Showing posts with label Pelajar Malaysia Di Pukul. Show all posts
Showing posts with label Pelajar Malaysia Di Pukul. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Suspek Samun Dan Pukul Pelajar Malaysia Di London Ditahan


Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.

Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.

Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.

‘‘Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,’’ kata kenyataan itu.

Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.

Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.

‘‘Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,’’ katanya pada satu sidang media.

Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.

‘‘Adakah itu saya?’’ katanya. – AFP/AP

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3

Wednesday, August 10, 2011

Seorang Pelajar Malaysia Tajaan MARA Cedera Dalam Rusuhan London


Laporan penuh seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota tersebut.

Pelajar, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Pelajar tersebut tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu.

Keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Rakam You Tube pelajar Malaysia dipukul klik disini...