Tuesday, February 9, 2010

KECUNDANGNYA SEORANG BONEKA PENDERHAKA!!!!!!

PETANDA AWAL KECUNDANGNYA SEORANG BONEKA PENDERHAKA!!!!!! penderhaka bangsa...ITULAH yang dia terima angkara menderhaka dengan sultan..

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.


Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memakai kemeja-T kuning dan tertera perkataan 'Daulat Tuanku' mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini

Dr Zambry yang sedang menghadiri tugas rasmi di Kuala Lumpur dalam reaksi segeranya menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan.Beliau berharap ia menjadi titik noktah keatas kemelut politik Perak. Katanya beliau akan terus berkerja untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.


Nizar pula ketika ditemui kelihatan seperti kebingungan dan tidak percaya dengan keputusan makamah, katanya keputusan tersebut diluar jangkaan. Kesian Nizar, lepas ni boleh lah buka kedai besi buruk di bawah pokok!!!

SANTAI


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mencuba untuk menggoreng burger dalam lawatan yang turut disertai oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda

UMNO, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ahli Parlimen
Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.


Gotong royong memperbaiki rumah kampung - Jerlun 5 Februari 2010

Semoga menjadi contoh dan isyarat kepada pemuda semua.... PEMUDA TETAP BERSATU....






Friday, February 5, 2010

Lim Guan Eng DIKTATOR - RACIST!!


Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar



Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.



Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq , menyaksikan perhimpunan yang berjaya mengumpul lebih dari 3000 orang.



Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.



Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.



Itulah bahananya kerakusan Anwar Ibrahim dan PAS bersekongkol dengan mereka ini DAP.



Lim Guan Eng Diktator, racist jangan bermain dengan isu perkauman dan hak orang melayu di pulau pinang! CUKUPLAH... JANGAN LAGI CABAR ORANG MELAYU. Hati orang Melayu sudah banyak kali terguris!!!