Tuesday, April 7, 2009

Anwar pembohong: Bukit Selambau, 5 Ketua Bahagian PKR Kedah keluar parti




Oleh: ROSLAN BIAN

Jika dua malam lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi penipu besar kerana tidak jadi buat pengumuman dan pendedahan besar babitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, petang Isnin, beliau pula pasti terkejut dengan pengumuman dan pendedahan oleh lima ketua bahagian PKR di Kedah yang isytihar keluar parti itu.

Sebabnya, mereka hilang percaya kerana terlalu banyak pembohongan dilakukan Ketua Umum PKR itu selain sekali lagi beliau menghadapi tuduhan salah laku moral selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh Anwar.

Malah lebih menarik lagi, pemimpin PKR itu juga percaya, parti itu di Kedah akan ‘bungkus’ dalam pilihanraya umum ke 13 jika lebih ramai ahli parti bertindak keluar kerana tidak percaya lagi kepada pimpinan Anwar.

Lima Ketua Bahagian PKR itu adalah Azhar Ahmad dari Jerlun, Abu Bakar Din (Baling), Abu Bakar Hamid (Pendang), Wahab Mat Isa (Sik) dan Hamid Osman dari Bahagian Padang Serai.

Dalam sidang media di Sungai Petani, lewat petang Isnin, kesemua mereka kecuali Hamid bukan sahaja isytihar keluar PKR sebaliknya akan menyokong calon Bebas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, Radzi Mat Lazim yang juga bekas ahli PKR.

Azhar yang mewakili rakan-rakannya berkata, mereka tidak dapat lagi menerima Anwar yang banyak berbohong terutama pasal hendak jadi Perdana Menteri pada 16 September lalu.

Perkara lain katanya kerana salah laku moral ahli parlimen Permatang Pauh itu.

“Dulu dah tangkap, jatuh hukuman dan bebas tetapi ditangkap semula..kita tak yakin lagi . Beliau cuba mengABIMkan dan memencil PKR Kedah..ini lagi kita tak puashati,” katanya yang percaya sebahagian besar 5,000 ahli PKR di lima bahagian itu akan mengikut jejak mereka.

Mereka kini juga percaya dengan apa pernah dikatakan UMNO bahawa Anwar menubuhkan Parti Keadilan semata-mata mahu memperjuangkan dirinya.

“Memang sah dan betul apa dikatakan UMNO dulu. Anwar bukan perjuang rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi rakan-rakan dalam DAP dan PAS,” tegasnya.

Selain itu, mereka mendakwa turut tidak percaya dengan Pengerusi Perhubungan PKR Kedah kerana gagal membawa perubahan serta tidak memperjuangan pemimpin serta ahli parti itu.

“Banyak jawatan pemimpin PAS dapat. Pelantikan ketua kampung, banyak bahagian PKR tak dapat jawatan itu termasuk di Jerlun,Baling, Pendang dan bahagian-bahagian lain,” katanya.

Azhar berkata, pemimpin lama yang dulu berjuang untuk Anwar dipinggirkan malah dalam pemilihan calon di Bukit Selambau, pandangan mereka tidak dipedulikan.

“Dia letak calon bukan kalangan senarai pendek kita. Daripada empat nama, nama S.Manikumar yang keluar. Kita tak tahu dia mai dari mana...ini semua kita tak boleh terima. Kalau Anwar tak boleh dengar pandangan kita, biarlah kita semua keluar PKR,” katanya.

Beliau juga menyeru ahli-ahli PKR lain bermuhasabah dan memikirkan apakah perjuangan berasaskan pembohongan ini boleh mendatangkan kemakmuran kepada rakyat dan jika tidak beri manfaat, tiada sebab meyokong PKR lagi.

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang.

MULA MENGUNDI...Seorang warga emas menjalankan tanggungjawabnya dengan mengundi di Sekolah Panglima Bukit Gantang. Foto mStar oleh G.MANIMARAN.



10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning,

Pas Guna Politik Konfrontasi - Bukit Gantang

Politik konfrontasi yang diamalkan oleh parti pembangkang hari ini cukup terserlah dengan tindakan ganas terhadap petugas Pemuda Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan tanggungjawab sepanjang tempoh berkempen.


PAS bertindak Liar dan Ganas!!! Jentera Pemuda BN, Abd Rahman Hasan Menunjukkan Kesan Kecederaan Yang Dialaminya Setelah Ditendang Oleh Petugas Pas Ketika Beliau Memasang Poster Dan Bendera BN Di Sungai Petai


"Billboard", Poster, Bendera BN Hilang Dan Dirosakkan




Menjelang tempoh 24 jam sebelum hari pengundian kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang terus dicemari tindakan kotor pihak tertentu.

Tidak cukup dengan tindakan ganas penyokong pembangkang yang menghalang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) memasang bendera dan poster, menjelang pagi tadi puluhan "billboard" BN didapati dirosakkan selain kehilangan lebih ratusan bendera yang dipasang di sekitar jalan Simpang, Changkat Jering dan Trong.

Pertahankan Maruah BN di Bukit Gantang

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin melaungkan perang habis-habisan bagi memastikan keselamatan pengundi BN selamat dari ancaman ganas pihak pembangkang. Beliau menegaskan jentera Pemuda bukan sahaja perlu mengawasi bendera, poster pada malam terakhir kempen, malah perlu sentiasa bersiap sedia untuk membantu serta menjadi perayu undi di pusat-pusat pengundian bagi memastikan pengundi dapat membuang undi dengan selamat.

Menurut beliau komitmen serta semangat yang tinggi amat diperlukan dan dipertahankan di pusat-pusat pengundian sehingga pengundi terakhir membuang undi supaya kemenangan moral yang dicapai diterjemahkan kepada kemenangan yang sebenar.

"Esok pagi-pagi lagi kita berkumpul di pusat pengundian untuk memastikan keselamatan perayu undi kita. Pengalaman lalu ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang pauh dan Kuala Terengganu menunjukkan mereka bersikap biadap kurang ajar terhadap petugas kita khususnya di kalangan wanita.

"Petugas kita diludah dan dimaki dengan pelbagai perkataan kesat. Jika bukan Pemuda yang menjadi benteng kepada mereka, siapa lagi. Sebab itulah saya minta seluruh petugas kita memastikan keselamatan perayu undi BN terjamin", katanya.

Beliau berkata demikian kepada jentera Pemuda yang berkumpul di perkarangan Bilik Gerakan Pemuda BN di sini, hari ini.

Tegas Khairy lagi, kehadiran petugas Pas daripada luar bukanlah satu halangan kepada jentera pergerakan itu untuk melaksanakan tanggungjaawab dengan berkesan.

"Kita tengok petang ini sudah ramai 'player import' mereka daripada luar datang dan kita percaya jentera Pemuda yang rata-rata dibarisi anak-anak jati tempatan Bukit Gantang tidak takut untuk berdepan dengan golongan tersebut", ujarnya.

Pemuda Umno di Bukit Gantang Membuat laporan polis

Enam laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Umno di Bukit Gantang kerana didakwa dikasari pembangkang ketika melakukan kerja menaikkan bendera parti.

"Petugas-petugas saya nak naikkan bendera di kawasan biasa, bukannya di kawasan markas PAS, tapi mereka dihalau, dimaki hamun dan dipukul," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau meminta polis meningkatkan kawalan keselamatan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada hari pengundian di kedua-dua kawasan itu esok, lapor Bernama.

Katanya, ini kerana pihaknya bimbang pembangkang akan melakukan tindakan provokasi.

"Saya minta polis dan Suruhanjaya Pilihanraya memastikan kedua-dua kawasan ini selamat dari provokasi dan sebarang tindakan ganas agar pengundi BN tidak keluar mengundi," katanya.

Khairy memberitahu pemberita demikian selepas melawat mangsa ribut di Kampung Bukit Rusa di Sungai Petani.

Dalam kejadian ribut dan hujan lebat petang semalam, hampir 50 rumah rosak termasuk sebuah yang ranap akibat dihempap pokok.

Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah...

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bergambar bersama-sama dengan staf di kediaman rasmi beliau di Putrajaya, semalam.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan melambai pada majlis perpisahan di kementerian tersebut, semalam.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara sekitar 11 pagi semalam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan baginda berhubung dengan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diarak pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.




Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima tabik hormat pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diarak pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan memeriksa perbarisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Norhisyam Kamar sebaik tiba untuk diraikan pada majlis perpisahan di sini, semalam. --fotoBERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah ketika tiba pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini, semalam. -- fotoBERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah bersalaman dengan sebahagian tetamu yang menghadiri majlis makan tengah hari di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. -- fotoBERNAMA

Najib Perdana Menteri keenam, Abdullah dan Jeanne anugerah Tun

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia kenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Upacara yang penuh adat istiadat itu, yang berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:

"Bismillahirahmanirrahim.Wallahi, Wabillahi, Watallahi.Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."
"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Abdullah dan Jeanne anugerah Tun

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini masing-masing menerima anugerah bergelar "Tun" daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.

Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara "Seri Maharaja Mangku Negara" (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM).

Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

Abdullah, yang dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, melepaskan jawatan itu semalam.