Wednesday, June 9, 2010

Jemputan ke Rally 1Malaysia


Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 Jun bermula jam 12 tengah hari. Program yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan bakal menghimpunkan seramai 15 ribu orang golongan muda dari pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia dan NGO.

Rally 1Malaysia adalah program yang menonjolkan semangat 1Malaysia di kalangan belia negara yang mampu menerima keunikan dan perbezaan masing-masing demi mencapai satu hasrat bersama sebagai generasi muda Malaysia.

Rally 1Malaysia akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkemuka tempatan dari pelbagai kaum dalam satu konsert percuma - Sasi The Don, Yise Loo, Aizat Amdan dan Meet Uncle Hussain bakal menghiburkan para hadirin dengan sajian lagu-lagu popular mereka. Disamping itu, Rally 1Malaysia akan menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri oleh lebih 1000 orang belia Melayu, Cina dan India serta persembahan eksklusif lagu “1Malaysia” oleh kumpulan koir dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Pemuda Barisan Nasional menjemput ANDA untuk hadir pada hari Sabtu ini berbekalkan semangat 1Malaysia. Jemputlah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menjayakan himpunan raksasa ini.

BN Youth To Launch 1Malaysia Tour




KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Youth will launch the 1Malaysia Tour Programme (JOM) in an effort to get closer to the people including in Sabah and Sarawak.

Its chief, Khairy Jamaluddin said the programme would be launched at the the 1Malaysia Rally in Bukit Jalil on Saturday.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will launch a bus, which will be used to ferry BN Youth leaders in the tour, during the rally, Khairy told Bernama at the Parliament lobby here Tuesday.

He said other means of transportation would be used in Sabah and Sarawak due to rough terrain and waterways in rural areas in both states.

Khairy said the tour was aimed at going down to the grassroots to meet youths as part of the preparation for the next general election.

MCA Youth chief Datuk Wee Ka Siong and MIC Youth chief T. Mohan were present.

Tuesday, June 8, 2010

AMAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN SMS UNTUK GAZA




KUALA LUMPUR – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif regim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tinadakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen “SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Regim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.