Saturday, March 21, 2009

KJ berpeluang besar untuk menang kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Hanya tinggal 4 hari saja lagi pemilihan Pemuda UMNO, semua kem telah bersedia dengan mempertarungkan jaguh masing- masing. Berbagai strategi yang telah diatur bagi memancing undi perwakilan dan segala tugas telah dijalankan oleh jentera masing-masing dan masing-masing mengakui akan memenangi pemilihan Pemuda kali ini. Bila ditanya kem Mukhriz , mereka yakin Mukhriz akan menang dan bila ditanya kepada Kem Khir Toyo mereka yakin Khir Toyo akan menang dan bila di tanya kepada Kem KJ mereka juga yakin KJ akan menang. Apa juga jika kita dengar cakap-cakap dibawah kita akan mendapat raeksi yang berbeza-beza, ada yang mengatakan bahawa Mukhriz telah menggunakan senjata akhir beliau dengan menggunakan pengaruh ayahnya , seperti biasa lah untuk sabotaj dua calon yang lain. Itu kata mereka. Ranking sebenarnya menunjukkan Mukhriz sekarang sukar untuk menang dan itulah sebab beliau terpaksa menggunakan senjata akhir. sejauh mana kebenarannya tidak pula kita ketahui.

Ada juga yang mengatakan bahawa Pemuda tidak akan memberikan kepada Khir Toyo kerana Pemuda mahukan pemimpin segenerasi dan Pemuda mahukan pemimpin yang tidak berkaliber untuk memimpin Pemuda UMNO. Rekod Khir Toyo di Selangor juga menjadi ukuran dan ramai yang mengatakan bahawa faktor ini adalah kelemahan Khir Toyo. Peluang KJ amat cerah kerana belia memenuhi ciri-ciri kepimpinan pemuda UMNO. Beliau menepati ceteria sebagai pimpin Pemuda dan beliau juga adalah di kalangan Ketua Pemuda dan beliau juga adalah penyandang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dari segi susunan jentera juga menyebelahi kepada KJ kerana KJ mendapat pengiktirafan dari Ketua Pemuda UMNO dan beliau yang telah membuktikan bahawa segala gerak kerja dan idea-idea bernas untuk Pemuda datang dari beliau sendiri dan tiada pengaruh dari Pa Lah . Isu lembaga displin UMNO juga , beliau telah mendapat simpati dari perwakilan dan di sini KJ mendapat ‘ advantage ‘ dan kemungkinan besar KJ akan menterjemahkan segala kerja kuat beliau sebelum ini akan berbaloi dan akan mengisi kekosongan Ketua Pemuda UMNO, Selamat Bersidang…

Thursday, March 19, 2009

Kita menghormati Lembaga Disiplin dan kita juga perlu dihormati oleh Lembaga Disiplin




Oleh : tepakberusulam

Lembaga Disiplin UMNO kini menjadi tumpuan dan fokus utama setelah lama agak dingin dan tidak menyengat. Seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim , menteri luar , jika kita tidak menghormati Lembaga Disiplin UMNO siapa lagi yang mahu menghormati Lembaga disiplin UMNO. Betul kata Rais Yatim itu, jika kita orang UMNO tidak menghormati Lembaga Disiplin UMNO siapa lagi yang akan menghormati Lembaga Disiplin UMNO. Mungkin Rais boleh berkata demikian kerana bukan Rais yang menghadapi tindakan Lembaga Disiplin , belum tahu lagi samada Rais boleh menghormati Lembaga Disiplin UMNO jika terkena pada batang hidung beliau, oleh kerana menghormati UMNO , Rais yang dahulu membakar jambatan dan menyertai semangat 46 dan kembali kepada UMNO kerana menghormati UMNO. Apa-apa pun itu dahulu, masa berlalu , zaman berubah.

Sememangnya sebagai ahli UMNO kita perlu menghormati lembaga disiplin kerana jika bukan kita menghormati siapa lagi ? Tapi untuk di hormati , Lembaga Disiplin perlu memperlakukan seperti yang perlu dihormati. Baiklah , kita menghormati keputusan Lembaga Disiplin , kita terima kerana kita kena terima, tetapi kita juga tidak mahu menipu. Berapa kerat yang menghormati keputusan Lembaga Disiplin ini ? .Turunlah ke akar umbi dan bertanya kepada akar umbi dan tanya lah pemimpin UMNO , berapa kerat yang menghormati keputusan Lembaga Disiplin ini ? Kita jangan menipu diri kita sendiri. Kita jangan menyumbat perkara buruk di bawah karpet. Lambat laun ianya akan berbau juga. Jika Lembaga Disiplin mahu tahu apa kata akar umbi , eloklah kiranya diperjelaskan agar mereka tahu , apakah sebenarnya yang mereka pertikaikan,

1) Bagaimana Lembaga Disiplin implimentasikan cara memantau dan cara memilih mereka yang mahu disiasat ?

2) Mengapa hanya pemimpin dan calon tertentu saja yang dipilih untuk dibicarakan?

3) Apakah dengan siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Disiplin kepada sebilangan calon dan ahli UMNO ini bererti semua yang lain adalah bersih? .

4) Apakah hanya berdasarkan aduan tertentu sahaja Lembaga Disiplin mengambil sebagai kes Disiplin UMNO?

5) Mengapa Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , Khir Toyo , Azalina Othman Said, Datuk Norza sahaja yang disiasat? Bagaimana dengan Mukhriz? Muhiyuddin Yassin , Mohammad Mohd Taib , Sharizat , Rafidah dll ? Apakah Lembaga Disiplin telah merasa yakin bahawa mereka - mereka ini bersih walaupun tidak ada sesiapa yang membuat aduan.

6) Mengapa Mukhriz tidak disiasat ? Semua orang tahu apa yang berlaku walaupun Lembaga Disiplin yang tidak tahu , Apa jaminan Lembaga Displin memastikan Mukhriz bersih, Muhiyuddin Yassin bersih ?

Saya setuju dengan saranan Hishamuddin –

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno, termasuk dirinya sepatutnya disiasat. Calon Naib Presiden Umno itu berkata sekiranya ada bukti kukuh maka tindakan daripada Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah adil kerana kredibiliti mereka sentiasa diuji.

“Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini hari ini.

7) Kenapa hanya yang memberi disiasat dan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin , kenapa yang menerima dan yang membuat aduan mereka menerima tidak diambil tindakan. Menerima adalah lagi buruk dari memberi.

9) Kenapa yang disiasat adalah orang-orang yang rapat dengan Pak Lah, bermula dengan Datuk Norza , Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , saya tidak mahu menyebut Khir Toyo dan kemungkinan besar Azalina akan dipanggil dan sekiranya Azalina disabit kesalahan fasa 10.1 jiga Lembaga Disiplin mengaitkan dengan SU beliau yang ditahan oleh SPRM , sahlah kesemua yang terbabit adalah orang-orang Pak Lah kerana Khir Toyo tela terselamat dari tuduhan.

10) Kenapa baru sekarang , tinggal beberapa hari saja lagi untuk perhimpunan UMNO , baru Lembaga Disiplin mengumumkan keputusan siasatan , kerana untuk membuat rayuan dan untuk Lembaga Disiplin menimbang dan mengemukakan kembali rayuan mungkin mereka ini tidak sempat untuk bertanding. sama macam tidak perlu membuat rayuan.

Tidak keterlaluan saya katakan apa yang berlaku sekarang membuat ahli UMNO bosan dan membuat ahli UMNO takut untuk bersama UMNO dan apa yang berlaku sekarang tidak lebih dari membersihkan UMNO dari ahli-ahli dan bukan membersihkan politik wang dalam UMNO. Budaya yang berlapuk ini tidak mungkin boleh dicuci dalam masa setahun dua. Formula untuk membersihkan politik wang patut dikaji dengan lebih mendalam seperti yang disebut di atas tadi, jangan hanya menghukum yang memberi , hukum juga yang meminta dan menerima. Kesimpulannya , apakah nama -nama yang diumumkan oleh Lembaga Dispilin ini adalah key person yang boleh memulihkan politik wang dalam UMNO. Sejauh manakah keyakinan Lembaga Disiplin UMNO telah membuat satu keputusan yang membolehkan UMNO jadi bersih dengan tersingkirnya Datuk Norza , Ali Rustam , kemungkinan satu dua nama lagi .

Kita simpati dan ahli UMNO simpati dengan mangsa Lembaga Disiplin kerana mereka tahu akan impak yang dihadapi oleh mereka . Walaupun mereka tidak bersalah atau tidak pasti kesalahan mereka kerana mereka dipaksa menghormati keputusan Lembaga Disiplin. Peluang mereka terjejas dan semua kerja keras dihanyutkan saja kedalam longkang dan menanggung malu. Kerjaya mereka akan perlahan-lahan terkubur.

Apa yang berlaku hari ini dan pendedahan Lembaga Disiplin solah-olah menepuk air di dulang, mendedahkan keburukan ahli UMNO dan seolah membuka pekung di dada. Seolah pemimpin UMNO ini sememangnya kaki politik wang , kaki rasuah . lembaga Disiplin UMNO jugalah yang mengesahkan bahawa UMNO ini sebenarnya mempunyai pemimpin yang rasuah. Lihat apa yang terjadi di Melaka apabila pihak pembangkang mahu Ali Rustam disiasat oleh SPRM. Ini masaalah dalaman UMNO , UMNO seolah-olah berbanga dengan mengaibkan Ketua Menteri Melaka berkenaan. Lembaga Disiplin juga yang menghebahkan kepada dunia bahawa ahli dan pemimpin mereka mengamalkan rasuah Mengapa perlu dipanggil sidang akhbar. Apakah hanya kerana mahu menunjukkan bahawa lembaga disiplin UMNO menjalankan tugas. Jika benar mereka menjalankan tugas , jalankan secara menyeluruh. Siasat semua calon termasuk kerusi Presiden UMNO. Kalau setakat secara rambang dan hanya menyiasat yang terpilih sahaja dan bagaikan melepaskan batuk ditangga , tak perlu lah diperbesarkan perkara ini. Memburukkan lagi apaila UMNO melibatkan SPRM didlam rumah tangga UMNO. Sepatutnya Rumah tangga UMNO adalah tanggungjawab UMNO bukan suruhanjaya yang lain. Siapa yang memburukkan UMNO ?

Tiga pilihan raya kecil yang akan jalan serentak, setelah kalah dalam dua pilihan raya kecil yang lalu , apakah kita mampu tewas lagi. Senjata dan peluru telah pun disediakan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk menembak UMNO itu sendiri. Apakah kita mampu untuk tewas lagi . Apakah terlarat tentera UMNO berperang dan mengharungi peluru pembangkang dan diikuti oleh peluru yang dibekalkan oleh lembaga disiplin itu sendiri. Bila UMNO mahu berubah? Bila UMNO mahu menjadi bijak kerana pembangkang nampaknya lebih bijak dari kita sekarang. Semakin hari semakin kita robek kan kubu kita sendiri, lama-lama UMNO hanya tinggal pemimpin dan lembaga disiplin sahaja.

Bukalah mata , bukalah telinga , turun lah sendir idan dengar rintihan ahli UMNO. Ini adalah satu teguran ikhlas buat UMNO kerana saya sayangkan penulis sayangkan UMNO dan penulis malu melihat kemelut UMNO yang tiada henti. UMNO perlu direformasikan segera. Jangan punahkan UMNO dan janganlah lagi menanam kebencian rakyat kepada UMNO, dengarlah apa yang dirintihkan oleh rakyat kerana tanpa rakyat apa yang akan tinggal pada UMNO.

Dipetik dari www.tepakbersulam.com

Wednesday, March 18, 2009

Nik Aziz berhati batu - bidas Hadi : Kerajaan Campuran



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

"Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

"Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

"Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah," katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

Penyokong Ali Rustam jumpa PM


Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri malam tadi meminta beliau mempertimbangkan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim ketika ditemui media di sini malam ini berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.

"Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif," katanya.

Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang merupakan calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

Lembaga itu bagaimanapun mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak melanggar tataetika ahli parti. BERNAMA

TERUSKAN PERJUANGAN!


Calon Timbalan Presiden UMNO

Ali Rustam kemuka rayuan hari ini


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarangnya bertanding jawatan timbalan presiden minggu depan.

Beliau bagaimanapun menafikan melakukan sebarang kesalahan dan mengemukakan rayuan hari ini.

Mohd Ali turut memohon maaf kepada para penyokongnya dan meminta mereka supaya bertenang dan bersatu demi perpaduan parti.

Walaupun dilarang bertanding, beliau akan menghadiri perhimpunan agung Umno dan terus bekerja untuk kebaikan Umno.

Berita sebelum ini

Penyokong Ali berkumpul di pejabat Umno

Kira-kira 15 orang yang dipercayai ahli Umno yang menyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkumpul di luar bangunan ibupejabat Umno sambil melaungkan 'Hidup Datuk Ali'.

Mereka juga turut melaungkan "Hanya Datuk Ali boleh merubahkan Umno".

Manakala sidang akhbar Lembaga Disiplin Umno berlangsung di tingkat 38 bangunan tersebut di mana Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno selepas ejennya didapati bersalah terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata "kalau nak bersih, bersihkan semua sekali".

"Kalau nak telus, semuanya kena telus," katanya. Mereka berkumpul selama lima minit.

Sebelum itu, kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.

Kira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut, manakala yang lainnya duduk di dalam trak.

Manakala kira-kira 30 orang wartawan dan jurugambar diminta oleh pihak ibupejabat Umno supaya berkumpul di lobi bangunan tersebut, sebelum dibenarkan naik menghadiri sidang akhbar tersebut.

Pagi tadi, tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di ibupejabat Umno kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.