Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, March 18, 2013

BN Perak Bersedia Sumbang Kejayaan Besar BN Pada PRU 13


Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

“Kita akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien dan padu.

“Pilihanraya umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita.

“Dalam masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah”, ujarnya.

Apa yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan kerajaan mereka selama 11 bulan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.

“Kali ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN”, katanya.

Mengenai janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.

“…..ini merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto, dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak semestinya dipenuhi.

“Sementara dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama, sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama,” ujarnya .

Tuesday, December 6, 2011

Kor Ming Hina Perak Sebagai "Perak Darul Kartun"


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendakwa Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul Kartun”.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Kor Ming ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? Kata-katanya menggelar “Perak Darul Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 September lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Kor Ming baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya “hitam metalik”.

Kor Ming jangan ulanggi kesilapan yang membawa padah hingga berlakunya sekali lagi Tragedi Berdarah 13 Mei!!

Friday, December 2, 2011

Bajet Kita Bersama Formula Kemenangan BN Di Perak


Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan Bajet Negeri Perak 2012 berjumlah RM915.26 јυtа yang dibentangkan tempohari, аdаlаh bajet tertinggi dalam sejarah negeri іtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, berkata peruntukan pembangunan berjumlah RM321 јυtа јυgа mencatat sejarah, ѕеkаlі gus membuktikan kemampuan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerajui negeri, walaupun agak bаrυ memegang jawatan іtυ.

“Bajet 2009 (dibentangkan pakatan pembangkang ketika memerintah Perak) hanya memperuntukkan RM711.84 јυtа dеngаn peruntukan pembangunan RM175.84 јυtа.

“MB (Zambry) bаrυ memegang jawatan іtυ раdа Februari 2009, tеtарі berjaya meningkatkan peruntukan bajet, maka ѕауа ucapkan tahniah раdа Kerajaan Perak dаn ѕауа ѕесаrа peribadi berbangga раdа Zambry dаn mahu mengatakan, ѕауа berbangga dеngаn аndа (Zambry),” katanya

Tajol Rosli berkata, bajet bersejarah yang dibentangkan semalam аdаlаh yang terbaik dаn beliau kagum terhadapnya.

Beliau ѕесаrа sinis berkata, “Semalam ѕауа dengar sebelah ѕаnа (pembangkang) kata іnі bajet pilihan raya, jadi jika betul, ѕауа nak ucap tahniah kеrаnа іnі menunjukkan bajet rakyat.

“Belum pernah dі sebelah ѕаnа kata bajet pilihan raya dalam DUN, (biasanya) іnі disebut dі Parlimen saja, tеtарі bila mеrеkа sebut dalam DUN, ѕауа nak ucap tahniah ѕеkаlі lаgі,” katanya.

Nampak sangat pembangkang kehabisan modal untuk menghentam bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Perak.



Bajet ini akan menjadi formula kemenangan Dr Zambry, dalam temubual yang dibuat semalam, Dr Zambry tampak begitu yakin dengan apa yang dirancangnya.

Ada satu soalan cepu emas yang diajukan kepada Dr Zambry semalam, "Apakah Dr Zambry yakin BN akan menang di Perak?"

Sambil tersenyum beliau menjawab,

"Insyallah rakyat Perak akan menilai yang mana kerajaan yang mampu menjaga rakyat. Kalau kita ikhlas Insyallah"..(BN akan berjaya)..

Jawapan paling selamat, nampak dari riak mukanya yang cool itu. Mc rasanya beliau yakin dengan apa yang beliau lakukan.

Thursday, November 24, 2011

Sidang DUN Perak Panas Dengan 'Pelacur Politik" dan ' Katak"


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memasuki semalam, Rabu, panas dan kecoh apabila pihak kerajaan dan pembangkang bertegang leher gara-gara wakil rakyat pembangkang menggunakan kata-kata "pelacur politik" dan "katak" semasa perbahasan.

Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan.

"Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas... ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita," katanya pada persidangan DUN di Ipoh.

Namun, Nga enggan menarik kenyataan itu dan berkata beliau tidak menuduh sesiapa dan juga tidak menyebut nama tertentu bagi membayangkan maksud "pelacur politik" dan "katak" itu.

"Adakah saya tuduh sesiapa? Siapa makan cili dia terasa pedas... saya tidak cakap sesiapa tapi kenapa Timbalan Yang Dipertua terasa sangat?" katanya.

Keengganan Nga menarik balik kenyataan itu menyebabkan Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan Dr Wan Nooashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) bangun lantas mendesak dengan keras supaya wakil rakyat itu berbuat demikian.

Hee memutuskan persidangan ditangguhkan lima minit seperti dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong Hamidah untuk menenangkan keadaan.

Bernama melaporkan penangguhan itu bagaimanapun tidak meredakan keadaan kerana sebaik persidangan bersambung semula, Nga meneruskan perbahasannya serta masih enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Hee.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) bangun lalu berkata: "Kami di sebelah sini dengar perkataan yang dikeluarkan iaitu "pelacur politik". Saya mahu bertanya kepada sidang ini adakah perkataan ini dibenarkan di sini? Jika tidak diizinkan ia perlu ditarik balik."

Beliau berkata jika wakil rakyat Pantai Remis tidak mahu tarik balik perkataan itu, Timbalan Yang Dipertua dewan boleh "menghalau" Nga daripada persidangan hari ini dan cadangan itu disokong Jamaluddin Mohd Rdzi (Bebas-Behrang).

Berikutan keengganan Nga menarik balik kata-kata berkenaan, Hee akhirnya mengarahkan Nga keluar dewan kerana menggunakan perkataan menghina serta mencela anggota DUN di samping berkata beliau tidak memberi peluang kepada mereka yang biadap.

Beberapa wakil rakyat pembangkang terutama V.Sivakumar (DAP-Tronoh) bangun membantah keputusan itu dan mendesak Hee yang keluar dewan kerana mengatakan "adakah wakil pembangkang minat pelacur, jika betul saya boleh bawa".

Nga pula kekal ditempatnya enggan mematuhi arahan Hee.

Yang Dipertua Datuk R.Ganesan, yang kemudiannya mengambil alih sesi persidangan menggantikan Hee, berkata Nga telah menimbulkan keadaan haru-biru dengan mengeluarkan perkataan "pelacur politik" serta "katak" malah enggan menarik balik selepas diberi banyak peluang.

Bertindak tegas, Ganesan mengarahkan Nga keluar dewan dan meminta Datuk Hamdi Abu Bakar (BN-Pengkalan Baru) meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2012 negeri menyebabkan wakil pembangkang itu akhirnya akur dengan arahan keluar dewan.

Selain Nga, wakil rakyat pembangkang lain iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut meninggalkan persidangan sebagai tanda protes terhadap keputusan dewan.