Friday, January 8, 2010

RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!




Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.


Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.


Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.


Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.


Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !


Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.


Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.


Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.


Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,


YDP Blogger Pembela Negara




Panglima Perang Cyber


Jumaat / 8 Jan 2010 bersamaan 18 Muharam 1431


Berita berkaitan gereja dibakar boleh di baca di sini :


Berita Gereja dibakar http://mstar.com.my/


PM kutuk tindakan bakar gereja http://mstar.com.my


Pas buat andaian Operasi Lalang 2 akan bermula http://www.harakahdaily.net/v2/

Perhimpunan bantah isu 'Allah' secara aman di Masjid Negara








Gambar : Bro Jinggo

Perhimpunan itu anjuran dua pertubuhan Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - turut disertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris).

Sejak sebelum solat lagi, beberapa sepanduk anti-penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, digantung di anjung masjid negara, antaranya berbunyi Bersatu pertahankan maruah! Bersatu untuk Islam!; Jangan cabar kemakmuran dan perhubungan kaum sedia ada; Hak, maruah, martabat bangsa Melayu dan agama Islam akan kami pertahankan

Dua sukarelawan PPIM juga menyediakan meja bagi mengutip tandatangan jemaah membantah perkara itu.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:


Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.


Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan Allahuakbar bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida.

Poster Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria turut dijulang. Dalam masa yang sama, sebuah helikopter polis kelihatan berlegar-legar memantau perhimpunan tersebut dari udara.

Bercakap kepada pemberi selepas perhimpunan tersebut tamat pada jam 2.20 petang, Arman berkata, petisyen bantahan yang ditandatangani jemaah hari ini akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas kebakaran gereja di tengah-tengah ketegangan isu tersebut, Arman berkata, pihaknya menyelar tindakan tersebut dan meminta semua pihak bertolak ansur "kerana Islam menyeru kepada keamanan".

Pemuda Umno mengecam perbuatan bakar gereja


Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

Kereta Penderhaka Terbalik!


Nizar ‘DERHAKA’ pada Sultan Perak sejak mula dilantik sebagai Menteri Besar lagi, dimana beliau telah membelakangkan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dengan menukarkan serta merta Pengarah Majlis Agama Islam Perak.

Nizar kembali ‘DERHAKA’ dengan membelakangkan Sultannya dengan membubarkan DUN Perak sebelum mendapat perkenan Sultan.

Akhirnya Nizar menyuarakan sembah ‘DERHAKA’nya kepada Sultannya sendiri kerana enggan meletak jawatan sebagai MB.

Kerja BODO!!


Apa tujuan nizar nyalakan lilin tu? Jangan kerana nak undi cina kita berdosa!

Masih tidak sedar lagikah wahai Nizar???


Mabuk ka?? Atau terlebih had laju?


SEKSYEN 43 (1) APJ 1987 MEMANDU TIDAK CERMAT DALAM KEADAAN MERBAHAYA DAN TAMPA PERTIMBANG MUNASABAH. DENDA TIDAK LEBIH RM 10 RIBU, LESEN GANTUNG 2 TAHUN.

Thursday, January 7, 2010

Allahu akbar

(ALLAH) adalah kalimah yang kita sebut sebagai umat islam dalam hidup kita setiap hari sepanjang masa ketika 2sahadah, dalam solat, dll. Ini semua dugaan Allah untuk umat islam Malaysia sebenarnya, di Indonasia dah tak boleh buat apa-apa, tidak mempertahankan kalimah ALLAH, Kristian di negara lain tidak pulak nak guna, kenapa dalam bahasa melayu pulak nak digunakan mereka!!!

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.

Setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara Jumaat ini, sebuah lagi persatuan Islam berpengaruh, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara dan akan diketuai presidennya sendiri Jamaluddin Yusof.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada malam sebelumnya, Pekida juga merancang mengadakan solat hajat di Masjid Negara, tambah seorang pemimpinnya yang enggan dinamakan.

Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Bantahan di Selangor akan terus dilaksanakan di Masjid Shah Alam oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Anak-anak Muda Islam Selangor (AMIS).

Manakala bantahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 13 lagi NGO – yang membuat aduan polis bagi membantah tindakan The Herald menggunakan perkataan Allah – masih belum jelas.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman dilaporkan berkata, jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di masjid-masjid utama di Kuala Lumpur.
Allahhu Akbar!!!