Showing posts with label Tengku Azman. Show all posts
Showing posts with label Tengku Azman. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Pemuda Edar Kuih Raya Dan Bungkusan Berbuka Puasa Di KL Sentral


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mengedarkan Kuih Raya dan bungkusan berbuka puasa kepada warga kota yang hendak pulang ke kampung di KL Sentral.


Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pengedaran bungkusan tersebut, yang masuk tahun ketiga kali ini, dilakukan menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB).


Turut sama Exco Pemuda, Lokman Adam bersama Datuk Megat, Setiausaha Pemuda turut sama mengedarkan kuih raya kepada warga kota...


Kepada warga kota yang pulang beraya di Kampung semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Tuesday, August 23, 2011

Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy


Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin.

“Tidak ada usaha sedemikian,” kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan 2009 setelah mengenepikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjdai perdana menteri cakap-cakap semakin kencang kedengaran mengenai karier politiknya.


Khairy juga merupakan ahli Parlimen Rembau sejak pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Tengku Azman menegaskan Pemuda Umno akan akur keputusan pucuk pimpinan pusat dalam penentuan calon pilihan raya umum ke-13.

“Pucuk pimpinan tahu dan akan tentukan siapa calon boleh menang dari pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang sanggup untuk tidak dicalonkan sekiranya kepimpinan mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Khairy mengumumkan kesediaannya kepada pemberita setelah perasmian Program Jom Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Umno di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Tengku Azman turut menolak cadangan sama ada ahli Pemuda sanggup tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami di dalam pergerakan Pemuda akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Tiada soalan sama ada sanggup atau tidak sanggup sama sekali,” kata Tengku Azman yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir menafikan bahawa kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

“Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang pernah menjadi naib presiden tetapi tidak menjadi calon pilihan raya. -FMT