Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts
Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Remy Ishak Bangga Adik Berjuang Hapus Penceroboh Sulu

Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.

Foto instagram @remyishak Dari kecil aku jaga kau, tapi sekarang kau balas benda yg lebih besar dik. Kau jaga rakyat Malaysia. Kau jaga tanah air kita. kau jaga Malaysia. Kau Hero Malaya.

Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.

“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,” katanya kepada mStar Online.

Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.

Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.


Foto instagram @remyishak Yesterday. Peluang berjumpa dgn adik sebelum beliau berlepas ke Lahad Datu. Insyallah semuanya selamat.. Insyallah..

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat," katanya.

Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.

"Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri," katanya.

Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.

Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.

Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.

Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.-Mstar

Saturday, August 6, 2011

KJ & Remy Ishak : Sama Popular, Sama Bergaya... Mantop!


Khairy Jamaluddin dan Remy Ishak, dua nama yang cukup popular di negara ini walaupun berada dalam lapangan yang cukup berbeza, Khairy atau lebih popular dengan panggilan KJ dalam bidang politik manakala Remy dalam industri hiburan.

Sebelum ini pun, KJ pernah berlakon dalam satu klip video yang memaparkan dirinya beraksi sebagai pemandu teksi.

Dalam klip video selama 41 saat itu yang boleh ditonton laman web Youtube, Ahli Parlimen Rembau itu memakai baju seragam putih dan mempunyai kad pemandu teksi tertera nama dengan nombor 0076197.


Antara dialog yang menarik perhatian dalam lakonannya itu ialah apabila dia memarahi seorang penumpang didakwanya tidak patriotik sehingga menyebabkan penumpang itu keluar dari teksinya.

“Aku tak nak dengar lagi. Kau ni rakyat Malaysia kan. Kau tak patriotik.” kata KJ.

Merungkai gambar di atas dengan melihat keserasian antara dua personaliti dalam gambar berkenaan.

Sesuai la sudah ni. Kalau dilihatkan gambar dibawah ni macam adik beradik juga antara pelakon terkenal, Remy Ishak dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.


Mungkin satu hari nanti, KJ akan berganding bersama Remy dalam sebuah filem sebagai adik-beradik. Mantop!

KJ Menang bertanding bukan menang free beb! 
Respect la sikit!