Thursday, March 18, 2010

Luahan hati seorang blogger... Harap diberi perhatian..




Terharu kawan membaca luahan hati sahabat kita Papa Gomo.. buatlah apa yang patut bro... Mungkin dengan cara tersebut dapat membela nasib blogger jalanan... kawan setuju dengan membuka akaun BANK dapat membantu sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh blogger jalanan... mungkin rakan rakan blogger jalanan yang lain juga akan turut jejak langkah Papa Gomo.... teruskan perjuangan bro... Bagi kawan Papa Gomo ialah blogger yang terbaik... Kebanyakan berita yang dipaparkan tepat dan sensasi, bukan syok sendiri atau up diri sendiri... Papa Gomo juga digeruni oleh pihak lawan, jika tidak mengapa pembangkang menceroboh facebook PAPA GOMO. Syabas.

Luahan Papa Gomo,

Salam perjuangan buat semua rakan Blogg dan pembaca yang di kasihi sekalian...he he he..cam bagi ucapan pulak.....

Dalam seminggu dua ni nampak beberapa Blogger pro kerajaan meluahkan Kekecewaan pada Kerajaan BN terutama UMNO yang nampaknya GAGAL dalam membela nasib kami para Blogger jalanan ini. Malah banyak benda yang sebenarnya tersangkut akibat dari beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang Indah Khabar dari Rupa.

Blogger kami Analisis Kumbang mengeluarkan Posting untk berundur diri dari dunia Blogger ini. Emmm kawan akui Kumbang memang seorang yang cekap dalam mengorek Maklumat, malah keupayaan Kumbang ini tidak dapat di hidu oleh Pakatan Pembangkang. Bukan kerana Kumbang ni Halimunan tetapi kelibat nya terbang bagaikan seekor Kumbang yang hinggap di mana sahaja tampa di kesan. Klik Kecewaan Kumbang Di Sini

Kumbang selalu ada di Majlis majlis mahupun Ceramah Pakatan Pembangkang, Bukan Bekopiah atau Bersongkok Kumbang menyamar namun ituah kelebihan Kumbang yang memang PRO dalam masuk ke Lubuk lubuk Penting bagi mengcungkil Berita. Pernah satu ketika semasa di Bukit Gantang Kumbang turut sama menyelinap bersama Pemimpin PAS merancang Strategi dalam menFITNAH UMNO dan BN.

Hebat Kumbang ni...Sesiapa pun Tak kenal...He he he..Kumbang katakan....

Apa sekalipun KUMBANG tak patut bersara dari dunia Blogger ni, walaupun Blogger Jalanan kita masih Nadi penting buat Kerajaan Malaysia ini. UMNO perlu Prihatin pada kita, Namun ada sebab tertentu mereka tidak nampak Kerja yang kita lakukan.

INI LAH YANG GOMO NAK SENTUH!!!

Tak di nafikan ada Blogger yang menerima Gaji dan Elaun Bulanan yang menarik dari pihak tertentu dalam mereka Berblogging ini. Berbelogging ye...Bukan Goblok!!! Namun apabila mereka menerima Imbuhan dan sebagainya mereka ini tidak menyatakan kepada pihak yang memberi mereka bantuan itu akan keperluan Blogger Jalanan yang lain. Malah lebih UNGKAL lagi mereka yang kononya PROFESIAL ini menyatakan Kami yang Blogger jalanan ini adalah Geng mereka dan berada bersama Mereka. Konon macam depa yang Pro tu jaga Kita ni lah Blogger Jalanan.

Bukan itu sahaja, mereka yang ProfeSIAL ini apabila sudah berjaya mereka melupakan rakan yang seangkatan dengannya satu ketika dulu. Kawan kawan yang tidak ikut pesanan dari Blogger Kononya ProfeSIAL ini di pinggirkan dan di nyahkan dari jemputan tertentu.

Gomo juga pernah mengalami nya apabila beberapa kali tidak di panggil menghadiri sesuatu perjumpaan yang diadakan bagi Blogger bloggers. Nak buat macam mana? Ye lah kita ni Blogger Jalanan bukan nya blogger ProfeSIAL!!!

Walaupun demikian kita tak lah nak memboikot ataupun menghentam sangat Blogger ProfeSIAL ni. Al maklum mereka pun cari makan. He he he...dari Ikhlas berjuang mereka dah jadi Tamak Haloba.

Malah ada juga pihak pihak yang menjual nama kami di persada Politik dengan menyatakan kami blogger jalanan ini adalah team yang mereka tubuhkan. Siap ada yang minta Dana dari sesetengah pihak atas nama kami, namun Satu Sen HARAM pun kami tak perolehi apa apa. Ni pun satu lagi HARAMJADAH dalam politik nak dapat Glamour Kepartian.

Dalam mencari rezeki ni kita kena Ikhlas, Gomo hanyalah Peniaga Jalanan yang juga merangkap Blogger jalanan. Dah lama cari makan tepi jalan so tak kisah sangat lah bab Duit yang Blogger ProfeSial ni dok tergila gilakan. Al Maklum..Blogger Jalanan......

So elok Gomo meniaga tepi jalan macam biasa dan teruskan aktiviti blogger jalanan ni. Emmm sebenarnya sayang pada kerja Blogger jalanan yang tak bertuan ni. Al Maklum BEBAS...Syok...artikel pun sendiri punya. tak main lah COPY and PASTE!!!

Emmm Namun Gomo akui memang agak terkilan pada UMNO yang tak memandang Blogger jalanan macam Gomo, Kumbang, GAP, Bravehart, DET,Medan Info,PISAU, dan yang lain lain. Harap pihak berkenaan mengambil langkah yang elok dalam membantu kami yang Jalanan ni.

Kita memang tak Setaraf Blogger ProfeSial tu, tapi pandang pandang kami yang Berjuang ni. Bukan Balak yang kami minta, bukan Pangkat yang kami Gilakan, namun kesudiaan membantu kami dari segi logistik dan keperluan asas.

Dengan ini juga Gomo telah nekad untuk membuka akaun BANK bagi menagih sumbangan dari pihak pihak yang sudi membantu Gomo dalam meringankan beban Bil Talifon, Bil Broadband, dan wang sedikit sebanyak untuk kos perjalanan Gomo ke Lokasi Politik di adakan.

Maaf rakan rakan Blogger yang melarang Gomo untuk meminta Sedekah dalam Perjuangan Berblogg ini. namun sudah sampai masanya Gomo melakukan pekara sebegini dalam mengisi poket keewangan yang semakin banyak di keluarkan apabila sudah lama dalam Politik. Maaf rakan ku sekalian!!!!

Perjuangan dalam MEMBOGELKAN Pakatan Pembangkang Perlu di lakukan sehingga ke Titisan Darah yang Terakhir!!!

Allahuakhbar!!!

Psssttt...Kamera kecik tu pun dah Rosak, kena beli baru...Hu hu hu

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...

HANGAT..HANGAT... ANU WAR PANAS TELINGA DAN LARI KELUAR DEWAN...


Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September.’

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut ‘menjaja’ nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

”Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut,” tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit ‘pengecut,’ ‘penakut’ dan ‘kalau berani tunggu’ ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

”Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama ‘terompah’ iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu ‘memperhambakan diri’ dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ”Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya.”


Monday, March 15, 2010

Pemuda BN lancar Rally 1Malaysia


Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program Rally 1Malaysia pada 17 April nanti bagi mendidik dan menarik lebih ramai generasi muda menghayati konsep 1Malaysia.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, program yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penyertaan nanti terbuka kepada semua generasi muda tanpa mengira latar belakang bagi mendidik mereka mengenai konsep 1Malaysia.

"Walaupun konsep 1Malaysia telah diterima baik khususnya oleh golongan muda tetapi program seperti ini penting bagi memastikan semangat tersebut sentiasa subur,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Khairy, pada pelancaran program Rally 1Malaysia itu nanti, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi program susulan iaitu Jom One Malaysia.

Jelasnya, Jom One Malaysia merupakan program jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia khusus kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai tersebut secara tepat.

"Kita melihat masih ramai rakyat yang tidak memahami dengan jelas apa itu GST dan pada masa yang sama juga, isu ini menjadi modal kepada pembangkang untuk memfitnah kerajaan," katanya.