Showing posts with label Rumah Urut. Show all posts
Showing posts with label Rumah Urut. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Benarkah YB Dr Dzul Terlibat Dalam Sindiket Maksiat Dan Pelacuran?



Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Selangor yang telah membangunkan negeri tersebut dengan pesatnya.  Pada pandangan aku slogan yang sesuai di berikan kepada negeri Selangor ialah "Selangor Maju Jaya Bersama Rumah Urut"....

Pena dari tanah melayu - Susah untuk aku percaya apa yang aku lihat dalam gambar itu adalah pelacur yang sarangnya terletak dikampung halamanku sendiri di Kuala Selangor. Video ini yang diambil oleh MKL-Crimedesk-D7SGNews pada 24 Oktober 2012 telah membongkar jenayah atau aktiviti pelacuran yang berlaku di sana.


Video URL: http://www.youtube.com/watch?v=3ioUBwXz_-c&feature=player_embedded




Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada aktiviti tesembunyi yang berlaku di Kuala Selangor tetapi aktiviti sebenar yang berlaku didepan mata masih banyak dan tidak diambil peduli terutamanya oleh pemerintah kawasan itu sendiri yang diberi mandat oleh rakyat Kuala Selangor iaitu YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.

YB Dr Dzul pernah memberitahu aku bahawa ini semua bukan tugas atau kerjanya sebagai Ahli Parlimen tetapi aku tetap bertegas mengatakan dia ada hubung kait dan ada kuasa untuk menghalang aktiviti itu dari terus berlaku dan bertambah. Pada tengah tahun lepas sahaja aku berjaya merakamkan 7 buah rumah urut yang baru dibuka disekeliling pejabat Pusat Khidmat Rakyatnya dan sebagai Wakil Rakyat dan Pakar Strategi Parti Paling Islam Dalam Dunia apakah tindakan beliau untuk menangani masalah tersebut.



Beliau mempunyai kuasa tersebut untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menghentikan pembinaan lebih banyak rumah urut dikawasan itu. Tetapi sehingga kini aku lihat semakin banyak rumah urut yang dibuka dan ianya bertambah setiap masa.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku hingga tiada langsung tindakan dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dan disebabkan itulah timbul banyak persepsi yang mengaitkan YB Dr Dzul sendiri dalam konspirasi rumah urut di Kuala Selangor.

Jangan salahkan orang lain dan jangan asyik nak sama bila orang kata YB Dr Dzul dapat habuan daripada hasil perniagaan tersebut? Jika tidak mengapa tidak YB Dr Dzul sebagai Manusia paling Islam dalam Parti Paling Islam Di Dunia menentangnya. Ini adalah maksiat depan mata yang harus di hapuskan jika tidak mahu bala Allah swt melanda.

Jangan katakan bahawa tiada maksiat berlaku dan tiada aktiviti pelacuran berlaku kerana aktiviti yang dimaksudkan hanya akan berlaku selepas kerja urut-mengurut habis dijalankan dan ada juga maklumat mengatakan yang mereka ini boleh dibayar dan dibawa pulang selepas tugas mereka selesai.

Jika begitu, punca maksiat itu berlaku dari rumah urut itu sendiri dimana mereka berkenalan dan mengatur untuk melakukan zina ditempat lain tetapi puncanya adalah di rumah urut tersebut yangmana mungkin salah satunya berada di lingkungan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor sendiri.

YB Dr Dzul jangan asyik nak berdolak dalik hingga sanggup menghalalkan yang haram semata-mata mahu menjaga periuk nasi politik YB Dr Dzul sendiri. Kerana takutkan hilang undi dari kaum Cina dan bukan Islam YB Dr Dzul sanggup menutup mata walaupun maksiat itu berlaku di depan mata dan tahu ianya dosa namun tak mampu berbuat apa apa.

Ayuh YB Dr Dzul buktikan bahawa kamu tidak terlibat dalam sindiket maksiat dan pelacuran ini dan buktikan bahawa kamu tidak menerima sebarang habuan daripada aktiviti tersebut!!!

Mohon pencerahan......

Thursday, August 2, 2012

PAS Sedia Serang Pihak Menentang Maksiat di Selangor


Selangor kini sudah sinonim dengan gelaran ‘Syurga Dunia’ bagi mereka-mereka yang gemar berhibur. Dan kita bukan bercakap tentang hiburan ringan seperti muzik atau teater, tetapi hiburan berat di tahap ‘tertinggi’ yang boleh didapati dengan mudah di seluruh pelusuk negeri Selangor.

Seimbas lawatan ke Puchong atau Subang Jaya sahaja kita mendapati beratus-ratus rumah urut termasuk urut kesihatan dan juga ‘urut hiburan’. Namun, kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian urutan jenis mana yang lebih banyak ditawarkan kerana melihat sahaja ‘amoi’ atau ‘neng’ tukang urut yang bersantai menunggu pelanggan, kita tidak yakin yang mereka itu mampu mengurut urat terkehel atau tulang patah untuk kesihatan.

Hakikatnya, percambahan rumah urut di Selangor bukanlah serangan peluru kapur dari BN terhadap kerajaan PR tetapi ia adalah sesuatu yang terlalu nyata yang mana orang buta juga tidak dapat menafikannya.

Pada 1 Julai 2011, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor membuat aduan mengenai hal ini serta mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa hanya 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri.

Sedangkan, mengikut Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan berdasarkan pemerhatian, terdapat lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Tetapi, segala aduan tersebut telah diabaikan sahaja oleh kerajaan negeri. Dan ini adalah cerita tahun lepas.

Tahun ini, rumah-rumah urut di Selangor telah tumbuh dengan berlipat ganda lagi. Dan sekali lagi pihak kerajaan negeri, khasnya, Ronnie Liu, menafikan yang kerajaan Selangor mengeluarkan lesen kepada rumah-rumah urut ini.

Kenyataan tersebut hanya mengesahkan lagi bahawa kerajaan negeri telah tidak menangani masalah ini dengan serius sehingga menyebabkan rumah-rumah urut terus ‘bermarajalela’ beroperasi secara haram. Lebih buruk lagi apabila parti PAS yang sama-sama berkongsi peranan dalam pentadbiran negeri Selangor juga mengambil sikap yang sama dengan Ronnie Liu iaitu menafikan serta tidak mengendahkan aduan rakyat.

3 EXCO dan 7 wakil DUN PAS di Selangor nampaknya tegar mempertahankan kerajaan PR Selangor biarpun seluruh negeri bergelumang maksiat. Bukan itu saja, mereka juga sanggup menyerang sesiapa sahaja yang lantang menghentam isu maksiat di Selangor.

Secara langsung, PAS memaksa penyokong-penyokongnya memejam mata dan memekakkan telinga dalam isu ini. Mungkinkah PAS memilih untuk memakai pepatah Inggeris yang berbunyi ‘if you can’t beat them, join them’ (kalau tak dapat kalahkan mereka, sertai mereka)? Jika inilah sikap PAS mengenai masalah maksiat yang berleluasa, maka eloklah PAS menukar sahaja nama partinya agar tidak mencemarkan lagi nama agama Islam yang telah teruk dipermainkan oleh mereka.

Kita tidak pernah lupa bagaimana penyokong PAS suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan BN sanggup berjihad menentang kilang arak di Selangor. Kononnya, kewujudan kilang itu sudah cukup untuk menunjukkan yang BN menyokong maksiat, hatta kafir serta wajib ditentang dan dijatuhkan. Seolah-olah tidak sahlah solat seluruh umat Islam di Malaysia selagi kilang tersebut tidak diroboh dan selagi kedai-kedai menjual arak, pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut wujud di negara ini.

Namun, hari ini penyokong-penyokong PAS yang sama membisu seribu bahasa mengikut rentak EXCO, ADUN, Presiden dan Mursyidul Am mereka mempertahankan kerajaan negeri Selangor walaupun kilang arak masih terus wujud dan pusat maksiat tumbuh berlipat kali ganda dan tanpa kawalan berbanding zaman pemerintahan BN.

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajar merasa malu jika masih melaungkan sokongan terhadap PAS atas alasan Islam dan menginginkan hudud.

Jika masalah maksiat yang nyata juga PAS tak ambil peduli, apakah layak untuk PAS bercakap tentang hudud, Negara Islam, malah Islam itu sendiri?

Thursday, April 12, 2012

Dicekup! Selangor Maju Dengan Tukang Urut...


Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.

Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

“Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan.

“Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh,” katanya.

Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin.

Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

“Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial.

“Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis,” katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

Tuesday, April 10, 2012

Rumah Urut Di Kuala Selangor Kini Setaraf Bukit Bintang! Hebat @DrDzul


‘Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Dapat Nikmat’, demikian tertulis di kain rentang yang terpasang di sekitar Bandar Kuala Selangor.

Tinjauan Mychannel13.com pada mulanya tercari-cari apakah maksud ‘nikmat’ pada ayat tersebut memandangkan tiada apa-apa pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan ini.

Cuma yang menarik perhatian - di kawasan itu sahaja, terdapat tujuh buah pusat urutan refleksologi.

Tidak pasti, adakah ini yang dimaksudkan dengan rakyat dapat nikmat?

Suhaidi bin Md Salleh, 39, seorang peniaga yang berasal dari Kuala Selangor berkata situasi di situ sekarang ini sudah setanding dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur berdasarkan kewujudan pusat urut yang semakin bercambah.

Apa yang merisaukannya adalah pusat-pusat urut ini didakwa turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Keadaan di sini sudah lebih kurang macam di Bukit Bintang. Dulu di Kuala Selangor langsung tidak wujud rumah urut. Tapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini, saya dapati semakin bersepah rumah urut muncul di sini,” katanya.

“Di bandar ini sahaja ada tujuh buat pusat urut yang beroperasi. Sebagai orang tempatan saya tak puas hati,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau hairan memikirkan mengapa tiada langsung tindakan yang diambil oleh hli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sedangkan lokasi pusat-pusat urut tersebut sangat hampir dengan pejabatnya.

“Saya hairan apa peranan ahli Parlimen yang dating dari sebuah parti yang gembar-gemburkan perjuangan Islam. Pejabat dia sangat dekat (dengan rumah urut). Tapi langsung tiada tindakan,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk Mohd Nizam Saroni, 37 berkata sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kuala Selangor, tiada sebarang lesen untuk rumah urut beroperasi diluluskan.

Namun begitu katanya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, segala-galanya berubah apabila bukan setakat urutan yang ditawarkan, tetapi juga kegiatan maksiat.

“Hotel murah pun sudah ada di sini. Pelanggan boleh check in sejam dengan kadar bayaran RM20 sahaja. Mesin perjudian juga semakin bercambah. Boleh dikatakan hampir di setiap kawasan perumahan terdapatnya kedai-kedai mesin judi ini,” katanya.

Menurut Nizam, punca kepada berlakunya perkara tersebut adalah kerana tiada pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membanteras gejala tersebut.

Katanya, jika ada pun operasi dijalankan, ia sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Inilah punca-puncany a budak-budak ponteng sekolah. Kebanyakan yang terpengaruh adalah remaja. Inilah punca-punca gejala sosial di kalangan remaja semenjak Pakatan Rakyat memerintah.

“Terkejut juga saya bila dalam masa sekejap ini (Selangor di bawah Pakatan Rakyat) sudah ada tujuh rumah urut yang wujud.

“Kalau boleh PBT hapuskan terus rumah urut ni. Tapi saya rasa mustahil selagi Pakatan mentadbir Selangor. Kebanyakan yang dibawa hanya kepada membawa gejala yang merosakkan, saya rasa sampai sini sahaja untuk Pakatan,” katanya.

Shahrizal Zainon, 36 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Katanya beliau turut merasa pelik kenapa seolah-olah kerajaan negeri memandang remeh perkara tersebut sedangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kuala Selangor.

“Benda ni sebenarnya adalah satu perkara yang cukup tak baik dan mendatangkan gejala sosial pada masyarakat. Sebelum ini tak wujud langsung rumah urut. Tetapi sekarang ini yang ada ini diluluskan oleh kerajaan tempatan atas alasan pusat refleksologi tapi sebaliknya benda lain berlaku. Khidmat seks turut ditawarkan,” katanya.

Menurut beliau, tiada sebarang pembangunan yang boleh dilihat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran melainkan jumlah rumah urut yang semakin bercambah.

Thursday, July 28, 2011

Siapa Dalang Rumah Urut Di Shah Alam ?

Rakyat mahukan Rumah Kos Rendah bukan Rumah Urut, Pusat Hiburan...

Bayangkan rumah urut hanya beberapa meter sahaja daripada pejabat di Syeksen 23, manakala hotel bajet pula bukan sahaja tumbuh bagai cendawan di lot-lot kedai, malah di taman perumahan. Itu belum cerita lagi soal penjualan arak dan sebagainya.

Untuk siapa perkara ini dilakukan… apakah rakyat di negeri ini terutama di Shah Alam memerlukan rumah urut dan pusat hiburan atau kedai serbaneka yang berleluasa menjual arak?

Sebelum pilihanraya umum 2008, Shah Alam dipertahankan daripada sebarang anasir sedemikian rupa dan berusaha untuk menjadikan ianya lebih Islamik agar pembangunan seimbang dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

Namun setelah kerajaan negeri bertukar tangan kepada pakatan pembangkang pada 2008 yang lalu, Shah Alam telah berubah sekelip mata. Jika dulunya karaoke dan pusat-pusat hiburan kita akan banteras, rumah-rumah urut dihalang dan sebagainya. Baca lagi disini...

Persoalanya sekarang mengapa PAS Selangor amnya, Hasan Ali  tidak memainkan peranan dalam membanteras rumah-rumah urut dan sebagainya di kawasan majoriti Islam di Shah Alam

Siapa dalang rumah urut di Shah Alam, sehingga PAS Selangor menghalalkan kegiatan maksiat tersebut?