Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Rafizi


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Thursday, October 11, 2012

PAS Keliru Pendirian Dan Perjuangan Parti Sendiri


PAS masih gagal dan keliru untuk menyatakan pendirian parti sama ada memperjuangkan prinsip parti, atau terus mengikuti telunjuk parti komponen pakatan pembangkang, dalam falsafah perjuangan politik mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pendapat mereka (Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Datuk Dr Haron Din) jelas memperlihat PAS telah lari dari landasan perjuangan asas sebagai parti yang berlandaskan Ad-din itu falsafah perjuangan. "Ini membuktikan terdapat kumpulan dalam PAS mahu kembali kepada perjuangan asal parti itu sekaligus menunjukkan hakikatnya ada kumpulan yang taksub dalam PAS dan tidak mahu terima apa yang berlaku ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Sasterawan Negara Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS, bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon yang antara lain berkata apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

Ahmad Zahid turut mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan PAS dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas anggota Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Haron turut meminta semua pihak agar tidak menganggap tindakan ketua pembangkang itu yang seakan-akan bersekongkol dengan individu seperti Mobashar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata situasi yang melanda senario perjuangan PAS kini membuktikan apa yang dibuat oleh pembangkang hanya untuk agenda politik masing-masing dan bukan memperjuang dasar sesebuah parti.

Dalam pada itu anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin berkata sudah tiba masanya anggota akar umbi PAS bangkit dan mendesak pimpinan parti mereka untuk mengadakan muktamar khas membincangkan situasi ini.

Jelasnya ini supaya kepimpinan pusat menyatakan pendirian mereka sama ada mahu bersekongkol dengan DAP mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kembali kepada perjuangan parti.

"Pemikiran Anwar adalah liberal, pluralism dan mengikut jumud ulamak ia sesat dan perlu dibanteras. Kalau kenyataan Timbalan Mursyidul PAS sendiri tidak diterima, kenyataan siapa lagi perlu diterima. "Haron Din sendiri sudah membuat garisan mufarakah (garisan perpisahan) dan nyatakan pendiriannya. Ini ditambah dengan kenyataan Shahnon Ahmad...jadi pandangan-pandangan sebegini harus diambil kira," katanya.Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata situasi ini akan ditentukan oleh Majlis Syura PAS supaya ia dapat dibincangkan dan mendapat kata putus sebelum boleh dijelaskan kepada anggota parti.

"Biar Majlis Syura yang tentukan prinsip dan pendirian dalam hal ini. Apa yang Majlis Syura tentukan, ahli parti terima. Kita tidak pasti itu pendirian parti atau pendirian peribadi (kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad)," katanya. Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Khalid Abdul Samad pula membidas kenyataan Shahnon itu yang melabelkan perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam.Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata segala ketetapan dasar dan perjuangan parti perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS.

"Nak tahu sesuatu itu bercanggah dengan kita atau tidak, kena rujuk majlis ulama (syura). PAS ada 12 ulama, mereka adalah yang terbaik dalam kalangan anggota PAS," katanya.

"Itu pandangan peribadinya, malah semasa beliau (Shahnon) bertanding pada 1999 dulu, PAS sudah pun berada dalam barisan alternatif," katanya. -Bernama

Saturday, December 24, 2011

Zahid Hamidi - Jika Hasan Ali Merajuk Dengan PAS... Pintu UMNO Setiasa Terbuka


Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid hari ini berkata, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak yang merajuk dengan parti mereka.. terutamanya Datuk Dr Hasan Ali, beliau melihat krisis dalaman Hasan Ali dengan PAS semakin serius...

Katanya lagi UMNO terbuka menerima sasiapa saja yang mahu menyertai parti UMNO.

Dalam nada seloroh beliau berkata jika Haji Awang Hadi juga boleh sertai UMNO.


Perbalahan terbuka antara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin kanan parti itu bermula dari berita pengguguran Hasan sebagai calon Pas.

Ada dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Friday, December 16, 2011

Isu Calon: Pas Kian Rebah !


Isu calon pilihan raya umum ke-13 dalam parti PAS menunjukkan parti itu kini berada di persimpangan bagi menentukan hala tujunya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan parti tersebut menyimpang daripada matlamat asal.

“…mereka (PAS) kini berada di persimpangan jalan, di antara perjuangan menegakkan cita-cita Daulah Islamiah atau menegakkan sebuah kerajaan berkebajikan.

“Justeru apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan dan Nasharudin itu jelas adalah satu manifestasi ketidakpuasan hati mereka berdua kerana PAS kini dilihat telah semakin tersimpang dari matlamat asal penubuhannya,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan ditemui pemberita selepas Perasmian Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia dan Nasharudin yang mewakili kawasan Parlimen Bachok akan digugurkan daripada senarai calon PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan PAS cuba membariskan calon yang kena dengan “selera” parti sekutu mereka DAP.

“Walaupun kita (Umno) berbeza pendapat dan pegangan ideologi politik, tetapi tentu sekali kita (Umno) tidak rela parti yang dikatakan berlandaskan Islam ditunggangi oleh parti yang idealisme perjuangan dan falsafah politik yang nyata berbeza matlamat,” katanya.

“Kita tidak mengambil kesempatan terhadap perpecahan dalaman PAS itu, tetapi kita sedia membuka pintu tanpa mereka perlu masuk menjadi anggota Umno asalkan perjuangan kita itu turut diberikan sokongan oleh mereka,” katanya.-Media Umno

Sunday, December 4, 2011

Video Zahid Hamidi Memberi Penghargaan Kepada Cybertroopers


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada ‘tentera baru’ UMNO dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Baca lagi di sini...

Saturday, October 1, 2011

Salam Takziah, Ibu Kepada Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pagi Tadi... Al-Fatihah



Salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman - Al-Fatihah