Tuesday, April 13, 2010

Pemuda UMNO jangka provokasi di Ijok akan berulang di Hulu Selangor



Peristiwa provokasi penyokong parti pembangkang semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Ijok 2007 dijangka berulang sekiranya tidak ada tindakan tegas diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor 25 April ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar sememangnya menjangkakan sepanjang kempen di kawasan pilihan raya kecil ini suasananya ‘panas’ dan provokasi kali ini cukup hebat kerana situasi politik yang agak hangat ketika ini.

Beliau menjawab soalan wartawan di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Jumaat.

Khairy berkata, “saya jangka provokasi kali ini agak hebat sebab suasana politik memang hangat, saya dan Datuk Razali (Naib Ketua) akan pastikan di peringkat Pemuda BN akan mengikut disiplin dan peraturan SPR.”

Menurutnya, “kita tidak mahu apa-apa pergaduhan atau insiden yang berlaku kerana tumpuan kita adalah pengundi bukannya jentera pembangkang. Kita kena ingatkan pada jentera kita bahawa tumpuan kita adalah pengundi bukannya nak cari gaduh dengan pembangkang.”

Tetapi, katanya, “yang pasti pembangkang akan buat segala bentuk provokasi, saya minta SPR ambil tindakan, contohnya hari penamaan calon, mereka akan buat isyarat-isyarat yang tidak boleh kita terima seperti melambai wang kertas, gambar-gambar memburukkan pemimpin kita, patung dan sebagainya, ini kena ambil tindakan”.

“SPR kena serius terhadap bentuk provokasi seumpama ini, sesuatu yang menghina pemimpin kita akan memberi kesan kepada penyokong kita walaupun kita sudah meminta supaya berdisiplin tapi situasi ini akan menyukarkan kita mengawal keadaan emosi penyokong,” tegasnya.

Beliau berharap SPR adakan peraturan yang jelas termasuk juga poster, bendera dan ‘banner’ yang dinaikkan masa pilihan raya tersebut kerana sebelum ini perkara tersebut tidak diambil tindakan tegas oleh SPR”.

Mengulas persiapan pembangkang menggunakan cakera padat (CD/VCD) yang dirakamkan serta diedit bagi memberi gambaran sikap kerajaan yang tidak adil dan demokratik semasa sesi Parlimen sekarang bagi tujuan kempen pada pilihanraya ini, Khairy berkata, “kita pun ada juga, jangan kita ingat apa yang dibangkitkan dalam Parlimen itu semua pro pembangkang, banyak ucapan yang dibuat di Parlimen terutamanya dari Ahli Parlimen Bebas telah menelanjangkan pembangkang, kita akan bawa juga. Saya rasa tidak ada masalah dari segi perang saraf itu”.

Khairy memberitahu mesyuarat Exco Pemuda UMNO telah berbincang persiapan jentera Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor kini berada di tahap yang baik dan gerak kerja kempen akan mula selepas penamaan calon yang melibatkan banyak program pemuda dengan mensasarkan pada pengundi-pengundi muda yang dianggarkan hampir 20,000 orang.

Menurutnya,12,000 pengundi muda lelaki akan dekati dengan pelbagai program penerangan, ceramah, lawatan ke rumah dan program kebajikan.

Pada Ahad ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turun beramai-ramai ke Hulu Selangor untuk mengagih tugas mengikut peti undi di mana setiap Exco akan menjaga satu peti undi dan akan bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga telah ditugaskan menjaga peti undi masing-masing.

Mengulas mengenai calon, Khairy berkata, “Pemuda UMNO menghormati keputusan Presiden yang memutuskan kerusi itu ditandingi oleh calon MIC, ia melambangkan perpaduan dan muafakat dalam BN, ia juga benar-benar melambangkan konsep 1Malaysia.”

Katanya, “walaupun kawasan ini majoriti Melayu dan ada juga permintaan dari kalangan pemimpin UMNO tempatan untuk dicalonkan seorang dari UMNO atau Melayu tetapi kita tetap dan tegas dengan perkongsian kuasa formula BN.”

Menurut Khairy, “kita harap PM diberi kebebasan memilih calon paling sesuai dan kita harap calon dipilih itu adalah calon mesra kepada orang muda iaitu pengundi muda”.

Menurutunya, walaupun pengundi muda tidak sampai 50 peratus dari jumlah pengundi Hulu Selangor tetapi berdasarkan kajian pengundi muda ini bakal menentu pilihan raya tersebut. Sebab mereka ini boleh ‘swing’ dari satu parti ke satu parti.

“Pengundi muda akan melihat pada isu calon dan kempen berbanding pengundi dewasa yang dilihat lebih setia pada parti. Kita berharap PM boleh memilih seorang yang mesra dengan pengundi muda tetapi tidak semestinya muda tetapi boleh diterima pengundi muda,” tambahnya.

Ditanya strategi menghadapi kempen fitnah pembangkang, Khairy berkata, “kita kena ada satu saluran penerangan yang berkesan, sebab bermacam isu, tuduhan terhadap kerajaan dan parti akan dibangkitkan, pemuda akan menghadapinya dengan beberapa ceramah besar atas pentas pemuda dengan undangan penceramah hebat yang boleh bagi ‘inside story’ kepada apa yang berlaku dalam PKR. Penceramah Bebas akan dijemput tetapi tertakluk pada kesudian mereka untuk menceritakan pada rakyat tentang pengalaman mereka dan kenapa mereka meninggalkan parti”.

Khairy juga menafikan desas-desus adanya sekumpulan pemuda yang ingin membantah calon MIC di Hulu Selangor namun sekiranya ada pun mungkin ia sekumpulan kecil.

“Saya sudah mendapat sokongan daripada Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor yang telah memberi sokongan keputusan tersebut dan ianya tidak menjadi masalah,” jelasnya.

Ditanya kemungkinan bantahan itu berlaku, Khairy menegaskan, “kita akan lihat siapa yang berani buat dan kita akan tangani masalah ini, ianya bukan satu masalah besar tapi mungkin juga ianya agenda pembangkang, taktik mereka”.

Beliau umumkan Pengarah pilihan raya Pemuda BN adalah Naib Ketua Datuk Razali Ibrahim bersama pemimpin pemuda parti-parti komponen dengan mengambil pendekatan bersepadu sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Khairy juga menyifatkan tindakan pembangkang sebagai menjilat ludah sendiri apabila turun ke Hulu Selangor memberi pelbagai kelulusan ‘buah tangan’ kepada penduduk Hulu Selangor termasuk memberi kelulusan geran tanah padahal sebelum ini mereka menuduh BN turun ke kawasan pilihan raya memberi pelbagai bantuan kepada pengundi.

“Sekarang tengok siapa yang bagi, sejak seminggu lepas Menteri Besar Selangor dan para exconya berkampung di Hulu Selangor setiap hari memberi bantuan tunai, lulus geran tanah dan macam-macam lagi kepada pengundi Hulu Selangor,” katanya.

Ketika ditanya pendirian Pemuda UMNO dalam isu APCO, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda UMNO menerima jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengenai isu tersebut.

“Kita melihat isunya, bukan soal kerajaan ambil pakar runding kerana kerajaan memang sering ambil pakar perunding dari mana-mana pun tetapi isu sebenar adalah bahawa Ketua Pembangkang telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan APCO dengan Israel melalui Satu Israel dengan 1Malaysia yang jelas tidak dibuktikan,”

“kita akan hanya mendapat gambaran yang jelas apabila usul untuk merujuk Ketua Pembangkang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan pada 22 April ini. Perkara ini dimasukkan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan, di situ boleh dibentangkan segala bukti dan sekiranya tidak ada, maka kerajaan tidak ada pilihan terpaksa mengambil tindakan terhadap beliau jika tidak rakyat akan tertanya-tanya,” jelasnya.

Mengulas dakwaan mengatakan rakyat menolak gagasan 1Malaysia, Khairy memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mendapat tahap sokongan 68 peratus baru-baru ini berbanding 44 peratus semasa baru menjadi PM.

Menurut Khairy, “dalam kajian BN Youth Lab yang akan diumumkan dalam masa terdekat menunjukkan bahawa di kalangan pengundi muda pun telah mencapai tahap keyakinan kepada BN jauh lebih baik daripada tahap keyakinan kepada pembangkang.”

Katanya, “1Malaysia, di Hulu Selangor, walaupun kawasan majoriti Melayu kita masih meletakkan calon dari kaum India sedangkan pembangkang tidak berani.”

“Saya cabar PKR meletak calon dari kaum minoriti di kawasan itu, sebab dia kata tidak penting sama ada dari kaum Melayu, Cina ataupun India maka saya cabar letaklah calon dari kaum India di Hulu Selangor kalau ingin menunjukkan mereka lebih dari ‘multiracial approach’ ,” ujarnya.-10/4/2010

Sumber: Agendadaily


Komen dari KJFC Facebook

Thursday, April 8, 2010

Nyahkan spesiess lidah bercabang dan mengkarung yang pandai tukar warna dari memasuki Dewan Rakyat!!!!


Karpal Karam (DAP - Bukit Gelugor) hari ini digantung selama 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana bertikam lidah dan menuduh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang diktator. Tapi siapa yang diktator sebenarnya!!!!!!!

Perangai Pakatan Rosak ni semuanya sama jer.. Hantar jer dia org ni bersidang dalam zoo, abis cerita...


Baca lagi...

MIC bertanding di PRK Hulu Selangor - DS Najib..


Tak kiralah siapa wakil dari MIC atau UMNO yang akan diletakkan sebagai calon pada PRK di Hulu Selangor, Perjuangan tetap akan di teruskan!!! Tumpukan untuk kemenangan!

Keputusan yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat atas semangat setiakawan dalam BN. Berilah kepercayaan kepada PM untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja!!! Berjuanglah untuk parti, bukan atas kepentingan seseorang!!

Elakkan mengkhianati parti dan sabotaj kepada parti sendiri. BN mampu berubah... Sedia GEMPUR!!!!!