Friday, December 12, 2008

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.
Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!

Thursday, December 11, 2008

Langkawi permulaan krisis PAS Selangor

Bibit-bibit pergeseran dua pemimpin kanan PAS Selangor mula memuncak sewaktu permukiman pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu di Langkawi sebulan lalu.Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya, kata seorang aktivis parti itu.

Pada hal permukiman tersebut diuar-uarkan untuk merapatkan anggota-anggota jawatankuasa pusat PAS dan majlis syura tetapi menjadi medan serangan Dr Hasan terhadap kerajaan Selangor, katanya, yang dikenali Tulang Besi, kepada Malaysiakini.

Susulan laporan yang digambarkan “100 peratus negatif” berkaitan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri, dua minggu selepas permukiman tersebut, maka pemimpin atasan PAS yang tidak berpuas hati memanggil Dewan Harian negeri itu untuk membentang laporan tersebut kepada lajnah politik PAS.

Dr Hasan didakwa membentang laporan yang sama negatif - disanggah oleh Khalid Samad, waktu itu masih timbalan pesuruhjaya II PAS negeri dan anggota lajnah politik.

Wakil rakyat Gombak Setia itu juga disanggah hebat oleh saf kepemimpinan PAS di permukiman tersebut, yang diadakan antara 7 hingga 9 November.

Tulang Besi, penulis blog Malaysian Waves yang tekal mendedahkan pergeseran dalaman PAS, mendakwa Dr Hasan cukup tidak berpuas hati dengan penolakan tersebut.

Tambahnya, di sinilah bermulanya pergeseran tajam antara Dr Hassan-Khalid yang berakhir dengan pengguguran tokoh nombor tiga daripada kepimpinan PAS negeri pada 21 November lepas.

Pemecatan Khalid bersama ketua penerangannya Saari Sungib pada tarikh yang sama tidak dibuat di peringkat Dewan Harian PAS negeri, seperti dilaporkan, sebaliknya tindakan peribadi Dr Hasan secara mengejut dalam mesyuarat badan perhubungan negeri pada sebelah malam hari yang sama.

Resolusi ke 12/2008 pada 10 Disember 2008

1.BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.