbaru tinjauan peribadi yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research.

Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu The Malaysian Insider, di antara sebab perubahan dalam corak pengundian kaum Cina adalah keadaan kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mana beliau mengatakan memberi persepsi mengenai ketidakstabilan kerajaan negeri.

“Ini kerana pada tahun 2008, lonjakan sokongan daripada pengundi Melayu tidak begitu besar, contohnya kerusi DUN Tanjung Dawai, kita menang tak sampai seratus undi,” kata seorang pemimpin PAS Kedah kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

Menurut beliau lagi, keputusan masyarakat Cina untuk memberikan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dan parlimen kepada PR membuktikan terdapat masalah serius dengan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, terdapat tiga faktor menyebabkan kerajaan PR Kedah hilang sokongan masyarakat Melayu negeri tersebut pertama adalah pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 oleh Barisan Nasional (BN).

“Kedua masalah dalaman kerajaan seperti penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan negeri dan ketiga, calon serta muka baru diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah mula menarik kembali pengundi kepada BN,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Perdana menteri telah membubarkan parlimen semalam dan beberapa negeri ikut membubarkan DUN manakala menteri besar Kedah akan bertemu dengan pemimpin negeri hari ini untuk mendapatkan persetujuan. Pilihan raya umum (PRU) dijangka akan diadakan pada penghujung bulan April.

Akan tetapi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap penemuan badan tinjauan bebas itu sebagai satu sebab untuk melemahkan partinya untuk terus berjuang bagi mengekalkan PR di Kedah dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya akan all out membantu PAS dan Pakatan untuk mengekalkan Kedah. Ya, saya tahu tentang pembentangan Merdeka Center itu,” kata Mohamad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Kami berjanji untuk perbaiki kelemahan dahulu demi untuk memastikan dapat memerintah bagi penggal kedua,” tambah beliau yang dijangka akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, Kedah.

Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Azizan mengatakan terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbirannya yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR bagi mentadbir negeri tersebut.

“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah,” kata Azizan.

“Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem “Kifaalah” ... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.

Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.

“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.

“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan longgar PAS, PKR dan DAP menang mengejut di Kedah, mengecewakan BN apabila memenangi 22 dari 36 kerusi DUN di Kedah.

Akan tetapi dua ADUN PKR Tan Wei Shu dari Bakar Arang dan Mohd Radzi Salleh dari Lunas keluar parti dan menjadi ADUN bebas mesra BN oleh kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

Pembelotan tersebut menyebabkan beza kerusi diantara PR dan BN turun ke hanya emat kerusi DUN.

Pada Mei 2010, khabar angin tersebar kerajaan negeri PR mungkin akan tumbang kembali kepada BN disebabkan akan berlakunya lebih banyak pembelotan dari ADUN PKR.

Akan tetapi dalam satu ceramah pada 22 Mei, kesemua 20 ADUN PR muncul untuk menafikan khabar angin, menyatakan kesetiaan mereka terhadap kepimpinan Azizan.

Kepimpinan PAS masih belum menyatakan secara rasmi siapa yang bakal mengetuai kempen parti di Kedah untuk Pilihan Raya 2013.

Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan pembangkang PR akan bertarung untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013.

Wednesday, March 27, 2013

#TolakPAS Video Pembohongan PAS Bina 12 Buah Masjid Di Kedah


Dalam buku terbitan PAS Kedah bertajuk Sayangi Kedah, PAS Kedah telah berbohong dengan berkata bahawa mereka telah membina 12 buah masjid di Kedah. Sebenarnya kesemua masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Nama jer lebai PAS tapi kuat menipu puak ni! Hampehhh!


Terdahulu Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Perjumpaan tersebut adalah untuk mendapatkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.

Video url: http://youtu.be/2LWIYBBY47s

Thursday, February 28, 2013

Azizan Enggan Jawab RM3 Bilion Hutang Kerajaan Kedah...


Inilah padahnya bila PR memerintah, negara boleh bankrap dengan sekelip mata saja....

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan mengulas mengenai hutang kerajaan negeri yang didakwa telah mencecah sehingga RM3 bilion dalam tempoh lima tahun yang lalu di bawah pimpinan kerajaan negeri PAS.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, sekadar berkata kerajaan negeri telah berusaha keras untuk meningkatkan hasil selama ini.

Beliau semalam diminta mengulas mengenai isu hutang yang telah sekali lagi diketengahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Tan mendakwa bahawa hutang kerajaan negeri berjumlah RM2 bilion sebelum tahun 2008 tetapi telah meningkat kepada RM3 bilion termasuk pinjaman RM330 juta untuk pembinaan Kolej Universiti Insaiah (Kuin) di Kuala Ketil.

"Pinjaman tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat negeri berkaitan kerajaan untuk membiayai projek Kuin," katanya kepada sidang akhbar di pejabat Gerakan negeri semalam.

Tan mula-mula membangkitkan isu hutang berkenaan pada Rabu lepas dan kemudian menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Azizan, yang telah diterima oleh pegawai khasnya Mohd Rosli Azmi.

Beliau memetik Laporan Ketua Audit 2011 menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh RM193.22 juta dalam bentuk wang tunai.

Beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa tiada kerja dilakukan ke atas kedua-dua projek perumahan kos rendah di Bandar Darulaman di Jitra dan Pokok Sena, di mana Azizan menjawab bahawa kelewatan itu adalah disebabkan isu-isu teknikal.

Friday, February 22, 2013

PAS Kedah Bergolak Tanda Kejatuhan Rejim PAS


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

Thursday, February 21, 2013

PAS Semakin Pupus.... 11 DUN PAS Kedah Desak Ostad Azizan Letak Jawatan



Lantaq pi la hangpa semua nak berpecah belah... Ada aku kesah?

La ni baru nak sedar ka... Dah sememangnya PAS tak boleh jadi parti memerentah, takkan nak salahkan Azizan sorang je...

Adakah dengan mendesak Azizan letak jawatan satu jalan penyelesaian yang baik?

Sebaiknya perbetulkan dulu parti PAS yang dah semakin pupus, bakal lenyap dari dunia politik ni!

Bab nak memerentah negeri Kedah semula... jangan nak bermimpi disiang hari la... Sapa yang nak bagi undi lagi kat PAS ni? rakyat dah meluat dengan kepimpinan PAS yang tidak ada pendirian tetap, makin lama makin mengarut, tak ubah macam lalang...

Tepok - tepok tangan! Kalut dah depa semua ni...

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didesak supaya melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana didakwa gagal dan lemah dalam menerajui parti di negeri Jelapang Padi itu.

Azizan dikatakan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti sehingga menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dan merasa kecewa.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa Azizan tidak ada masalah dalam mentadbir kerajaan negeri tetapi beliau tidak mampu menyelesaikan masalah sehingga menyebabkan PAS Kedah kucar-kacir.

"Dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS (Kedah)," katanya.

Asri mendakwa Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat pada Rabu menyokong desakan tersebut dan perkara itu dikatakan akan dibawa ke peringkat PAS Pusat untuk tindakan lanjut.

"Kami bagi sokongan kepada ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat. Kami minta Azizan turun. Kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan. Ulama adalah dasar perjuangan PAS," jelas Asri.

Antara 11 DUN yang mahukan Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Sementara itu Bernama melaporkan, Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Bagaimanapun katanya, sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh melihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun. Tiba- tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena? Saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan. Setakat ini tak (ada) sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya.

Astro Awani pada Selasa melaporkan kesediaan Phahrolrazi untuk jadi menteri besar sekiranya Pas kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13. Namun beliau menegaskan tidak akan melobi atau berkempen untuk jawatan itu menggantikan Azizan.

Monday, February 11, 2013

CN Afghani : Islamikkah Kerajaan PAS Kedah ?


CN Afghani, ahli Pas seumur hidup yang juga bekas Exco Dewan Pemuda Pas Kedah membuat pendedahan khusus tentang kerajaan Pas negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pendedahan CN Afghani nama sebenar kepada Zainon Ismail itu dibuat dalam buku terbitan terbarunya, “Kafirkah Aku”, 2012.

Pandangan CN Afghani tentang kerajaan Pas Kedah adalah seperti berikut :

Expo & Kopiah

Ada negeri yang langsung tidak boleh anjurkan ekspo sama sekali, seperti Terengganu. Kalau diadakan juga, satu demonstrasi keras akan berlaku. Kerapnya akan diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Chik.

Di Alor Setar, Kedah, ekspo tahun 1988, beberapa buah kereta pengunjung ekspo dibakar. Selepas itu, bertahun juga tidak ada ekspo. Antara pertunjukan dalam ekspo yang jadi sasaran ulama Pas adalah ‘rumah hantu.’ Dikatakan khurafat.

Apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang merupakan simbolik terjemahan kepada pendekatan baru Pas iaitu ‘mengulamakan intelek dan mengintelekkan ulama’.

Kalau dulu orang yang tidak memakai kupiah atau berbaju batik, rasa segan ke majlis Pas, sekarang sudah terbalik. Orang yang berserban dan kupiah pula tersipu-sipu masuk ke majlis Pas. Tidak ada lagi istilah sunnah dan pahala bila berserban dan jubah.

Di kalangan pimpinan Pas Pusat, boleh dihitung dengan jari siapa yang memakai serban. Lebih ramai yang apa-apa pun tak pakai, kosong. Istilah orang Kedah kata ‘dogiang’.

Sumber wang halal dan haram

Dalam persidangan DUN Kedah pada 2 Ogos 2010, MB yang juga seorang ulama Pas menjelaskan bahawa pihaknya belum mengasingkan lagi sumber kewangan Kerajaan Negeri yang halal dan haram.

Jadi, wang hasil premis judi, arak, lesen anjing digaul semangkuk dengan hasil wang halal.

Dulu, pimpinan Pas berbuih mulut, kering tekak dan busuk peluh berceramah atas isu ini. Mendesak kerajaan BN/UMNO pimpinan Tun Dr. Mahathir mengasingkan sumber kewangan halal dan haram.

Pimpinan Pas pernah mempertikaikan kerajaan BN/UMNO memberi wang sumber haram pada umat Islam untuk bangunkan masjid, surau, dewan orang ramai, sumbangan kepada fakir miskin dan lain-lain usaha kebajikan.

Mengapa setelah 2 tahun lebih berkuasa, MB Pas yang lebih faham Islam dari UMNO, melakukan kerja-kerja yang sama seperti kerajaan BN/UMNO dulu. Bertambah pelik apabila ramai ulama Pas Pusat dan negeri memuji MB Kedah kononnya pandai memerintah, seorang yang toleran. Biar pun judi, arak, pusat hiburan dan bermacam maksiat makin berleluasa.

Mengulas isu halal haram ini, mengingatkan kita pada satu kisah bagaimana seorang murid yang ingin mendapat fatwa dari tok gurunya tentang halal haram ikan yang diperolehi semasa memancing.

Oleh kerana jenis ikan itu tak pernah ditemui sebelum ini dan besarnya juga agak luar biasa, timbullah keraguannya. Tanpa menunjukkan ikan, dia merujuk hal itu pada gurunya. Bila gurunya memfatwakan ikan begitu tidak boleh dimakan, lalu murid itu berkata, ‘sayang sekali kerana kalau boleh dimakan, saya bercadang kepala ikan itu akan diberi kepada tuan guru’.

Mendengar keluhan itu, gurunya menyuruh dibawa ikan untuk dilihatnya terlebih dahulu. Sebaik sahaja ikan itu berada di hadapannya, terus guru tersebut berkata yang ikan itu boleh dimakan. Dapatlah dia bahagian kepala ikan hasil dari fatwa barunya itu.

Kisah ini dulunya sering disebut oleh ulama Pas dengan ditujukan ulama itu kepada ulama UMNO. Oleh kerana ada habuan (kepala ikan), fatwanya telah berubah dari tidak boleh kepada boleh. Dengan perkembangan pemerintahan Pas di Kedah, apakah mereka juga telah mendapat kepala ikan seperti tuan guru dalam kisah di atas.

Judi, arak & pusat hiburan

Pas sering menunding jari pada UMNO kononnya tak buat itu dan ini, tak hapus itu dan ini. Tetapi setelah berkuasa seperti di Kedah, MB Pas pun tak sanggup hapus judi, tempat hiburan dan minuman keras.

Pusat karoeke tumbuh bagai cendawan, bukan sahaja di bandar besar, pecan kecil pun telah wujud. Siapa pengunjungnya kalau tidak remaja Melayu.

Pemerintah BN/UMNO keluarkan lesen judi, kita tuduh berbagai. Umpamanya berkaitan isu judi bola sepak dunia tahun 2010.

Kita menyeru ratusan ribu umat Islam untuk himpunan bagi membantah kerajaan pusat keluarkan lesen judi bola piala dunia. Banner digantung merata tempat dan masjid menunjukkan protes sikap pemerintah.

Tidakkah terfikir tempoh perlawanan bola sepak itu hanya satu bulan, sedangkan lesen judi di Kedah bertahun tempoh hayatnya, tetapi tidak diharamkan. Tidak ada pula piket orang Pas bantah MB mereka. Apakah kerana ianya diperintah oleh Pas, automatik judi itu jadi halal?

Gaya hidup YB
Sekarang apakah wujud YB Pas yang mengkhianati Islam ini? Ya, kalau pun wujud, tetapi mereka bijak mencipta alasan, hingga ahli terpesona.

Contoh, bila MB Kedah menukar kereta Mercedes baru bernilai sejuta, ada ahli Pas mengatakan MB memang patut guna kereta mewah untuk kesihatan diri, lebih selesa dan juga cepat bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Takkanlah MB nak pakai kereta bernila 30 ribu ringgit. No point. Tetapi mereka lupa, sewaktu MB dan YB UMNO pakai kereta begini, pimpinan Pas kecam dengan mengatakan itu pembaziran wang rakyat.

Fatwa Hadi 1981

Saya tidak solat Jumaat di khariah sendiri sebab imamnya orang UMNO. Bimbang solat Jumaat tidak sah kerana berimamkan orang UMNO yang sesat akidah.

Ketika inilah berlakunya isu solat dua imam yang amat serius, terutamanya di Terengganu. Sesetengah tempat seperti di Kedah, ada guru dan pelajar pondok yang langsung tidak solat Jumaat bertahun-tahun, kerana imam di masjid itu orang UMNO. Banyak juga kes-kes yang dibawa ke mahkamah terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak.

Ketegangan antara ahli Pas dan UMNO ketika itu sangat kronik. Bila-bila sahaja boleh bergaduh hingga membunuh sekalipun. Seperti yang disebut sebelum ini, kemuncak dari perselisihan ini, berlakunya peristiwa berdarah di Felda Lubuk Merbau, Kedah pada tahun 1984.

Seorang petugas Pas mati dalam pergaduhan antara penyokong Pas dengan penyokong UMNO. Diikuti pula dengan Peristiwa Memali pada 19 November 1985. Atas kefahaman jika mati kerana berjuang pertahankan Pas, adalah mati syahid, maka jasad 13 daripada 14 orang mangsa yang gugur dalam Peristiwa Memali itu, tidak solat dan tidak dimandikan.

Sekarang, ramai pula yang sedang bertanya:

Halalkah judi dan arak di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan Pas.

Siapa yang orang Pas bagi undi sehingga mereka berkuasa di Pulau Pinang. Adakah DAP itu Muslim?

Pas boleh berkawan dengan DAP sedangkan dulunya mengkafirkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC.

Pas juga takut hilang undi orang Cina dan India hingga tidak berani haram judi dan arak di Kedah. Takkah menampakkan Pas makin lemah dan menghalalkan apa yang haram.

Patung helang Langkawi
Jumhur ulama sepakat, patung yang penuh sifat itu haram, bagaimana ulama Pas boleh tutup mulut dan pejam mata isu patung helang di Langkawi. Takkah ini juga termasuk dalam menghalalkan yang haram.

Kalau BN/UMNO guna perlembagaan Lord Reid dikatakan taghut, bagaimana pula kerajaan Pas Kedah yang masih mengekalkan cara pemerintahan BN/UMNO dulu, tidakkah kerajaan Pas Kedah juga taghut?…dan banyak lagi persoalan yang pimpinan Pas perlu jawab.

Kafirkah Aku
Mungkin ada yang bertanya, kenapa dalam keadaan terlalu hampir dengan PRU 13, buku ini saya keluarkan. Memang saya ingin mendapat perhatian dari banyak pihak terutama pimpinan Pas dan juga para pengundi.

Saya mempunyai mesej yang sangat penting untuk menyelamatkan agama, negara dan bangsa. Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara.

Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, tapi jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan Kebajikan, Kedah Sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.

Pimpinan Pas harus sedar yang rumah tempat kita berteduh sekarang masih bocor atau istilah orang Kedah sebut ‘tiris’. Jadi, untuk apa kita mengajak orang ramai datang berteduh dari hujan di dalam rumah kita yang masih bocor?

Kita janji yang rumah kita selamat, sejahtera dan penuh selesa, tapi bila dimasuki penuh dengan air. Pemerintah BN/UMNO disebut sebagai tidak telus, berlaku ketirisan di sana sini, tapi kita tidak melihat pula ketirisan yang sedang berlaku di rumah kita seperti di Kedah khasnya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
“Dan Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu orang-orang yang jika kami beri kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan ingatlah bagi Allah kesudahan segala sesuatu.”

Siapa pun yang mendalami ayat ini, terutama para ulama seperti Datuk Seri (Abdul Hadi) pasti memahami secara jelas bagaimana janji Allah pada pejuang agamanya.

Kerana itu Allah memenangkan Kelantan dan Kedah untuk menguji pemerintahan Pas.

Malangnya, Pas gagal dalam mencapai pemerintahan seperti yang sepatutnya. Tak perlulah untuk saya perincikan lagi di sini satu-persatu.

Cukup dengan contoh patung penyu yang Datuk Seri (Abdul Hadi) musnahkan sebaik berkuasa di Terengganu pada 1999 dengan alasan ianya haram di sisi Islam, tetapi patung burung helang masih kekal di Pulau Langkawi di bawah kerajaan Kedah.

Secara terang, satu contoh itu sahaja telah menunjukkan percanggahan dengan ayat ini di atas.

Selaku Presiden, Datuk Seri berhak menegur MB Kedah dalam isu ini, juga lain-lain isu seperti pusat judi, karoeke, arak dan seumpamanya.

Kenapa Datuk Seri melihat semua ini dengan tenang, tidak rasa berdosa membiarkan MB Kedah melakukan apa sahaja kehendaknya, walau melanggar hukum. Kalaulah betul seperti apa yang saya dengar bahawa Datuk Seri memberi amaran kepada penentang MB Kedah dengan berkata, “Jangan ada sesiapa yang cuba mengorek kapal yang sedang dikemudi oleh ustaz Azizan,” maka amat malang sekali.

Banyak juga pimpinan Pas memberi alasan, MB Kedah terpaksa bersikap agak rasional, liberal dan mendahului kepentingan orang bukan Islam. Mereka ini belum faham tentang Islam dan perlu difahamkan terlebih dahulu.

Dulu, apabila Tun Dr Mahathir memberi alasan begini, Datuk Seri (Abdul Hadi) dan juga pimpinan tertinggi Pas kata, itu alasan memancing undi.

Takut pada orang bukan Islam tidak mengundi BN/UMNO. Alasan ini tidak selari dengan syariat. Hingga ada yang mengkafirkan Tun dan ahli UMNO atas alasan ini.

Tentu Datuk Seri sedar yang alasan oleh MB Pas di Kedah sekarang ini, merupakan alasan untuk menjaga hati orang bukan Islam yang bertentangan dengan matlamat asal Pas.

Seperti dalam ucapan Datuk Seri satu ketika dengan tegas pernah mengatakan,

“Kita rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak oleh rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redhanya Allah.”

Janji Allah & undi
Pas Kedah juga dilihat seolah sudah tidak yakin dengan janji Allah seperti ayat dalam surah al-Hajj di atas. Apakah selepas PRU 13 ini, Allah tidak berkuasa lagi mengekalkan pemerintahan Pas di Kedah. Sehingga lebih bergantung harap sepenuhnya kepada orang-orang bukan Islam.

Undi mereka dilihat lebih berkuasa dari Maha Pencipta, lalu kepentingan mereka lebih diutamakan.

Tidak malukah Datuk Seri mengetahui MB Kedah anaktirikan 12 sekolah agama rakyat atau pondok.

Di waktu yang sama beliau memperuntukkan ratusan ribu ringgit untuk sekolah Cina dan India bagi melangsaikan bil tunggakan air dan elektrik. Juga membiayai lebih 2 juta ringgit untuk perpustakaan sekolah yang ada kaitan dengan istana. Di manakah nilai agama yang diperjuangkan selama ini?

Lihat sahaja isu empat buah pusat hiburan terbesar yang diluluskan oleh kerajaan Kedah baru-baru ini di bandaraya Alor Setar. Apabila ada pihak protes, MB menjawab bahawa rakyat Kedah perlukan hiburan.

MB juga menjawab penguatkuasaan sering membuat pantauan. Bagaimana ianya dipantau, sekiranya iklan arak terpampang di premis itu.

Lokasinya pula berada di kawasan berpendudukan orang Islam. Setiap malam ramai remaja Islam yang melibatkan diri di sana. Hinggakan pada malam Isra’ Mikra’ baru-baru ini 27 Jun 2012 pun pusat itu dibuka.

Datuk Seri memberi ceramah agama pada malam itu, sebaliknya rakyat Kedah diizinkan melakukan maksiat di malam yang bersejarah itu. Pusat hiburan dan karoeke juga dibenarkan beroperasi pada malam Jumaat.

Jika ada karnival dan fun fair di Kedah, malam Jumaat turut beroperasi. Sedangkan ketika BN/UMNO berkuasa dulu, malam Jumaat semua pusat hiburan tutup. Malangnya, sudah nasib UMNO bagaikan kucing kurap di jalanan, langsung tidak ada kebaikan di sisi Pas. Pas sahaja yang terbaik.

Madrasah Salihiah
Isu yang paling menyedihkan buat umat Islam Kedah sekarang adalah berkaitan Madrasah Salihiah yang mahu diroboh oleh kerajaan Pas Kedah.

Pernah satu ketika ahli Pas diperintah buat demo terhadap langkah kerajaan BN/UMNO hendak meroboh sekolah agama rakyat, surau, bangunan Pasti atau apa-apa sahaja usaha kerajaan BN/UMNO hendak mengambil tanah orang Islam untuk projek pembangunan.

Ahli-ahli Pas juga diarah turun membantu Jemaah di Masjid Kg Rawa, Pulau Pinang satu ketika, kerana ada krisis dengan penganut Hindu.

Memang kita bersedia untuk mati demi pertahankan hak orang Islam dari terlepas ke tangan orang bukan Islam.

Anehnya, dalam isu Madrasah Salihiah ini, selaku pemerintah Islam sanggup pula menyerahkan hak milik orang Islam kepada orang bukan Islam atas dasar pembangunan.

MB Kedah dan Exco terlibat cuba menyembunyikan fakta sebenar dalam isu madrasah ini. Mungkin Datuk Seri dan pimpinan Pas Pusat tidak megetahui apa yang berlaku di sebalik fatwa kedua Datuk Mufti Kedah yang bersetuju madrasah itu diroboh. Sedangkan fatwa pertama tidak membenarkannya.

Saya dimaklumkan oleh pihak tertentu, bahawa Datuk Mufti dipaksa untuk mengeluarkan fatwa kedua yang tidak diperkenankan oleh Sultan Kedah.

Kenapa isu ini tidak dipandang serius oleh Pas Pusat. Setahu saya tidak ada mana-mana pihak dari Pas kawasan, negeri dan pusat turun berbincang dengan AJK Madrasah itu?

Sepatutnya adakan perbincangan ke arah bagaimana nak menyelamatkan madrasah itu dari diroboh, bukannya menghantar notis kepada AJK kosongkan bangunan untuk diroboh. Apa yang dibimbangkan, pemaju yang diserahkan projek Aman Sentral itu ada kaitan dengan gerakan Kristian Pulau Pinang.

Tidak terfikirkah kemungkinan ini merupakan perancangan halus dari pihak berkenaan yang tidak suka melihat perkembangan Islam. Surau ini berpotensi maju apabila beroperasinya projek Aman Sentral.

Kalau benarlah madrasah itu mahu dirobohkan oleh kerajaan Pas Kedah semata-mata menjaga kepentingan dan keselesaan hidup penghuni bukan Islam yang akan tinggal di kondominium berhampiran, amat dukacitalah nasib umat Islam seterusnya.

Akan tercatat dalam sejarah kerajaan Kedah bahawa di masa pemerintahan Pas, sebuah madrasah diroboh di tapak tanah wakaf khusus untuk ibadat, hak milik orang Islam dan diserah kepada orang bukan Islam. Apalagi di bawahnya kelak akan dijadikan karoeke serta tempat pembentungan najis. Nauzubillah.

Lupakah semua dengan peringatan Allah dalam ayat 27, Surah al-Anfal,

‘Hai orang-orang beriman jangan kamu khianat pada Allah dan Rasul dan jangan pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui.’

Kronisme
Selain dari itu, saya juga lihat betapa pimpinan Pas semakin mengamalkan kronisme. Contoh yang paling ketara, apabila saya mendedahkan isu Tabung Mangsa Memali dalam buku bertajuk ‘Air Mata Di Bumi Memali’.

Selaku Presiden parti Islam, apabila ada isu yang begitu, seharusnya Datuk Seri semestinya orang pertama meneliti pendedahan yang melibatkan kezaliman terhadap balu dan anak yatim Memali.

Tertuduh patutnya disiasat, tugasnya dalam parti harus digantung sementara waktu. Tetapi tidak berlaku begitu. Dengan angkuh pihak Datuk Seri membenarkan Yusuf Husin menyambung lagi khidmatnya sebagai Senator walaupun dirinya telah ditelanjangkan.

Datuk Seri perlu sedar, keangkuhan itu bukan kepada saya dan masyarakat yang inginkan keadilan, tetapi keangkuhan pimpinan Pas sebenarnya angkuh terhadap peraturan Allah.

Apabila isu begini berlaku pada pimpinan UMNO, gegar dunia ini dibuatnya oleh pimpinan Pas. Contohnya isu Datuk Seri Shahrizat berkaitan wang NFC. Kalaulah betul berlaku salah guna wang oleh Shahrizat, wang itu adalah hak kerajaan kepada rakyat. Berbeza pula dengan wang tabung mangsa Memali yang dikutip dari ahli Pas seluruh negara yang dijanjikan untuk membiayai anak yatim dan balu Memali.

Penyelewengan Tabung Memali
Kita menuduh pemerintah zalim kerana membunuh bapa atau suami mereka, sayangnya kita yang faham Islam ini mengulangi kezaliman terhadap anak isteri mereka. Kenapa pimpinan Pas tidak pernah terasa yang selama ini menzalimi keluarga mangsa Memali?

Apakah tidak rasa hina apabila kita gunakan isu kematian suami atau bapa mereka untuk meraih simpati mengumpul wang berjuta untuk kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti?

Apakah orang yang memperalatkan balu dan anak yatim itu lebih mulia dari Datuk Seri Shahrizat? Lebih penyayang, lebih adil dari Tun Dr Mahathir?

Di manakah ketelusan Datuk Seri dan juga para ulama Pas dalam hal ini. Lupakah kepada kuliah Datuk Seri yang pernah mengatakan antara sifat assobiyah itu adalah mempertahankan salah laku kroni, dan Nabi tidak akan mengaku umat kepada sesiapa yang mengamalkan assobiyah.

Anggapan saya, bila didedahkan isu tabung mangsa Memali itu akan memberi keinsafan dan pengajaran pada pimpinan Pas, rupanya tidak. Saya dipecat dari Pas kerana mempertahankan hak balu dan anak yatim.

Namun, saya tidak malu atau menyesal dengan apa yang berlaku. Apa yang saya malu, adalah sikap kepimpinan parti Islam dalam menangani isu yang amat serius ini. Sehingga terlepas pandang amaran Allah dalam Surah al-Ma’un ayat 1 dan 2,

‘Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak-anak yatim.’

Begitu juga peringatan Allah dalam Surah an-Nisa ayat 2,

‘Berikanlah kepada anak-anak yatim hartanya dan janganlah kamu tukarkan yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama harta kamu. Sesungguhnya memakan harta anak yatim itu satu dosa yang besar.’

Bagaimana pimpinan Pas hendak berhadapan dengan mereka yang terbunuh itu di Padang Mahsyar kelak, kerana anak isteri mereka dizalimi.

Hinggakan seorang dari balu meninggal dunia dengan penuh aib, tidak tergamak saya hendak dedahkan di sini. Majoriti anak-anak yatim sekarang ini hidup dalam keadaan tidak selesa, akibat kehidupan mereka yang tidak terurus sebelumnya.

Nasib mereka tidak sebaik anak-anak pimpinan Pas dan anak-anak orang yang diamanahkan mengurus tabung mangsa Memali.

Yusuf Husin sebagai orang yang diamanahkan urus Tabung Memali, hidupnya semakin hari semakin selesa. Rumah makin cantik, kereta pun mewah dan tanah juga mampu beli.

Hudud
Sebelum Kedah dikuasai oleh Pas, saya sungguh yakin bahawa Pas satu-satunya parti politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana dan untuk Islam. Tidak ada tolak ansur dalam hal yang berkaitan halal dan haram.

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dalam satu rencananya pada tahun 1980 (rujuk buku Islam Memanggil karangan Hj Baharudin Abd Latif), menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah menunggu sehingga seluruh umat Muslim diberi latihan, bersedia dan memahami setiap ajaran untuk menubuhkan Negara Islam.

Ertinya, alasan pimpinan Pas Kedah dan sebahagian besar pimpinan Pas Pusat untuk mengekal judi, arak dan pusat hiburan di Kedah sebagai menjaga sensitiviti pengundi bukan Islam adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Apa lagi untuk menunggu masyarakat Islam faham semua perundangan Islam.

Kalau segala yang dibuat oleh PM itu dianggap tidak ikhlas, saya yakin andainya PM bersetuju membenarkan Kelantan dan Kedah melaksanakan hukum hudud sekarang ini, pasti pimpinan Pas akan menuduh PM juga tidak ikhlas.

Oleh itu, undang-undang hudud ini tidak akan dilaksanakan sebab PM tak ikhlas. Dengan itu terlepaslah Pas dari kecaman ahli sebab tak laksana hudud. PM dan UMNO juga yang dipersalahkan.

Bala
Perlu juga saya sebutkan semula di antara peringatan Datuk Seri kepada pemerintah BN/UMNO satu ketika berkaitan dengan bala yang diturunkan Allah.

Datuk Seri ada menyebut antara punca bala Allah turun seperti gempa bumi, banjir, kemarau dan tumbuhan serta ternakan kurang subur adalah kerana pemerintah tidak melaksanakan syariat Allah.

Sama-samalah kita renungkan kenapakah Kedah yang diperintah oleh Pas menghadapi berbagai ujian luar biasa. Sejak awal tahun ini sahaja hampir setiap minggu dilanda ribut yang melibatkan kerosakan teruk ratusan buah rumah.

Bersanding
Begitu juga, satu ketika pimpinan Pas membidas orang UMNO mengadakan majlis persandingan. Ada ayat-ayat Quran yang dikemukakan untuk menguatkan hujah.

Setelah berkuasa di Kedah, MBnya sebagai seorang ulama mengadakan majlis bersanding sempena kenduri perkahwinan anaknya. Pimpinan tertinggi Pas termasuk para ulamanya hadir, ribuan ahli Pas seluruh Kedah juga turut hadir. Tidak ada pun yang berani menegur.

Dulu dalam kuliah mereka sebutkan bahawa memenuhi jemputan kenduri adalah wajib, tetapi menjadi haram bila ada majlis maksiat, khurafat dan sebagainya yang dilarang oleh syariat.

Mereka sendiri sedar antara perbuatan khurafat dalam budaya Hindu adalah bersanding. Kalau mahu difaham dengan lebih mendalam, apalah bezanya kehadiran pimpinan Pas dalam majlis bersanding dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke Batu Caves. Tidakkah kedua-duanya ada kaitan dengan agama Hindu?

Kenapa PM dicerca, tidak lain kerana dia pimpinan UMNO. Sementara MB Kedah tidak dicela, disebabkan beliau pimpinan Pas. Begitulah malangnya pimpinan UMNO dan bertuahnya pimpinan Pas. Kalau dulu Datuk Seri berani menegur kerajaan dan orang UMNO, kenapa dalam kes majlis persandingan anak MB Kedah ini ditutup mulut.

Kebajikan rakyat
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, anak Kelantan selaku penjaga gol kebangsaan menerima anugerah khas sebuah banglo bernilai RM200 ribu semata-mata pasukannya menjadi juara Piala Suzuki dengan mengalahkan pasukan Indonesia 2011. Demikian juga dengan kerajaan Kedah.

Selain memberi ganjaran 5 ribu ringgit pada 5 pemain kebangsaan yang berasal dari Kedah, juga diserahkan satu lot tanah seluas 2 hektar untuk mereka. Mengikut nilai harga semasa di Pokok Sena, tanah seluas itu hampir lima ratus ribu ringgit.

Berbeza sangat dengan keadaan rakyat di Kelantan dan Kedah yang majoritinya masih dalam kategori miskin. Mereka amat perlukan perhatian. Air mata kemiskinan sering membasahi kehidupan mereka. hinggakan mengikut rekod, rakyat Kelantan paling ramai menerima sumbangan BRIM.

Oleh itu, manakah yang lebih utama antara rakyat miskin dan pemain bolasepak?

Masalah sosial

Datuk Seri boleh cakaplah pada media, pada orang ramai bahawa Melayu hanya akan selamat di bawah kerajaan Pas. Hakikatnya Datuk Seri sendiri tahu, apa yang berlaku kepada anak Melayu dalam kerajaan Pas Kedah sekarang.

Kalau dulu boleh disebut, masalah sosial remaja hanya berlaku pada kalangan anak UMNO, tetapi hari ini sudah menjadi lumrah juga pada anak kalangan orang Pas.

Betapa ramai remaja petugas Pas hari ini yang tidak solat, ketagihan dadah, menjadi rempit, meragut, mencuri motor dan sebagainya.

Malah kanak-kanak sekolah berusia sembilan tahun pun sudah ketagihan rokok. Apa kerajaan Pas Kedah buat?

Lebih memalukan lagi, keadaan pusat rekreasi di hutan atau di pantai, pengunjungnya tidak segan melakukan maksiat. Termasuk di dataran taman hadapan masjid negeri.

Saya yakin Datuk Seri dan lain-lain pimpinan Pas sedar hal ini, tetapi tidak berani menegur MB yang sentiasa mendakwa dia lebih tahu, dia bekas pensyarah dan ilmu Islamnya lebih dari ulama Pas lain kerana dia bukan sahaja kelulusan Al-Azhar, tetapi berpendidikan Islam dari universiti Barat.

Contohnya pada awal Mac 2012, Tok Guru Nik Aziz membuat teguran terhadap pelancong yang hanya separuh bogel berjemur di pantai.

Beliau tidak berani pun menyebut pantai yang dimaksudkannya di Pulau Langkawi. Sebab ianya di bawah kerajaan Pas Kedah, negeri kerajaan Islam.

Wang rakyat
Terfikir juga saya, kenapa tok guru dan exconya memilih mengadakan mesyuarat di Pulau Langkawi apabila telah lama sedar keadaan Pulau Langkawi begitu? Juga mengadakan mesyuarat Kerajaan Negeri dari Kelantan, sedangkan satu masa kita pertikai kerajaan BN sering buat lawatan atau mesyuarat luar negara. Mereka dituduh guna wang kerajaan yang merupakan wang rakyat. Apakah rakyat Kelantan merestuinya.

Begitu juga dalam menghadiri Rumah Terbuka Pas pada 9.9.2012 lalu, MB Kedah telah membawa kereta yang dia pernah akui kereta Kerajaan Negeri, Mercedes dengan nombor plat KCX 8. Tidakkah wang rakyat Kedah diguna olehnya semata-mata untuk pergi makan, sedang waktu itu masih ada penduduk Memali dari ahli Pas sangat memerlukan wang.

Adakah Datuk Seri berani tegur sikap MB Kedah itu atau juga Datuk Seri turut merasai kemewahan kereta itu. Di waktu yang sama kita gegarkan kehebatan Khalifah Omar Abd Aziz sebagai seorang pemimpin yang sangat amanah dengan harta negara dan harta rakyat. Kita ceritakan ini untuk diteladani oleh siapa?

Tidak berani menegur

Kalau Datuk Seri dan Mursyidul Am serta lain-lain ulama Pas tidak berani menegur MB Kedah di kalangan anggota sendiri, bagaimana nanti bila PR berkuasa dan DSAI menjadi PM.

Sanggupkah Datuk Seri dan lain-lain pimpinan Pas menegur segala tindakannya yang tidak selari dengan syariat Islam. Khususnya melaksanakan hudud seperti yang sangat dikehendaki oleh tok guru Nik Aziz?

Tanah pindah milik

Selepas ini dalam sejarah negeri Kedah akan tercatat dua peristiwa yang amat mengguris perasaan hati umat Islam seluruhnya, khasnya di Kedah.

Pertama, bagaimana MB Pas dan Exconya tergamak menjual tanah wakaf surau milik umat Islam kepada orang kafir. Tanah seluas 1.1042 hektar lot 623 di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, milik asal Mufti pertama Kedah, kini telah bertukar milik kepada sepasang kafir bernama Dato’ Ho Kiong Chan bernombor kad pengenalan 581022-71-5065 dan pasangannya Datin Suryani kad pengenalan 590822-71-5180.

Seorang dikatakan berasal dari anak paderi Kristian Indonesia, dan seorang lagi anak aktivis Kristian dari Singapura. Apa maksud semua ini dan kenapa Pas Pusat berlepas tangan?

Kedua, anak cucu umat Melayu Kedah, terutamanya yang tinggal di Kampung Sungai Kob, Padang Serai akan dapat lihat sebanyak 90,000 bangkai orang kafir Cina, Singapura, Hong Kong dan dalam negara akan dibawa masuk untuk ditanam di bumi umat Islam.

Hampir 200 ekar tanah orang Melayu berpindah milik kepada orang bukan Islam. Di mana maruah kita, khasnya pejuang Islam di Kedah. Kalau dulu kita menuduh kerajaan UMNO zalim kerana menangkap ahli Pas yang mempertahankan hak mereka, kini pimpinan Pas pula seperti mengarahkan pihak berkuasa menangkap penduduk Islam yang membantah projek berkenaan. 12 dari mereka sedang dibicarakan.

Inilah hasilnya yang umat Melayu Islam dapat sejak wujudnya kerjasama dalam PR. Biarlah apa pun alasan dari pimpinan Pas, hakikatnya bumi umat Islam semakin terhakis sama ada di Kedah atau Pulau Pinang. Tanpa menjatuhkan setitik darah pun, kafir di negara ini dapat merampas satu persatu bumi Islam. Amat malang apabila yang menurunkan tandatangan menghalalkan tindakan ini terdiri dari ulama Pas.

Sebab itu saya tidak terkejut bila menerima sms dari kawan yang bersyukur bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh semula kepada BN. Kenapa?

-AIDC

Thursday, October 18, 2012

Audit Negeri Kedah Paling Teruk! Bukti PAS Tak Mampu Memeritah


Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.
Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'.

Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.

Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!

Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.

Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.

Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.

Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.

Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri.

Saturday, November 19, 2011

Pas Kedah Roboh Madrasah Salihiah Kanchut Berusia 100 Tahun

Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob. – utusan/ Kamal Basir

BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

-Zaini Hassan

Wednesday, September 21, 2011

DR Asri Kasi Ostat Azizan Sakit Jantung Lagi...


PAS cakap tak serupa bikin... Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Di Kedah pada mulanya mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.

Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, kemarin mengkritik pentadbiran Pas di Kedah kerana tidak membawa sebarang perubahan terutama dalam meningkatkan syiar Islam.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pemerintahan di negeri itu, Pas hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) tanpa membuat sebarang penambahbaikan.

Dr Asri menghadiri sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang, Kelantan, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Panas telinga Ostat Azizan dengar ni...

Saturday, July 30, 2011

Lembah Maksiat: Rumah Urut Dan Pusat Hiburan Berlambak Di Kedah


Kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam kini bertukar kepada lembah maksiat apabila rumah urut dan pusat hiburan tumbuh macam cendawan di negeri tersebut.

Kerajaan Pas Kedah mengakui kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang semakin bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri ini.

Nak buat macammana Ahli Parlimen Pas suka pergi rumah urut dan berkaraoke, kalau tak percaya tanya Pokok Sena, YB Mahfuz Omar.


Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.