Thursday, September 17, 2009

Program berbuka puasa dengan KJFC meriah

Bertempat di Equestrian Centre, Mt Kiara semalam. KJFC telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan ahli KJ FC seluruh Malaysia .

Tetamu kehormat yang di undang adalah Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap ahli Parlimen Rembau serta Pengerusi Pemuda BN. Majlis yang dihadiri oleh dua ratus lebih ahli KJFC (Khairy Jamaluddin Fan club) berjalan dalam suasana yang meriah tanpa protocol . Majlis bermula dengan Berbuka Puasa , Solat Maghrib , ucapan dari Presiden KJFC, Sdr Norhisham yang dikenali dengan Bro Jinggo dan kemudian ucapan Khairy Jamaluddin serta sesi soal jawab yang hangat,

Banyak soalan soalan yang telah ditanya dan di jawab oleh Khairy Jamaluddin secara spontan.Khairy menghabiskan masa selama dua jam untuk menjawab semua sialan yang diajukan kepada beliau.

Khairy yang menyatakan bahawa belia tidak langsung terlibat denga penubuhan KJFC dan langsung tidak terlibat dalam pengajuran majlis berbuka puasa ini merasa kekok juga apabila dijemput oleh Presiden FC kerana sebelum ini beliau tidak pernah menyangkakan bahawa ahli Politik juga ada Fan club, atas usaha beberapa individu, Fan club ini berjaya ditubuhkan. Setahu beliau sebelum ini hanya artis sahaja yang mempunyai Fan Club. Walaubagaimana beliau mengucapkan syabas kepada pengajur dan kepada mereka yang berjaya menubuhkan Fan club ini dan berharap ianya akan menjadi acara tahunan kerana bagi beliau ini adalah satu perjaumpaan yang baik kerana dengan perjumpaan ini beliau telah berkesempatan bertemu dengan mereka dari kumpuklan sasar yang baru yang belu beliau ketemui sebelum ini,. dari kumpulan siber.

Ramai juga bloggers yang hadir dan kumpulan yang hadir ini adalah kumpulan yang bersemangat One Malaysia terdiri dari tiga kaum Cina Melayu dan India. Program ini bolehlah disifatkan satu kejayaan kepada KJFC dan ini adalah merupakan program yang pertama di anjurkan oleh mereka. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 10.30 malam.

Untuk menjadi ahli KJFC sila klik disini http://www.facebook.com/group.php?gid=134165467813&ref=nf



























UCAPAN DI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KHAIRY JAMALUDDIN FAN CLUB (KJFC)


Assalammualaikum wbt…
Salam Perjuangan dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Saudara Zikri Azmi

Yang diraikan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau,

Yang berusaha, ahli ahli jawatankuasa Kelab Penyokong Khairy Jamaluddin (KJFC),

Datuk-datuk, datin-datin,

Rakan rakan media dan bloggers,

Tuan-puan ahli-ahli KJFC hadirin hadirat sekalian,

Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul hari ini bagi sama-sama mengadakan majlis berbuka puasa anjuran KJFC.

Sepertimana yang kita ketahui, ini adalah program pertama semenjak KJFC ditubuhkan pada 21 July 2009. Dan saya selaku Presiden KJFC berbangga melaporkan bahawa dalam masa singkat ini KJFC sudahpun mempunyai lebih kurang 2000 ahli.

Pemimpin datang dan pergi. Pemimpin juga silih berganti. Namun setiap pemimpin yang dipilih pasti akan membantu kerajaan meneruskan agenda negara.

Ke arah itu, sejak penubuhan KJFC di platform Facebook ini, pelbagai topik perbincangan telahpun disentuh, semuanya berkisar ke arah penambahbaikan kepimpinan atau "governance" demi kepentingan rakyat. Tidak kurangnya pula cadangan cadangan yang telah dan akan terus disalurkan kepada YB KJ kita sendiri, sebagai suara rakyat akar umbi melalui alam maya.

Dan perkara ini amat berkesuaian dengan budaya kepimpinan dalam alaf ke-21 di mana teknologi maklumat membolehkan jurang di antara pemimpin dan rakyat diperkecilkan - barulah pemimpin menjadi suara rakyat, parti politik menjadi nadi negara yang sebenar.

Maka dengan kesedaran ini, KJFC tidak akan berperanan semata mata tukang sorak buat YB Khairy, dan saya percaya YB Khary pun tidak mahu tukang sorak semata-mata, yang tidak membawa nilai tambah kepada kepimpinan beliau. Sebaliknya, KJFC beraspirasi menjadi mata dan telinga YB Khairy dan menjadi pergerakan menyokong dan membantu kepimpinan YB Khairy melalui cadangan, perbincangan dan pelbagai lagi wadah serta kaedah yang kreatif.

Dari persepktif yg labih luas pula...Penubuhan KJFC ini bukan sekadar untuk mengumpulkan para penyokong YB Khairy Jamaluddin tetapi juga bertujuan untuk:

1)Mengeratkan persahabatan dengan semua disamping menyatukan pendapat dan idea masing-masing.
2)Memupuk semangat harmoni dan SETIAKAWAN dikalangan ahli.
3)Menyatukan minat dalam politik antara bloggers dan para ahli
4)Mengukuhkan concept 1MALAYSIA melalui aktiviti yang akan dijalankan.
5)Mengadakan aktiviti sosial dan kebajikan.

Hadirin yang dihormati, semua ini tidak akan dicapai seandainya saya tidak mendapat kerjasama dari semua ahli. Ribuan terima kasih pada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan galakan terhadap penubuhan kelab ini.Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa mengisi ruang Face Book KJFC dengan pelbagai isu dan cadangan..., saya amat menghargai.

InsyaALLAH, pihak kami sedang berusaha untuk mengumpulkan para ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Ianya akan dimaklumkan kelak.

Hadirin yang dihormati,

Sekali lagi ribuan terima kasih pada yang hadir.Yang tidak berkesempatan, mudah-mudahan akan berpeluang pada aktiviti yang lain.

Bagi pihak pengurusan majlis, saya memohon maaf andaikata ada terdapat sebarang kelemahan dalam penganjuran MAJLIS BERBUKA PUASA kali ini.

Pada yang dikasihi,YB KHAIRY JAMALUDDIN terima kasih kerana sudi meluangkan masa pada majlis yang sederhana ini. Kami doakan YB Khairy akan diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat. Kami akan terus menyokong YB Khairy kerana nawaitu kami yang mahu melihat YB Khairy terus gagah di persada politik tanah air.


'Duduk termenung di tepi jeti,
Menunggu ikan naik ke darat,
Selagi hayat menabur bakti,
Hasilnya nanti tuai di akhirat.

Kepada YB Khairy,

'Hangat tidak berapi,
Sejuk pula tidak berair'
Kasih kami pada YB Khairy tidak bertepi,
Sayang kami pada YB Khairy tidak berakhir!!

Sekian. Assalamualaikum wbt….

Monday, September 14, 2009

BN bersedia menghadapi PRK Bagan Pinang

DUN BAGAN PINANG : PENAMAAN CALON 3 OKTOBER, MENGUNDI 11 OKTOBER

Suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober 2009 manakala hari mengundi ditetapkan pada 11 oktober 2009.

Untuk maklumat terkini PRK Bagan Pinang sila layari laman blog [
Dun31 Bagan Pinang ]


Channels N31 menjanjikan akan menyiarkan Video - Video yang menghangatkan PRK Bagan Pinang Klik disini [ Channels N31 ]

Flickr Klik disini [ Umno Bagan Pinang Flickr Photostream ]







Sebarkan Poster-poster diatas... SELAMAT BERJUANG!!!

Monday, September 7, 2009

PRK N31 Bagan Pinang - Misi Pertahankan BN!!!



Untuk maklumat terkini, sila layari laman blog PRK Bagan Pinang http://dun31baganpinang.blogspot.com/
Harap rakan-rakan bloggers dapat membuat pautan dan mempromosikan laman blog ini... Terima Kasih!!!

Saturday, August 29, 2009

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA



Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalipon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk da mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 25, 2009

Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir



Ye rakan2 seperjuangan, rakan pemerhati dan rakan dari pembangkang. Besok adalah hari penentu bagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Pilihanraya kecil yang jatuh dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Saya faham perasaan rakyat, biar daripada bangsa Melayu ataupun daripada bangsa2 lain. Saya tahu juga bahawa ramai daripada kita sedang melihat dengan teliti komen2 daripada YAB Perdana Menteri, dan cara dia atasi masalah yang timbul sejak tahun 1998 sampai ke hari ini di Peramatang Pasir. YAB PM bukan bodoh, dan dia mempunyai sifat penuh kesabaran. Kenapa ramai drpd Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak boleh melihat kesungguhan PM kita ni, untuk menyatukan bangsa Melayu, dan akhirnya menyatukan negara? Kalau bangsa Melayu tidak bersatu, macam mana negara kita nak bersatu ? Saya pun tak faham. Kenapa kita kena lawan sesama sendiri sampai mencaci dan menghina sesama sendiri, menfitnah dan bergaduh dalam bulan yang muila ini. Adakah apa yang kita buat akan bawa pahala dalam bulan ini, atau bawa kita lagi dekat kepada pintu neraka kelak ?

Kita adalah masa hadapan negara, generasi muda yang penuh keinginan untuk Malaysia berada di tahap maju menjelang 2020. Ia, itu impian Tun M, tetapi impian itu memang cukup baik utk kita semua. Insyallah kita dapat mencapai nya bersama.

Saya harap, yang akan mengundi di Permatang Pasir besok, fikir baik2. Sekarang Malaysia sedang ditadbir oleh seorang Pemimpin yang memang boleh menyatukan negara. Itu lah sebab utama pembangkang hari2 nak kena kan dia. Kerana mereka semua takut YAB PM akan menyatukan negara, dan pembangkang akan kehilangan semua yang mereka ada sekarang, kerana dendam dan tamak nak kuasa Ketua Pembangkang.

Saya tidak boleh paksa anda, tetapi saya sudah sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah satu - satunya parti yang boleh menyelamatkan negara dalam masa yang begitu tidak terjamin ini. Insyallah anda sebagai pengundi akan faham erti kata itu, dan doa sebelum mengundi, supaya negara selalu dijaga daripada kekecohan dan ketidakstabilan pada masa depan. Insyallah doa anda akan didengar ALLAH SWT, dan undi anda bawa kepada stabilan negara.

By Razman Hakimi Abdullah