Showing posts with label Tanah Runtuh. Show all posts
Showing posts with label Tanah Runtuh. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Tanah Runtuh Cameron Highlands: 7 Maut, 2 Cedera


Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Berita terdahulu : [photo inside] Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands

[photo inside] Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands






Update : 1:23am -  Mangsa cedera maut

Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang sebelum ini cedera parah meninggal dunia di hospital sebentar tadi menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.

Dua lagi mangsa yang cedera masih dirawat, manakala tiga mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

3 maut, 3 cedera

Sehingga jam 12.25 pagi tadi, dua lagi mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands berjaya ditemui menjadikan mangsa yang terkorban setakat ini ialah tiga orang, semuanya wanita.

Manakala jumlah yang cedera ialah tiga orang, dan yang dikhuatiri masih tertimbus adalah seramai empat orang.

3 Rumah tertimbus sepenuhnya

Tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang ketika dihubungi Bernama malam ini berkata dua buah rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil.

Ditanya sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan, beliau berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

"Mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau.

Setakat ini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?

Sunday, August 7, 2011

Seorang Maut, Sepuluh Terperangkap Dalam Tanah Runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands


Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa.