Showing posts with label Video Seks Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Video Seks Anwar Ibrahim. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Datuk T Kata Ada Video Anwar "Lagi Dahsyat"... Mana??


Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

So... tunggu apa lagi Datuk, dedahkanlah video tersebut dengan segera.. nak simpan lagi buat apa?

Video Seks Anwar Kembali, Kali Ini Anwar Dicabar Serah Video


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Sumber: Utusan

Saturday, December 3, 2011

Video Seks Anwar Akan Muncul Bila Tiba Waktunya...


Lama tak jumpa…kelibat Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang hadir di satu majlis jamuan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat,mencuri perhatian tetamu lain.

Beliau kelihatan relaks bersembang dengan sebilangan mereka .Ada juga yang datang bersalam dan memeluknya erat penuh semangat.

Ini nyata berbeza dengan sangkaan sesetengah orang mungkin salah seorang anggota trio Datuk T itu kini tinggal dalam persembunyian ketakutan sejak buat pendedahan tentang video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.


Sangkaan ini tidak dapat dielakan mengenangkan ketika pergi ke sebuah masjid di Sentul tidak lama dulu bersama Rahim dan Datuk Shuib Lazim untuk lafaz sumpah bahawa pendedahan tentang video seks benar,Eskay memakai baju kalis peluru.


Siapa boleh lupa pada tindak tanduk terlampau Angkatan Muda Keadilan (AMK) buat kecoh dalam masjid itu kerana cuba menyekat ketiga mereka lafaz sumpah.

Sebaliknya pada majlis berkenaan beliau berpakaian baju Melayu dan dan tidak ada raut keresahan pada wajahnya.

Eskay tersenyum ketika empat wartawan Agendadaily yang turut hadir di majlis itu datang menyapanya seolah-olah sedar beliau pasti akan ‘kena ambush’ dengan soalan isu yang masih hangat diperbualkan itu.

Namun dicelah kemesraan itu,rupanya bukan senang hendak pancing cerita baru tentang isu video seks yang tiba-tiba membuat namanya jadi sebutan ramai.

Sebenarnya ' kesepian' beliau,Rahim dan Shuib kebelakangan ini membuat ramai tertanya-tanya apakah segalanya sudah berakhir.

Jolok punya jolok akhirnya Eskay melontarkan ayat ringkas sahaja untuk menjawab pertanyaan itu : 'perjuangan belum selesai'.

Sebagai wartawan ini yang buat syok untuk cuba korek lagi selanjutnya dari beliau.

Sayang sikit beberapa soalan yang direct to the point mengenai isu video seks tidak dijawabnya.

Beliau nampak agak berhati-hati untuk menyentuh soal itu.

Akhirnya setelah didesak berkali-kali,Eskay mengeluarkan satu lagi ayat ringkas; "diam-diam berisi".

Dalam bahasa mudah ia membawa maksud dalam diam 'ada benda'.

Apapun pemahaman begitu sahaja tidak cukup kecuali dengar dari mulutnya sendiri.

Ini mendorong akhirnya beliau berkata," saya akan muncul bila tiba waktunya nanti".

Pun begitu ,beliau enggan memberi indikasi 'bila' yang dimaksudkan 'bila tiba waktunya'.

Muncul bagaimana? Ini yang menarik sekalipun jawabnya juga ringkas sahaja," ada pendedahan selanjutnya."

Pada cubaan kami untuk korek lagi apakah ia bakal mengegarkan atau tidak,beliau hanya menjawab dengan senyuman yang 'ada makna'.

"Tunggulah..."itu saja katanya sebelum perbualan bertukar kepada topik-topik santai lain.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari perbualan yang ' tak dapat korek habis' itu ialah ada orang yang mungkin tidak lelap tidor bila terkenang-kenang pada Eskay yang kata'perjuangan belum selesai'-Agendadaily

Thursday, November 17, 2011

Polis Buat Siasatan Video Seks, Kenapa Anwar Ibrahim Nak Marah ?


Jika pelaku seks bersama pelacur dalam rakaman itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa beliau berkata siasatan pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik untuk mengaibkan dirinya ?

“”Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata ‘jika Anwar dan Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka akan mendedahkan segala-galanya’.

“Tetapi siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi“, kata Anwar seperti dilaporkan Malaysiakini.

Portal itu juga melaporkan pada Mac lalu Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Menurut Anwar, beliau dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Kepong semalam mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ini cara kotor dan jahat UMNO nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini .

“Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam (Moorthy) terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Jika Anwar bukan pelaku seks itu dan telah dinafikan sebelum ini, kenapa perlu beliau marah-marah dan menuduh pihak lain mahu mengaibkannya ?



Lukman Abdullah, wartawan Agendadaily bertanya siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara.

Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada.

-AIDC

Monday, November 14, 2011

Video Seks... Anwar Ibrahim Sudah Mengaku....


Maklumat terbaru yang diterima, Anwar Ibrahim telah pun mengakui kepada Haji Hadi dan Kit Siang bahawa beliau pelaku video seks yang tersebar di internet. Namun Anwar Ibrahim menyalahkan Dato Eskay kerana membuat pendedahan kepada umum.

Mengikut maklumat Anwar Ibrahim sudah berkira kira untuk mengundurkan diri dari politik setelah keputusan Kes Liwat diketahui Dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber- GAP

Berita terdahulu : Video Seks, Anwar Ibrahim Bakal Didakwa?

Monday, October 10, 2011

Sunday, October 9, 2011

Lagi Pendedahan Video Terbaru Anwar Di Thailand - บราเดอร์บราเดอร์ที่รัก


Selak sikit kita dapat lihat gambar katil Anwar diminit 08:30 , kalau selak lagi dapat tengok apa pulak? Hampeh tol si Gomo ngan RBF main selak sikit-sikit pulak.... Dia orang ni simpan buat stok time gersang agaknya hahahaha


Gambar terdahulu....


Adakah Anwar mahu bloggers mengeluarkan gambar Anwar seperti ini sekali lagi?

Isu terpanas selepas belanjawan tentunya adalah video baru Anwar Ibrahim. Tunggu!!!

Thursday, October 6, 2011

Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak perlu tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Thursday, September 22, 2011

Eskay, Sahkan Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand Ada...


Where Was Anwar On 12 - 13 January 2011?

Temuramah Agendadaily bersama trio Datuk T:

Betulkah ada klip baru yang sensasi itu dan apa peranan trio Datuk T ?

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang dianggap sebagai bos trio berkenaan steady saja ketika dijolok soalan ini sewaktu ditemui Agendadaily di majlis rumah terbuka Risda di Jalan Ampang,Kuala Lumpur petang Rabu.

Pengerusi Risda ini memberi kesimpulan berikut tentang isu yang menarik perhatian ramai ini.

Katanya mereka bertiga – selain beliau,Datuk Eskay dan Datuk Shuib Lazim – sudah selesaikan ‘ jalankan tugas’ dengan membuat pendedahan tentang klip video seks yang pertama dulu.

“Kami ibarat lilin yang membakar diri membuat pendedahan itu semata-mata untuk menyedarkan rakyat negara ini tentang siapa Anwar.Kami sudah didakwa dan dihukum di mahkamah kerana tayang video itu,”katanya.

Bagi Rahim ia satu ‘tugas nasional’ dan setakat itu saja peranan mereka bertiga ‘secara rasmi’.

Katanya apa jua pendedahan baru tidak melibatkan mereka sebagai ‘ Datuk T’.

“Siapa tahu mungkin ada pihak-pihak lain yang ada simpan bukti-bukti baru tentang Anwar.Itu saya tak tahu lah.Terpulang kepada mereka kalau nak buat pendedahan atau apa.

“Kami tidak lagi akan tampil macam dulu tayang apa-apa.Tugas kami sudah selesai.Terserah kepada orangramai menilai sendiri,”tambahnya.

Rahim menegaskan beliau sendiri tidak tahu menahu siapa yang mendedahkan klip CCTV di apartmen itu.

“Apapun bagi saya klip itu adalah pelengkap pendedahan kami tentang video seks Anwar.Ia menunjukkan detik dan ketika mereka naik dan turun apartmen berkenaan.Rentetan masa juga selari dengan waktu klip video seks,”ujarnya.

Beliau harap klip CCTV itu akan membuka mata dan menyedarkan mereka yang masih meragui kesahihan pendedahan mereka.

Rahim berkata beliau tidak dapat bayangkan kalau ada orang yang masih ‘ buta’ lagi setelah melihat klip CCTV itu dank lip video seks pertama.

Bagaimana pula dengan klip 12-13 Januari yang ditunggu-tunggu itu?

Dalam bab itu,Rahim mengakui Eskay hanya pernah memberitahunya adanya video yang didakwa melibatkan aksi Anwar di Thailand.

Namun katanya sehingga hari ini beliau belum lagi pernah melihatnya sendiri.

“Saya memang tidak tahu apa-apa tentang video yang dikatakan di Thailand itu.Datuk Eskay cuma beritahu ia ada...itu saja,”katanya.

Rahim menilai apa jua pendedahan yang dibuat oleh pihak mana sekalipun ia jelas menunjukkan betapa bahayanya negara ini jika dipimpin oleh orang yang mempunyai perwatakan seperti itu.

“Bayangkan jika klip itu dipegang oleh pihak asing sudah pasti mereka ‘ akan pegang’ Anwar ikut telunjuk mereka jika jadi Perdana Menteri,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu juga berkata beliau hairan mengapa Anwar sehingga hari ini tidak berani saman mereka kerana tayang video seks itu.

“Kami masih menunggu dia saman,”tegasnya.

Juga katanya apa yang turut dinanti ialah siasatan terperinci polis keatas dakwaan laporan polis palsu dibuat Anwar menafikan beliau lelaki dalam video itu.

Rahim tetap bertegas kata video yang mereka dedahkan itu tulin lagipun ia disahkan oleh kajian pakar luar negara.

Wednesday, September 21, 2011

Kes Liwat Anwar : McDonald Bukan Pakar DNA Tetapi Perunding


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Dr. Brian McDonald, adalah hanya seorang perunding dan bukannya seorang pelaku uji kaji yang dianggap pakar dalam bidangnya.

Kenyataan itu terdedah ketika hari kedua sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin ke atas saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sesi hari ini, Mohd Yusof bertanyakan Dr McDonald pernah beliau membuat pengekstrakan mengikut prosedur yang betul di makmalnya sendiri.

Dr McDonald menjawab beliau tidak mempunyai makmal dan tidak perlu melakukan ujian tersebut kerana beliau hanya seorang perunding. -AIDC

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.23 pagi: pihak pendakwa bersama barisan peguamnya tiba di Mahkamah. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.35 pagi: Anwar dan kuncu-kuncunya masih lagi berada di luar mahkamah berbual-bual dengan peguamnya Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Semua yang terlibat masuk ke kamar mahkamah

10:00 pagi: Mahkamah memulakan prosidingnya.

10:05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden memulakan perrbicaraan dengan menyoalbalas saksi pembela Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian buat-buat tak faham dan minta Yusof mengulangi soalannya sekali lagi
Taktik Dr Brain untuk mengelakan dari daripada gementar

Sankara cuba menyibuk dengan mempertahankan Dr Brain dengan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau yang agak dalam.

10.08 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata beliau tidak pernah menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau boleh faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.14 pagi: “Awak telah mengkelaskan eksperimen Dr Seah sebagai cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya hanya memberi keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian dengan penuh gementar.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berkata bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Tetapi bila disoalbalas oleh Yusuf, Dr Brain mula mengelabah.

10.18 pagi: Yusof terus menunjukkan satu dokumen yang memperincikan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.23 pagi: Dr Brian berkata memang ia tidak perlu ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.30 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini dimana slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof sekali lagi

10.40 pagi: Dr Brian merasa sudah tergugat maka berlakulah pertengkaran kecil berkenaan penyediaan slaid.

Yusof berkata bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukan sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.55 pagi: Yusuf: “Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan ringkas awak sahaja,” kata Yusof.

11.10 pagi: Yusuf: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?”

Dr. Brain: “DNA itu tidak dapat dipastikan samada daripada air mani dari pengadu dari putik kapas,”

11.14 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

11.40 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12:00 tengah hari mahkamah berhenti rehat. Sidang Mahkamah bakal bersambung pukul 2:30 petang.

Monday, September 19, 2011

Video Seks 99.99% Anwar Ibrahim



Klip video berwarna yang menunjukkan 99.99% Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 1:50 minit ini dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip ini turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.


Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.

Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.

Thursday, August 4, 2011

MAGARAN Mahu Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Pelakon Video Seks


Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) hari ini telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mengenal pasti pelakon video seks tersebut, berdasarkan Seksyen 2 (1) (D) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

”Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam. Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk Negara.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili rakan-rakan NGO, bloger dan facebooker serta rakyat biasa yang ingin mengetahui kebenaran, memohon kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam rakaman video lucah yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Zubir Abdullah, wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong sebentar tadi di Istana Negara.

Ujarnya, pada 21 hb Mac 2011, masyarakat dikejutkan dengan berita penayangan satu klip video lucah di Carcosa Sri Negara oleh pihak yang bergelar Dato T kepada sekumpulan wartawan.

Pada 22 hb Mac 2011, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis berkaitan penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara dan seterusnya membuat satu sidang media menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

“Semenjak dari tarikh tersebut, masyarakat telah mula bertelagah dan berpolemik tentang siapa lelaki pelaku dalam video seks berkenaan tanpa ada kesudahannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah memfitnah di kalangan masyarakat. Semua kekusutan ini perlu di selesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi untuk mengelakkan fitnah terus berleluasa menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.

Maka sebuah panel bebas sewajarnya di tubuhkan untuk menyiasat identiti siapa pelaku dalam video seks berkenaan. Ini kerana wujud kebarangkalian pelaku dalam video seks berkenaan berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, ujarnya sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung perlembagaan dan rukunegara serta nilai-nilai moral untuk terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri, setiap daripada kita bukan sahaja seharusnya bersih tetapi seharusnya di lihat bersih, tanpa mengira status kita samada rakyat biasa atau pemimpin Negara.

Oleh itu, bagi menzahirkan kebenaran, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui samada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video lucah itu atau tidak. Apa jua keputusan Suruhanjaya DiRaja ini akan menghentikan fitnah dan akan membolehkan pihak-pihak yang teraniaya untuk membersihkan nama masing-masing.

“Laporan siasatan Suruhanjaya Di Raja ini juga akan dapat menyelamatkan Negara daripada dipimpin oleh pemimpin yang berakhlak keji, yang berpura-pura dan hipokrit,” ujarnya lagi.

Sumber-Sahabat Gunung

Memorandum Dan Dokumen Salah Laku Seks Anwar Ibrahim Diserahkan Kepada Yang Dipertuan Agong


Satu memorandum akan dihantar hari ini, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)

"Akta1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita..

Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”. AIDC

Di bawah pula ialah dokumen yang mendedahkan hubungan sulit di antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar, isteri Azmin Ali.

Di antara dokumen itu :-



Info- MIM